
Tuhan Yesus berkata kepada para murid-Nya: “Demikianlah yang tersurat: Bahawa Mesias harus menderita lalu bangkit semula daripada maut pada hari yang ketiga, dan perkhabaran tentang pertaubatan dan pengampunan dosa akan diisytiharkan demi nama-Nya kepada semua bangsa, mulai di Yerusalem" (Lukas 24:46-47) 📯
Benarkah Kitab Suci memberi kesaksian tentang Yesus? Apakah implikasi utama kematian dan kebangkitan Yesus? Bagaimana para murid Yesus - malah kita juga - boleh bersaksi demi nama-Nya? Ini dan banyak lagi 💥 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas