Selepas membuat keputusan untuk meninggalkan Spotify, Usrah kini beralih sepenuhnya ke YouTube! Jangan lupa subscribe & teruskan menyokong kami di platform baru!
Tonton kami di YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCv5oEdQ-nWVzbmQFbyCE9NA
Kami ulas kiriman pendengar yang penuh emosi dan persoalan mendalam, daripada isteri yang tahu suaminya curang tapi tidak rasa sakit hati, persoalan adakah wanita yang meminta cerai tidak akan masuk syurga, hinggalah cara memujuk diri selepas hilang kepercayaan terhadap pasangan. Kami juga bincang bagaimana menghadapi hidup tanpa terlalu terkesan dengan manusia, serta mencari erti kebahagiaan sebenar walaupun diuji dengan pelbagai dugaan.
Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Tonton kami di YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCv5oEdQ-nWVzbmQFbyCE9NA
Kami kupas pelbagai persoalan menarik yang ditanya oleh para pendengar, daripada syarat-syarat sah nikah, hukum makan makanan yang diragui status halalnya, hinggalah isu minuman 0% alkohol dan hukum lelaki memakai jam yang mengandungi emas putih. Kami juga sentuh tentang hukum mendedahkan badan dalam dunia bina badan, ganjaran bagi mereka yang memelihara haiwan, serta persoalan berat seperti adakah berdosa jika tidak membantu Palestin dan mengapa banyak negara Islam seolah-olah tidak turun membantu.
Kami bincangkan teori konspirasi tentang figura Labubu, betul ke ia ada kaitan dengan demon seperti Pazuzu? Boleh ke kita simpan Labubu di rumah atau ada unsur yang meragukan? Kami juga sentuh isu melakar rupa syaitan, serta fenomena ajaran sesat moden seperti eHati dan gerakan “new age” yang makin menyesatkan dan menggugat akidah. Tak lupa juga, persoalan fiqah moden, boleh ke simpan sperma dalam sperm bank?
Kami merenung pemergian bekas Mufti Sheikh Syed Isa Semait dan sumbangan besar beliau kepada masyarakat Muslim di Singapura. Kami juga sambung menjawab soalan-soalan kiriman pendengar seperti hukum sunat untuk bayi perempuan, kepentingan taat kepada ibu bapa walaupun mereka mungkin dianggap “toxic” atau “jahat”, serta pandangan Islam tentang “silent treatment”. Selain itu, kami bincangkan tanggung jawab wajib seorang suami, isu menghadiri majlis perkahwinan civil dan sama ada itu menjadikan kita munafik, maksud sebenar munafik, dan persoalan sama ada semua yang masuk penjara itu jahat.
Kami menjawab soalan-soalan di Slido daripada pendengar seperti urutan solat qada Asar dan Maghrib ketika waktu Isyak, cara memberikan 100% harta pusaka kepada anak perempuan tanpa melalui faraid, hukum suami beronani kerana isteri kurang berminat demi menjaga rumah tangga, serta doa pertama yang sesuai selepas memeluk Islam. Kami juga membincangkan persoalan mengapa perlu berpegang pada satu mazhab sedangkan Rasulullah SAW hanya meninggalkan al-Quran dan sunnah, dan akhir sekali, keistimewaan hari Asyura yang penuh keberkatan.
Sempena tahun baru Hijrah ini, Usrah membawakan perbincangan yang padat dan reflektif, daripada doa akhir dan awal tahun, sembahyang sunat selepas nikah, hinggalah persoalan sama ada azan di liang lahad itu benar-benar sunnah atau tidak. Kami juga menyentuh tentang erti sebenar hijrah dalam konteks moden, membincangkan perang Iran-Israel serta keperluan menyaring kesahihan berita, dan mengulas isu hangat seperti penjualan “pahala” di Shopee – adakah ia sah di sisi agama?
Dalam episod Usrah kali ini, kami kupas makna di sebalik lagu tema kami, lirik yang bukan sekadar sedap didengar, tapi juga mengangkat semangat dan jiwa. Kami juga ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyertai ibadah Qurban bersama Usrah tahun ini. Dalam sembang santai tapi bermakna ini, kita bincangkan juga tentang persepsi agama yang sering dianggap menakutkan, hakikatnya agama itu mendekat dan memeluk. Kita sentuh tentang taubat, bagaimana nak tahu jika ia diterima, serta isu mindset dalam rumahtangga: adakah lelaki wajib jadi pemberi sepenuhnya atau boleh 50/50?
Dalam episod Usrah kali ini, kami kupas isu serius tentang trend TikTok yang mempermainkan neraka. Sekadar ikut trend, atau boleh membawa kepada murtad? Kami juga bincang tentang bagaimana wahyu qurban diturunkan kepada Nabi Ibrahim, dan beza antara mimpi seorang nabi dengan orang biasa. Selain itu, kami sentuh hakikat sebenar ibadah korban dan rahmat Allah yang tersembunyi di sebaliknya. Akhir sekali, kami kongsikan kenapa Hari Raya Aidiladha disambut lebih meriah di negeri Arab.
Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban
Dalam episod Usrah kali ini, kami jawab pelbagai soalan menarik seperti isu pembantu rumah dan mahram, hukum melewatkan solat Isyak, cara bina keyakinan diri dan atasi cemas, serta konsep ukhuwah dalam Islam. Kami juga bincang isu khilaf insurans kesihatan, hukum forex trading, persoalan tentang kewujudan dinosaur, dan sama ada isteri berdosa jika menolak hubungan intim.
Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban
Dalam episod Usrah kali ini, kami sambung sesi soal jawab daripada Slido dengan membincangkan soalan-soalan menarik seperti tips menjadi hafiz dan ahli Al-Quran, perbezaan menuntut ilmu di Yaman berorientasi tasawuf berbanding Madinah/Makkah, cara meraikan khilaf agar kekal sah dan harmoni, serta hukum isteri melaksanakan ibadah qurban bagi suami dan anak-anak termasuk persoalan qurban untuk orang lain.
Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban
Dalam episod kali ini, kami buka ruang soalan melalui Slido dan jawab pelbagai persoalan agama yang dekat dengan realiti masyarakat hari ini. Antara yang dibincangkan termasuk hukum vasectomy untuk family planning, pernikahan demi umah, taubat selepas zina, serta isu riba dan ganjaran kad kredit dalam Islam. Kami juga sentuh topik seperti ibadah qurban untuk arwah, badal haji, ketagihan pornografi, dan persoalan melibatkan muallaf yang perlu hadiri upacara pengebumian bukan Islam.
Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban
Dalam episod Usrah kali ini, kami kupas keputusan pilihan raya terbaru di Singapura — termasuk rasa kehilangan terhadap Faisal Manap dan persoalan mengapa ramai kurang senang dengan menteri Melayu/Islam yang dilihat tidak benar-benar mewakili suara masyarakat. Kami bincangkan juga kepentingan menggunakan bahasa atau dialek yang tepat untuk menyentuh hati rakyat, serta bagaimana pemimpin Islam seharusnya tampil dan berkomunikasi dengan hikmah. Selain itu, kami sentuh isu viral pergaduhan antara ‘mat rep’ dan ‘ahbeng’, asal-usul istilah “mat rep”, dan kenapa ubat batuk boleh jatuh hukum haram dalam situasi tertentu.
Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban
Dalam episod ini, kami kongsikan doa untuk membuat pilihan semasa mengundi, pandangan tentang pilihan raya Singapura, serta isu yang perlu diperbaiki dalam masyarakat Melayu-Muslim. Kami juga recap lawatan ke Surabaya untuk persiapan Qurban, doa-doa yang diterima termasuk dari Murshid, dan lawatan ke pusat tahfiz di sana. Akhir sekali, kami bincang cara menyampaikan takziah kepada yang bukan beragama Islam.
Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban
Dalam episod yang penuh emosi kali ini, Dzar dan Father Ismail berkongsi pengalaman menyentuh hati sepanjang lawatan mereka ke Bangladesh. Lawatan ini bertujuan untuk bertemu dengan pasukan tempatan serta penerima manfaat bagi ibadah qurban tahunan yang dijalankan. Sepanjang perjalanan, mereka menyaksikan sendiri keadaan hidup masyarakat di kawasan setinggan yang serba kekurangan, sekaligus membuka mata tentang nikmat dan rezeki yang sering kita terlepas pandang.
Episod ini juga menegaskan betapa pentingnya ibadah qurban dan harapan untuk menjalankan amanah ini sebaik mungkin, demi mereka yang memerlukan.
Dalam episod kali ini, kami mengupas fenomena dan kontroversi di sebalik drama viral “Bidaah” yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Apa sebenarnya maksud bidaah dalam konteks agama? Apakah itu aib guru, dan sejauh mana kita boleh atau tidak boleh mempersoalkan seorang guru? Kami juga menyentuh persoalan tentang batas hormat terhadap guru, serta peranan dan tanggungjawab seorang Muslim dalam menghadapi pilihan raya – apakah erti undi sebagai amanah, dan bolehkah seseorang itu “buang undi” secara sengaja? Akhir sekali, kami berbincang tentang cara menjaga iman dan jati diri dalam era penuh cabaran dan trend yang berubah-ubah.
Dalam episod kali ini di Usrah Podcast, kami membincangkan pelbagai topik penting dan relevan. Antaranya ialah hubungan antara adat dan budaya Melayu dalam Islam, sejauh mana ia selari atau bercanggah dengan ajaran agama. Kami juga kupas persoalan sama ada menyerupai kaum lain boleh menjejaskan akidah seorang Muslim. Selain itu, kami kongsikan cara sambutan Hari Raya di negeri-negeri lain serta sunnah-sunnah yang digalakkan semasa Eid.
Topik penyakit ain turut disentuh. Apakah ia, bagaimana ia berlaku, dan cara melindungi diri. Kami juga bincangkan isu tarif dan al-maksu, serta pandangan Islam terhadap kutipan cukai. Akhir sekali, kami berikan kenyataan rasmi Usrah berkenaan isu melibatkan Calvin Cheng. Sebuah episod padat dengan ilmu, perspektif dan perbincangan terbuka.
Dalam episod kali ini, sempena kehadiran bulan Syawal, kami berbincang tentang pelbagai topik menarik termasuk bagaimana untuk kekal istiqomah selepas Ramadan, adab-adab ketika beraya, serta isu hangat seperti trend TikTok Hari Raya — haram ke tidak bila buat? Kami juga sentuh tentang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak dan kupas pro dan kontra penggunaan ChatGPT.
Dalam episod kali ini, kami membincangkan segala-galanya tentang Eidulfitri—dari cara menentukan tarikh Hari Raya sehinggalah ke darjat solat sunat Aidilfitri. Bagaimana sebenarnya tarikh Hari Raya ditetapkan, dan apa itu konsep Imkanur Rukyah yang digunakan dalam penentuan hilal? Kami juga mengupas tentang takbir raya, bilakah waktu yang tepat untuk membacanya dan apakah maksud tersirat di sebalik takbir panjang yang sering kita dengar menjelang Syawal. Selain itu, kami turut membimbing anda melalui cara-cara solat Hari Raya dan memahami kepentingan serta darjatnya dalam ibadah seorang Muslim.
💙 Sumbangkan kepada MTFA: https://visit.mtfa.org/usrah
Di penghujung Ramadhan, kami menyelami keistimewaan Malam Lailatul Qadar—malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Mengapa malam ini dirahsiakan? Apakah tanda-tandanya, dan bagaimana kita boleh mempersiapkan diri untuk Qiyam dengan sebaiknya?
Selain itu, kami juga membincangkan tentang Malam Tujuh Likur, asal-usulnya, serta tradisi yang masih diamalkan hingga ke hari ini.
💙 Sumbangkan kepada MTFA: https://visit.mtfa.org/usrah