Seorang penjahat lagi berkata kepada Yesus Mesias, “Ya Yesus, ingatilah aku ketika Engkau menaiki takhta kerajaan-Mu.” Dia menjawab, “Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, pada hari ini juga engkau akan bersama-Ku dalam Firdaus" (Lukas 23:42-43) 🙌
Injil Matius dan Markus menyatakan kedua-dua perompak mencela Yesus tetapi Injil Lukas menyatakan hanya seorang sahaja, jadi, kedua-dua atau seorang sahaja? Apakah empat (4) sebab seorang penjahat akhirnya bertaubat? Apa itu "Firdaus"? Dan, bilakah masa yang sesuai untuk seseorang diselamatkan? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Bayangkan keadaan Yesus Mesias di kayu salib... sakit, seksa, sengsara, separuh mati... apa yang para pemimpin masyarakat lakukan? Bersimpati? Tidak! Malah, mereka mengejek-Nya! Mereka berkata, "Orang lain diselamatkan-Nya; biarlah Dia menyelamatkan diri-Nya sekarang jika Dia sesungguhnya Mesias yang dipilih Allah" (Lukas 23:35).
Di Tempat Tengkorak (Golgota), mereka menganggap apa yang terjadi kepada Yesus seperti suatu komedi 🎭 Apa tiga (3) komedi dalam petikan ini? Apa respon Yesus terhadap perbuatan mereka? Apa tiga (3) hal yang kita harus teladani daripada Yesus? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Dalam perjalanan ke tempat orang disalib, ada beberapa perempuan mengikuti Yesus Mesias sambil menangisi dan meratapi-Nya. Kenapa Dia berkata, "Kaum perempuan Yerusalem, janganlah tangisi Aku melainkan dirimu dan anak-anakmu sendiri"? (Lukas 23:28) 🤔
Bukan itu sahaja, Dia juga berkata, "Jika perbuatan begini dilakukan mereka terhadap pokok kayu yang masih hijau, apatal lagi terhadap pokok yang kering?" (v.31) 🤔 Apa maksud Yesus? Bagaimana semua ini sangat relevan untuk kita sekarang? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Ketika askar-askar membawa Yesus Mesias ke tempat orang disalib iaitu Golgota ("Tempat Tengkorak"), mereka berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Simon. Dia berasal dari Kirene dan sedang dalam perjalanan ke kota. Askar-askar menangkapnya, memaksanya memikul salib Yesus dan berjalan di belakang-Nya (Lukas 23:16) ✝️
Bagaimana keadaan atau kondisi Yesus pada ketika ini? Apa yang askar-askar paksa Yesus lakukan? Kenapa mereka memilih Simon dari Kirene? Apa yang TUHAN Allah ingin sampaikan kepada KAMU melalui ayat ini? 🫵 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Jika Yesus Mesias berkuasa dan ada autoriti, kenapa Dia boleh ditangkap? Kenapa Pontius Pilatus tidak boleh membebaskan Yesus walaupun dia mahu dan tahu Yesus tidak bersalah? Kenapa para guru agama dan orang ramai memilih Barabas dan bukannya Yesus? Adakah Yesus tewas? 🤔
Untuk mendengar jawapan/ respon kepada soalan-soalan ini dan banyak lagi, dengar episod ini 👍 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Para musuh Yesus Mesias tahu Dia sebenarnya TIDAK BERSALAH ❌ mereka yang bukan musuh Yesus juga tahu Dia sebenarnya TIDAK BERSALAH ❌ kita - orang yang percaya dan yang belum percaya - yang membaca Kitab Injil Lukas pun tahu Yesus sebenarnya TIDAK BERSALAH ❌
Jadi, kalau TIDAK BERSALAH ❌ kenapa Yesus akhirnya dijatuhkan hukuman mati di kayu salib? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
"Apabila Herodes melihat Yesus, dia sangat gembira. Sudah lama dia hendak bertemu dengan Yesus kerana dia telah mendengar banyak hal tentang Yesus. Lagipun, dia berharap dapat menyaksikan Yesus melakukan mukjizat" (Lukas 23:8).
