
Ada dua orang antara murid Yesus Mesias sedang dalam perjalanan ke kampung Emaus. Mereka tidak percaya bahawa Yesus sudah bangkit semula dan menganggap berita itu sebagai 'karut.' Kedua-dua mereka berbual-bual tentang segala yang telah berlaku. Kemudian, Alkitab menyatakan, "Ketika mereka berbual-bual dan berbincang, Yesus sendiri menghampiri mereka lalu berjalan bersama-sama. Mereka nampak Yesus tetapi mereka tidak mengenali Dia" (Lukas 24:15-16) 😮
Kenapa mereka "tidak mengenali" Yesus? Apa yang mereka sebenarnya percaya tentang Yesus? Bagaimana Yesus menegur mereka dan apakah sebab utama mereka (dan kita) tidak percaya? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas