Selebriti Podcast membawa anda mengintip kisah di sebalik tabir dunia selebriti Malaysia. Dalam setiap episod, kami menyingkap pengalaman peribadi, cabaran, dan momen-momen yang jarang didedahkan kepada umum, dari cerita di set penggambaran hingga isu yang dihadapi di luar lensa kamera. Sertai kami dan para selebriti tempatan dalam perbincangan eksklusif tentang dunia glamor yang penuh liku, mendekati sisi mereka yang jarang kita lihat. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632.
All content for Selebriti Podcast - SYOK Podcast [BM] is the property of SYOK Podcast and is served directly from their servers
with no modification, redirects, or rehosting. The podcast is not affiliated with or endorsed by Podjoint in any way.
Selebriti Podcast membawa anda mengintip kisah di sebalik tabir dunia selebriti Malaysia. Dalam setiap episod, kami menyingkap pengalaman peribadi, cabaran, dan momen-momen yang jarang didedahkan kepada umum, dari cerita di set penggambaran hingga isu yang dihadapi di luar lensa kamera. Sertai kami dan para selebriti tempatan dalam perbincangan eksklusif tentang dunia glamor yang penuh liku, mendekati sisi mereka yang jarang kita lihat. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632.
Hazama membuka cerita tentang projek terbarunya dan aspirasi masa depan dalam dunia seni. Beliau berkongsi perancangan karier, termasuk projek muzik, lakonan, serta usaha untuk terus relevan dalam industri. Ikuti perbincangan tentang impiannya untuk membawa seni ke tahap baharu dan bagaimana Hazama terus berinovasi demi peminat.
Hazama membawa kita ke belakang tabir proses kreatif di sebalik penghasilan lagu-lagu hits seperti Pokok, Cinta Teragung, dan Relakan Jiwa. Beliau berkongsi perjalanan emosi, cabaran menghasilkan karya bermakna, dan bagaimana pengalaman peribadi memberi sentuhan unik pada muziknya.
Hazama berkongsi tentang perjalanan muziknya melalui kolaborasi bersama artis ternama seperti Amy Search dan Meet Uncle Hussain. Beliau membuka cerita tentang pengalaman bekerja dengan mereka, bagaimana ia memberi inspirasi, dan peranan penting kolaborasi dalam membentuk evolusi gaya dan identiti muziknya sepanjang karier.
Hazama berkongsi perjalanan awalnya di pentas seni, dari percubaan menyertai Akademi Fantasia hingga menjadi ikon muzik tempatan. Melalui kisah suka duka, Hazama membuka cerita tentang bagaimana pengalaman tersebut membentuk identiti dan gaya seni uniknya.
Tuju membawa anda ke sebalik tabir penghasilan single terbarunya, 'Aku Ingin'. Dengar kisah di sebalik lirik, inspirasi emosional, dan cabaran yang dihadapinya dalam mencipta lagu yang penuh makna ini. Tuju berkongsi harapannya untuk karya ini dan impaknya kepada pendengar, membuka sisi peribadinya dalam muzik
Dalam episod ini, Tuju membawa pendengar menyelami proses kreatifnya, dari idea hingga menjadi lagu yang memukau. Ketahui bagaimana inspirasi datang, teknik yang digunakan, dan cabaran yang dihadapinya dalam menghasilkan karya yang bermakna. Tuju juga menekankan bahawa tiada cara yang betul atau salah dalam berkarya.
Tuju membawa kita menelusuri liku-liku perjalanan kerjayanya, dari permulaan yang penuh cabaran hingga berjaya berada dalam industri muzik Malaysia. Dengar bagaimana Tuju mengatasi halangan, mengekalkan semangat, dan mengukuhkan namanya sebagai artis yang berani membawa kelainan.
Dalam episod ini, Tuju berkongsi tentang pengalamannya membesar dengan muzik dan bagaimana ia membentuk siapa dirinya hari ini. Dari pengaruh muzik semasa kecil hingga perjalanan menjadi seorang artis rap terkenal, Tuju membuka cerita peribadinya tentang bagaimana muzik menjadi elemen penting dalam hidup dan kerjayanya.
Dalam episod ini, Harris Baba berkongsi cabaran dan pengalaman menguruskan konsert melalui syarikatnya, Jeeharris Entertainment. Beliau menceritakan proses membawa Akon’s Superfan Tour ke Malaysia dan Singapura, serta bagaimana syarikatnya berkembang sebagai penganjur konsert antarabangsa.
Dalam episod ini, Harris Baba membawa pendengar menyelami dunianya sebagai seorang penyanyi. Beliau berkongsi tentang bagaimana muzik menjadi sebahagian penting dalam hidupnya, dari saat awal mengenali industri sehingga mencipta lagu sendiri. Harris juga menceritakan pengalamannya menghasilkan lagu hit "Katakan" bersama Faizal Tahir, serta bagaimana kerjasama itu memperkaya perjalanan muziknya.
Dalam episod pertama ini, Harris Baba berkongsi perjalanan luar biasanya dalam dunia hiburan, bermula sebagai model sehingga berjaya mencipta nama sebagai pelakon. Kita akan mendengar kisah peralihan kerjayanya, cabaran yang dihadapi dalam industri, serta detik-detik penting yang membentuk kerjayanya.
"Masih Ku Sayang" oleh Hoondoo adalah lagu yang penuh emosi dan menyentuh hati, mengisahkan tentang cinta yang masih utuh meskipun berdepan dengan perpisahan. Dalam podcast ini, kita akan mendalami lirik dan melodi lagu ini, mengenali bagaimana Hoondoo menyampaikan perasaan mendalam melalui muzik mereka.
Penerimaan keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam apa jua keputusan yang kita lakukan, termasuklah bagi penyanyi duo, Hoondoo. Kedua-dua mereka yang berjaya meraih tempat ke-4 dalam Big Stage 2023 menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk memperluaskan bakat mereka. Dengarkan bagaimana penerimaan keluarga Hoondoo hanya di Selebriti Podcast bersama Hoondoo.
Hoondoo yang berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia dengan cover-cover lagu berbahasa melayu mereka. Namun, yang menjadi persoalan adalah mengapa penyanyi duo dari Korea Selatan ini memilih Malaysia berbanding negara-negara lain? Jom layan Selebriti Podcast bersama Hoondoo yang hanya di Spotify, Apple Podcast dan aplikasi SYOK!
Jom kita kenal lebih dengan lebih dalam penyanyi duo, Hondoo dan dengarkan cerita, pengalaman, dan pandangan tentang perjalanan mereka membesar dengan muzik sehingga berjaya memasuki pasaran Malaysia.
Jom kita kenal lebih dengan lebih dalam penyanyi terkenal, ALYPH dan dengarkan cerita, pengalaman, dan pandangan tentang perjalanannya menuju kegemilangan.

Kenali 'girl group' kegemaran anda, COËX dengan lebih mendalam apabila mereka berkongsi cerita, pengalaman, dan pandangan tentang perjalanan mereka menuju kegemilangan. Temui inspirasi dan usaha keras di sebalik kejayaan lagu hit antarabangsa terbaru mereka, "Paku Durjana".