
Tuhan Yesus Mesias tiba-tiba berdiri di tengah-tengah para murid-Nya dan berkata kepada mereka, “Damai sejahtera kepada kamu!” Mereka terkejut dan berasa sangat takut kerana menyangka mereka melihat hantu. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Apakah sebabnya kamu takut? Mengapakah hatimu ragu-ragu?"
"Tengoklah tangan dan kaki-Ku. Inilah Aku. Sentuhlah Aku dan tengok. Hantu tidak berdaging dan bertulang sebagaimana yang kamu lihat ada pada-Ku.” Setelah Dia berkata demikian, Dia menunjukkan tangan dan kaki-Nya kepada mereka (rujuk Lukas 23:36-40) ✋🩸🦶 Apa yang terjadi seterusnya? Ada apa dengan tubuh Yesus yang baru? Dan apakah implikasinya kepada kita pada masakini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas