Hi episod kali ini saya bersama dengan pengasas kepada Huzeifa Studio iaitu Azlan Huzeifa. Sekarang semakin ramai usahawan menyedari keperluan untuk mendigitalkan perniagaan mereka, terutamanya melalui sosial media seperti Facebook, Instagram dan terbaru adalah Tik Tok. Tetapi kebanyakkan daripada mereka gagal melihat hasil jualan mereka meningkat apabila menggunakan platform-platform tadi, ini kerana mereka tidak tahu "Do's and Dont's" semasa mempromosikan dan melakukan jualan produk mereka di sosial media. Dalam episod ini Azlan kongsikan apakah rahsia dan juga pantang larang sewaktu menjual di sosial media. Bagaimana strategi "Jab, Jab, Jab, Right Hook" yang digunakan oleh Azlan ini boleh dipraktikkan oleh usahawan-usahawan semasa di sosial media. Selain itu, Azlan juga kongsikan bagaimana buku "Instagram Marketing Calender", yang terinspirasi sewaktu pandemik Covid-19 , telah membantu hampir 5,000+ usahawan di Malaysia dan juga Singapura. Enjoy the show!
Link:
1. Azlan's Twitter
2. Huzeifa Studio Website
3. Instagram Marketing Calender
4. Amer's Twitter
5. Amer's Website
Hi, pada episod kali ini saya bersama-sama dengan saudara Faheem, merupakan founder kepada Hijrah Trading Sdn Bhd.
Hi, episod kali ini saya bersama dengan Aiman Amri atau dikenali sebagai "Aiman Psikologi". Beliau merupakan salah seorang "key opinion leader" dalam bidang psikologi dan juga personaliti manusia. Selain banyak berkongsi pendapat dan buah fikiran beliau di dalam sosial media, Aiman juga banyak kali keluar dalam siaran televisyen seperti TV3 membincangkan tentang topik psikologi dan sifat manusia.
Sebagai seorang yang menuntut ilmu dalam bidang psikologi serta turut mempraktikkan pengetahuan tersebut dalam pekerjaannya, ianya memberikan Aiman kelebihan untuk berkongsi real-life-experience dan real-situation berkaitan dengan dunia psikologi. Dalam episod ini kami berbual berkenaan dengan status quo introvert dan extrovert dalam masyarakat, bagaimana untuk mengatasi perkara tersebut serta berkenaan dengan perbezaan jelas antara stress, anxiety dan depression. Enjoy the show!
Twitter: Aiman Psikologi
Website: Aiman Psikologi
Hello, episod kali ini saya bersama dengan Natasha Gedion, juga dikenali dengan panggilan MarieJualKondo. Natasha merupakan seorang perunding hartanah (Real Estate Negotiator) sepenuh masa dan tahun ini merupakan tahun ke-5 beliau dalam industri jual beli hartanah di Malaysia. Berjaya memperoleh komisen sebanyak enam angka pada tahun pertamanya dalam industri menjadikan beliau seorang ikon serta contoh kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi perunding hartanah di Malaysia. Untuk sesiapa yang belum atau bakal memiliki hartanah, Natasha banyak kongsikan ilmu dan pengetahuan beliau berkenaan dengan jual beli rumah di Twitter dan Instagramnya. Dalam episode ini, kami berbual tentang cabaran dan realiti kehidupan seorang ‘commisson earner’—perunding hartanah, bagaimana dengan pasaran hartanah di Malaysia dan juga kenapa hartanah merupakan pelaburan yang paling bagus untuk jangka masa panjang. Enjoy the show!
Twitter: MarieJualKondo
Instagram: Natasha Gedion