"Kepada TUHAN aku bernaung... TUHAN adalah benar, Dia mencintai keadilan; wajah-Nya menghadap kepada orang yang tulus" (Mazmur 11:1, 7) ☂️☔💯 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur
"Mengapakah Engkau menjauhkan diri, ya TUHAN, dan bersembunyi pada masa kesusahan? ...Bangkitlah, ya TUHAN! Ya Allah, angkatlah tangan-Mu. Jangan lupakan orang yang tertindas" (Mazmur 10:1, 12) 🤜🤛 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur
"Kasihanilah aku, ya TUHAN, timbangkan penderitaanku di tangan orang yang menganiayaku! Engkau yang mengangkatku daripada gerbang maut, supaya aku dapat memuji-Mu di gerbang Puteri Sion, aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkanku" (Mazmur 9:13-14) 🤲 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur
"Apabila aku melihat langit-Mu, hasil kerja jari-Mu, bulan dan bintang, yang Kautentukan, apakah manusia maka Engkau mengingatnya, dan anak manusia maka Engkau mengendahkannya? Engkau telah menjadikannya rendah sedikit daripada Yang Ilahi dan memahkotakannya dengan kemuliaan dan kehormatan" (Mazmur 8:3-5) ✨🌙👥 #PreachTheWord #ServeToLead #KitabMazmur
"Ya TUHAN, ya Allahku, pada-Mu aku bernaung; selamatkan dan lepaskan aku daripada semua yang memburuku, jangan biarkan mereka mengoyak-ngoyakkanku seperti singa dan mencarik-carikku tanpa sesiapa melepaskanku" (Mazmur 7:1-2) 🤲🤲🤲 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur
"Aku letih lesu kerana mengerang; sepanjang malam kubanjiri tempat tidurku dengan tangisan dan kubasahi katilku dengan air mata. Mataku menjadi lemah kerana kesedihan; dan semakin kelam kerana musuhku" (Mazmur 6:6-7) 🥹😢😭 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur
"Dengarlah kata-kataku, ya TUHAN, pertimbangkan keluhanku. Dengarlah jeritanku meminta tolong, wahai Rajaku dan Allahku, kerana kepada-Mu aku berdoa" (Mazmur 5:1-3) 🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur
🤭 Pengenalan berkata, "Injil Lukas... Lukas 5" belum move-on dengan Injil Lukas... maaf, Kitab Mazmur... Mazmur 5 sebenarnya 😝
"Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa..." (Mazmur 4:4a) ❌😡⚠️ Apa kaitan diantara "penderitaan" atau "kesusahan" (v.1) pemazmur dengan ayat ini? Bagaimana untuk meredakan kemarahan? Kenapa pemazmur akhirnya boleh "tidur dalam sejahtera" (v.8)? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur
"Ya TUHAN, betapa ramainya musuhku! Betapa ramai yang bangkit melawanku! Ramai yang berkata tentangku, 'Allah tidak akan menyelamatkannya.' Tetapi Engkau ialah perisai yang melindungiku, ya TUHAN..." (Mazmur 3:1-3) ⚔️🛡️📖 Bagaimana untuk terus percaya dan yakin bahawa TUHAN akan menyelamatkan dan melindungi kita? 🤔 #PreachTheWord #ServeToLead #KitabMazmur
"Aku akan mengisytiharkan firman TUHAN: Dia berkata kepadaku, 'Engkau Anak-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu'" (Mazmur 2:7) 👑 Siapakah "Anak" ini? Apakah akibatnya menentang dan berkatnya bernaung kepada TUHAN dan yang diurapi-Nya? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur
Menurut firman Allah, orang benar diberkati tetapi orang fasik dibinasakan. Kenapa? "Kerana TUHAN menaungi jalan orang benar, tetapi jalan orang fasik akan binasa" (Mazmur 1:6) #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur
Tuhan Yesus Mesias berkata kepada para murid-Nya: “Inilah perkara-perkara yang telah Aku katakan kepadamu semasa Aku masih bersamamu dahulu: Segala perkara yang tersurat tentang Aku dalam Taurat Musa, kitab-kitab nabi dan kitab Mazmur pasti akan berlaku" (Lukas 24:44). Bagi Yesus, Kitab Suci - termasuk kitab Mazmur - ialah tentang diri-Nya 📖
Siapa (para) penulis kitab Mazmur? Kenapa kitab ini revelan dan penting bagi kita? Bagaimana untuk membaca kitab Mazmur berdasarkan Mazmur? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur
Dalam episod yang terakhir untuk siri pengajian Injil Lukas, saya ingin menjawab - melalui Alkitab - soalan-soalan ini: Dimana Yesus Mesias berada sepanjang 40 hari diantara kebangkitan-Nya dan pengangkatan-Nya? Apa signifikan "Bukit Zaitun" dalam PL & PB tempat Yesus diangkat ke syurga? Kenapa lebih baik Yesus pergi? Adakah Yesus "Tuhan"? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Tuhan Yesus berkata kepada para murid-Nya: “Demikianlah yang tersurat: Bahawa Mesias harus menderita lalu bangkit semula daripada maut pada hari yang ketiga, dan perkhabaran tentang pertaubatan dan pengampunan dosa akan diisytiharkan demi nama-Nya kepada semua bangsa, mulai di Yerusalem" (Lukas 24:46-47) 📯
Benarkah Kitab Suci memberi kesaksian tentang Yesus? Apakah implikasi utama kematian dan kebangkitan Yesus? Bagaimana para murid Yesus - malah kita juga - boleh bersaksi demi nama-Nya? Ini dan banyak lagi 💥 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Tuhan Yesus Mesias tiba-tiba berdiri di tengah-tengah para murid-Nya dan berkata kepada mereka, “Damai sejahtera kepada kamu!” Mereka terkejut dan berasa sangat takut kerana menyangka mereka melihat hantu. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Apakah sebabnya kamu takut? Mengapakah hatimu ragu-ragu?"