Kenapa Pontius Pilatus mengutus Yesus Mesias kepada Herodes Antipas? Kenapa Herodes "sangat gembira" melihat Yesus? Kenapa perbicaraan terhadap Yesus ini boleh menjadikan Pilatus dan Herodes bersahabat semula? Dan apa dua (2) hal kritikal yang kita harus elak untuk mengikuti Yesus sesungguhnya? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Alkitab menyatakan bahawa SEMUA anggota Majlis Agama bangun lalu membawa Yesus Mesias menghadap Pontius Pilatus. Mereka mula menuduh-Nya, “Kami telah mendapati orang ini menyesatkan bangsa kami, menghasut orang supaya tidak membayar cukai kepada Kaisar dan mengaku diri-Nya Kristus, seorang raja!” (Lukas 23:1-2)
Menurut perspektif Majlis Agama atau Sanhedrin, kenapa mereka ingin membunuh Yesus? Kenapa pula mereka harus membawa Yesus menghadap Pilatus? Apakah tuduhan-tuduhan mereka terhadap-Nya? Kenapa Pilatus tidak mendapati Yesus bersalah? Apa kaitan semua ini dengan kita masa kini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Ada dua soalan yang para pemimpin Majlis Agama mahu Yesus jawab. Pertama, "Jika Engkau Kristus [atau Mesias], katakanlah kepada kami" (Lukas 22:67); dan kedua, "Kalau begitu, Engkaulah Anak Allah?" (v.70a). Oleh kerana Yesus tidak boleh berbohong, jadi Dia berterus-terang, "Benarlah katamu" (v.70b).
Apa bukti bahawa Yesus ialah benar-benar Kristus dan Anak Allah? Apakah maksudnya Yesus menggelar diri-Nya Anak Manusia? Akhirnya, apa respon kamu kepada siapa Yesus itu? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Alkitab menyatakan bahawa orang yang mengawal Yesus Mesias mengejek dan memukul Dia. Mereka menutupi mata Yesus dan bertanya, "Siapakah yang memukul Engkau? Buatlah nubuat!" Mereka mengatakan banyak lagi perkara yang menghina kepada-Nya (Lukas 22:63-65). Tidak cukup dengan itu, Matius 26:67 menambah malah mereka dan para pemimpin agama juga "meludahi muka-Nya dan memukul-Nya. Ada yang menampar-Nya" 😭
Jadi, Yesus bukan hanya diejek, dipukul, ditutupi mata dan dihina tetapi juga ditampar dan diludahi! 😡 Namun begitu, bagaimana Yesus meresponi semua ini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Yesus Mesias berkata kepada para murid-Nya: “Tetapi sekarang, orang yang mempunyai dompet atau beg hendaklah membawa barang-barang tersebut. Orang yang tidak berpedang hendaklah menjual bajunya untuk membeli sebilah..." Murid-murid itu berkata, “Tengoklah Tuhan, di sini ada dua bilah pedang!” Yesus berkata, “Cukuplah!” (Lukas 22:36, 38)Apabila Yesus menyuruh mereka "membeli sebilah [pedang]," ada yang mengatakan bahawa ini ialah hanya secara simbolik atau bahasa kiasan. Bagi saya, Yesus sebenarnya berkata secara literal - betul-betul pedang ⚔️ Kenapa saya berkata begitu? Apa yang akan terjadi kepada Yesus dan para murid-Nya? Kenapa Yesus berkata, "Cukuplah!"? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Selepas Yesus Mesias menyatakan tentang penderitaan-Nya, selepas Dia menginstitusikan Perjamuan Kudus yang mengingatkan tentang kematian-Nya, dan selepas Dia berkata bahawa salah seorang daripada mereka akan mengkhianati-Nya - selepas semua itu - apa yang para rasul lakukan? Mereka bergaduh dan bertengkar tentang siapa antara mereka yang dianggap terbesar!
Come on, dudes! 🤷🏻♂️ Kenapa mereka bersikap seperti itu? Siapa sebenarnya yang terbesar? Apa (sepatutnya) perbezaan diantara orang percaya dengan orang tidak percaya? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Pada minggu Perayaan Roti Tidak Beragi, Yesus Mesias menyuruh Petrus dan Yohanes pergi menyediakan jamuan Paskah untuk Dia, mereka, dan para murid-Nya yang lain. Apabila mereka bertanya di mana Yesus hendak mereka menyediakan jamuan itu, Dia memberi perintah rahsia yang sangat spesifik dan luar biasa (rujuk Lukas 22:10-12).Alkitab menyatakan bahawa "mereka pergi ke kota [Yerusalem] dan mendapati SEMUA [EVERYTHING] seperti yang dikatakan Yesus kepada mereka" (Lukas 22:13) 🙌 Kenapa Yesus harus makan perjamuan Paskah bersama para murid-Nya? Kenapa tempatnya dirahsiakan? Apakah kaitan diantara kedaulatan dan ketaatan? 🤔 Dengar episod ini! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Ketua-ketua imam dan ahli-ahli Taurat "sedang mencari jalan untuk membunuh Yesus" (Lukas 22:2) dan pada masa yang sama "Iblis memasuki Yudas Iskariot" untuk mengkhianati Yesus, yang akhirnya bertujuan untuk membunuh Yesus juga! Dan apabila kita membaca petikan firman yang seterusnya, rancangan manusia dan Iblis benar-benar terjadi! Yesus mati di kayu salib!
Jadi, adakah rancangan TUHAN Allah gagal? 🤔 Dengar episod ini 👍 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas