Home
Categories
EXPLORE
True Crime
Comedy
Society & Culture
Business
Sports
TV & Film
Health & Fitness
About Us
Contact Us
Copyright
© 2024 PodJoint
00:00 / 00:00
Sign in

or

Don't have an account?
Sign up
Forgot password
https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Podcasts115/v4/54/db/a8/54dba804-b65d-2d74-ba54-ad613f3ae44c/mza_622601534514032794.jpg/600x600bb.jpg
TZKRH
TZKRH
29 episodes
6 days ago
Saling Memberi Peringatan.
Show more...
Education
RSS
All content for TZKRH is the property of TZKRH and is served directly from their servers with no modification, redirects, or rehosting. The podcast is not affiliated with or endorsed by Podjoint in any way.
Saling Memberi Peringatan.
Show more...
Education
Episodes (20/29)
TZKRH
Episod 29: Ketahui Penyakit Hati Dan Ciri Hati Yang Sihat

Hati yang sakit adalah hati yang riak, ujub dan takbur.

Ia boleh diubati dengan taubat, istighfar dan melakukan amal soleh.


Show more...
5 years ago
9 minutes 14 seconds

TZKRH
Episod 28: Mindfulness Dalam Beragama

Mindfulness adalah keadaan di mana seseorang itu berada dalam keadaan penuh sedar apa yang dilalui pada satu-satu masa. 

Konsep ini boleh juga diaplikasikan dalam kehidupan beragama sebagai seorang Muslim.

Orang yang mindful akan sedar bahawa Allah sentiasa ada bersamanya dan hal ini akan mendorong dia melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan.

Show more...
5 years ago
10 minutes 3 seconds

TZKRH
Episod 27: Baik SIngle Daripada Ada Dalam Perhubungan Kosong

Status diri yang single dan tidak punya pasangan sentiasa digambarkan sebagai hal yang menyedihkan.

Namun, ia tidak semestinya begitu. Bukankah lebih baik single daripada berada dalam hubungan yang terasa kosong dan tidak sihat?

Show more...
5 years ago
15 minutes 31 seconds

TZKRH
Episod 26: Ulasan Siri The Good Place

Topik kali ini adalah tentang motivasi untuk buat baik, bertitik tolak daripada sebuah siri di Netflix yang bertajuk The Good Place.

Ia berkisar tentang seorang wanita yang mati dan telah ditempatkan di sebuah tempat yang baik iaitu Good Place.

Sungguhpun perkara itu menghairankan dirinya kerana dia bukanlah seorang yang dikira baik semasa di dunia, hal ini semakin membuatkan dia bermotivasi untuk terus melakukan kebaikan.


Show more...
5 years ago
12 minutes 35 seconds

TZKRH
Episod 25: Maknakan Merdeka Dengan Syukur

Telah 63 tahun negara kita merdeka. Cabaran yang dihadapi sekarang adalah untuk mengekalkan keharmonian negara.

Caranya adalah dengan membuktikan rasa syukur dengan pelbagai cara; menghargai Jalur Gemilang, menghormati adat, budaya dan agama yang ada, megelakkan provokasi dan cara paling mudah adalah mengamalkan ucapan terima kasih kepada rakyat negara ini.

Show more...
5 years ago
15 minutes 7 seconds

TZKRH
Episod 24: Nafas Baru Di Bulan Muharam

Muharam telah dipilih sebagai bulan pertama dalam Islam oleh Saidina Umar Al-Khattab.

Mengambil semangat Muharam sebagai pemula kepada tahun baru, 

ayuh kita refleksi diri sebelum menyambung kembali perjalanan hidup.

Show more...
5 years ago
13 minutes 52 seconds

TZKRH
Episod 23: Nilaian Masa Bagi Orang Berjaya

Allah bersumpah dengan masa di dalam Al-Quran bagi menunjukkan kepentingannya.

Masa adalah peluang. 

Ia boleh menjadi keuntungan buat orang yang tahu menguruskan dan lawan bagi orang yang tidak tahu menghargainya.

Jadi bagaimana orang yang berjaya menghargai masa? 

Dengarkan perkongsian dalam episod ini.



Show more...
5 years ago
15 minutes 9 seconds

TZKRH
Episod 22: Korban, Kesabaran Dalam Ketaatan

Aidiladha sangat sinonim dengan amalan berkorban. Bertitik tolak daripada kisah korban Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, ia akhirnya diteruskan sebagai sunnah yang sangat disarankan.

Korban adalah ibadah berbentuk ketaatan bagi menggambarkan kepasrahan seorang hamba kepada Allah. 

Korban bukan hanya berbentuk fizikal dengan penyembelihan binatang korban, namun merangkumi pengorbanan mengekang nafsu serta mendidik sabar dalam ketaatan.

Show more...
5 years ago
15 minutes 22 seconds

TZKRH
Episod 21: Atasi Fikiran Negatif Dengan Memahaminya

Kadang-kadang kita tidak sedar kita sedang berada dalam fikiran negatif terus-menerus.

Jika masalah asalnya hanyalah sebesar batu bata, tetapi fikiran negatif menjadikannya sebesar bangunan.

Jika asalnya hanya sebanyak segelas air, fikiran negatif menjadikan ia seluas lautan.

Bagaimana untuk atasinya? Jom dengar perkongsian kali ini.

Show more...
5 years ago
11 minutes

TZKRH
Episod 20: Kebaikan Itu Banyak Caranya

Kebaikan boleh dilakukan melalui pelbagai cara.

Mungkin kecil di mata kita, tapi besar pada orang yang menerima.

Jadi usah pandang remeh kebaikan yang dilakukan.

Niatkan sahaja, bahawa hari ini - aku ingin menjadikan hidup orang lain lebih bermakna.

Show more...
5 years ago
12 minutes 9 seconds

TZKRH
Episod 19: Tidak Ada Siapa Yang Sempurna

Allah telah menghadirkan orang-orang di sekeliling untuk kita saling melengkapi.

Orang yang hadir boleh jadi ujian atau kekuatan.

Dari situlah kita mendapat pengalaman yang akan mematangkan untuk persediaan kehidupan pada masa hadapan.


Show more...
5 years ago
14 minutes 32 seconds

TZKRH
Episod 18: Bagaimana Menghapuskan Dosa Mengumpat vs Mengumpat Yang Dibenarkan

Mengumpat adalah dosa yang paling senang dilakukan.

Istilah yang diguna sekarang seperti 'membawang' dan 'spill the tea'.

Hanya dengan lidah, kita mengheret diri sendiri ke lembah dosa.

Namun, ada perkara yang boleh dibuat untuk menghapuskan dosa mengumpat. Bagaimana?

Jom dengarkan episod kali ini bersama Natirah Azira.

Show more...
5 years ago
10 minutes 24 seconds

TZKRH
Episod 17: Ilmu Bawa Manfaat Untuk Dunia Dan Akhirat

Ilmu adalah kunci kehidupan.

Mengapa? Kerana ilmu akan membuka dimensi baru dalam hidup seseorang.

Ia menjadikan hidup seseorang lebih baik bukan hanya di dunia malah di akhirat.

Namun ingat, carilah ilmu yang benar. Tujuan ilmu di akhirnya, tidak lain tidak bukan untuk membawa manusia lebih dekat dengan Tuhan.


Show more...
5 years ago
14 minutes 53 seconds

TZKRH
Episod 16: Bagaimana Merawat Kesedihan

Kesedihan dan kegembiraan silih berganti dalam kehidupan seorang manusia.

Ia bukan suatu yang tetap dan tidak berubah.

Justeru, bagaimana kita menguruskannya? Adakah kita larut dalam kesedihan atau menukar kesedihan menjadi suatu yang mampu memberi semangat semula?

Show more...
5 years ago
14 minutes 28 seconds

TZKRH
Episod 15: Muhasabah Diri Jalan Menuju Kesedaran Bertuhan

Muhasabah membawa kita kembali kepada hakikat diri - bahawa setiap perbuatan dicatat dan tidak akan terlepas daripada pandangan Allah.

Muhasabah akan menjadikan kita sebagai seorang yang dilahirkan semula dengan hati sedar dan penuh keinsafan.

Show more...
5 years ago
13 minutes 20 seconds

TZKRH
Episod 14: Perang Tabuk Perang Terakhir Rasulullah SAW

Perang Tabuk adalah perang terakhir yang dipimpin oleh Rasulullah SAW yang berlaku pada tahun 9 Hijrah.

Kisah Perang Tabuk yang anda dengari akan mengajar tentang erti pengorbanan, kerjasama serta ujian keimanan ke atas umat Islam sendiri.

Show more...
5 years ago
13 minutes 41 seconds

TZKRH
Episod 13: Cerita Inspirasi Antara Cita-Cita Dan Pengorbanan

Ujian akan sentiasa ada dalam kehidupan seorang manusia.

Cuma bezanya adalah bagaimana cara kita menghadapinya.

Kali ini, Tzkrh bersama dengan Saudara Imran Mat Shah, bagi mendengar perkongsian tentang perjalanan hidup beliau sebagai seorang kanser survivor.

Show more...
5 years ago
51 minutes 8 seconds

TZKRH
Episod 12: Jerat Percintaan Yang Melalaikan

Perasaan cinta adalah fitrah bagi manusia.

Islam tidak melarang untuk bercinta, asalkan mengetahui batasnya.

Namun, kita harus bijak menguruskan perasaan cinta agar tidak terjerumus ke lembah binasa.


Show more...
5 years ago
10 minutes 49 seconds

TZKRH
Episod 11: 10 Cara Kreatif Bersedekah

Anda tidak perlu jadi kaya untuk bersedekah. 

Sedekah boleh dilakukan bukan hanya dengan duit malah banyak benda. 

Kali ini Tzkrh ingin berkongsi 10 langkah kreatif untuk bersedekah.

Selamat mencuba!

Show more...
5 years ago
8 minutes 8 seconds

TZKRH
Episod 10: Makna Sebenar Istighfar Dan Kisah Ajaib Mengenainya

Apa maksud sebenar istighfar?

Apakah manfaat yang Allah sediakan buat mereka yang melazimi istighfar?

Bagi mereka yang sering beristighfar memohon ampun kepada Allah, Allah akan mengabulkan permintaan serta memberi pelbagai rezeki buatnya.

Jom ikuti Tzkrh untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat amalan mudah ini.

*Pembetulan perkataan 'sedang tidur' pada minit ke 5.23, digantikan kepada 'untuk tidur'.

Show more...
5 years ago
7 minutes 13 seconds

TZKRH
Saling Memberi Peringatan.