"Tengoklah tangan dan kaki-Ku. Inilah Aku. Sentuhlah Aku dan tengok. Hantu tidak berdaging dan bertulang sebagaimana yang kamu lihat ada pada-Ku.” Setelah Dia berkata demikian, Dia menunjukkan tangan dan kaki-Nya kepada mereka (rujuk Lukas 23:36-40) ✋🩸🦶 Apa yang terjadi seterusnya? Ada apa dengan tubuh Yesus yang baru? Dan apakah implikasinya kepada kita pada masakini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Lukas 24:16 mengatakan: "Mereka nampak Yesus tetapi mereka tidak mengenali-Nya" (AVB) atau "ada sesuatu yang menghalangi mata mereka, sehingga mereka tidak dapat mengenali Dia" (TB). Tetapi selepas mendengar Tuhan Yesus menerangkan Kitab Suci dan membahagikan roti kepada mereka, ayat 31 menyatakan: "Pada ketika itu juga mata mereka dicelikkan dan mereka pun mengenali Dia" 👁️✨✝️
Kenapa mereka tidak mengenali Yesus pada mulanya? Dan bagaimana mata mereka dicelikkan? Apa dua (2) hal luar biasa yang terjadi kepada mereka? Bagaimana tiga (3) kesimpulan untuk petikan ini boleh diaplikasikan kepada kita pada masakini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Dalam perjalanan ke kampung Emaus, Yesus Mesias menerangkan kepada dua orang murid-Nya apa yang tersurat tentang-Nya dalam seluruh Kitab Suci mulai kitab-kitab Musa sehingga semua kitab para nabi yang lain (Lukas 24:27). Tidak lama kemudian, Dia berkata kepada para murid yang lain juga: "Segala perkara yang tersurat tentang Aku dalam Taurat Musa, kitab-kitab nabi dan kitab Mazmur pasti akan berlaku" (v.44b) 📖
Menurut Yesus, segala yang tersurat dalam Kitab Suci (Tanakh) - Torah, Nevi'im & Ketuvim - adalah tentang diri-Nya! 😲 Benar atau tidak? Jika benar (bagi saya benar!), apa respon kamu? 🫵 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Ada dua orang antara murid Yesus Mesias sedang dalam perjalanan ke kampung Emaus. Mereka tidak percaya bahawa Yesus sudah bangkit semula dan menganggap berita itu sebagai 'karut.' Kedua-dua mereka berbual-bual tentang segala yang telah berlaku. Kemudian, Alkitab menyatakan, "Ketika mereka berbual-bual dan berbincang, Yesus sendiri menghampiri mereka lalu berjalan bersama-sama. Mereka nampak Yesus tetapi mereka tidak mengenali Dia" (Lukas 24:15-16) 😮
Kenapa mereka "tidak mengenali" Yesus? Apa yang mereka sebenarnya percaya tentang Yesus? Bagaimana Yesus menegur mereka dan apakah sebab utama mereka (dan kita) tidak percaya? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Ini kesaksian para malaikat kepada para perempuan setelah melihat makam Yesus Mesias kosong: “Mengapakah kamu mencari Dia yang hidup di antara orang mati? Dia tiada di sini. Dia sudah bangkit! Ingatlah apa yang telah dikatakan oleh-Nya kepadamu ketika Dia di Galilea: 'Anak Manusia harus diserahkan kepada orang berdosa. Dia akan disalib dan bangkit pada hari yang ketiga'" (Lukas 24:5-7) 🙌
Yesus tiada di makam dan tidak di antara orang mati; Dia sudah bangkit semula dan hidup selama-lamanya! 🆙 Pada hari apa Yesus bangkit? Kenapa ada yang percaya dan ada yang tidak? Bagaimana mungkin Yesus ialah "Tuhan"? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Sebenarnya Lukas 23:57 tidak wujud (periksa Alkitab kamu)... tetapi ayat ini sesuai untuk menimbulkan pertanyaan yang menarik: Dimana Yesus Mesias berada - lebih kurang 3 hari - selepas Dia mati di kayu salib dan sebelum Dia bangkit daripada kematian? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas