Home
Categories
EXPLORE
True Crime
Comedy
Society & Culture
Business
Sports
TV & Film
Health & Fitness
About Us
Contact Us
Copyright
© 2024 PodJoint
00:00 / 00:00
Sign in

or

Don't have an account?
Sign up
Forgot password
https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Podcasts221/v4/58/6d/34/586d346f-2ada-78cf-634d-05fc4032c9e3/mza_6693842184911893688.jpg/600x600bb.jpg
SBS Bahasa Melayu
SBS
159 episodes
21 hours ago
Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.
Show more...
Daily News
News
RSS
All content for SBS Bahasa Melayu is the property of SBS and is served directly from their servers with no modification, redirects, or rehosting. The podcast is not affiliated with or endorsed by Podjoint in any way.
Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.
Show more...
Daily News
News
Episodes (20/159)
SBS Bahasa Melayu
Dua Usahawan Golongan Migran Kongsi Rahsia Kejayaan Mereka
Apakah rahsia kejayaan usahawan di kalangan golongan migran di Australia? Dua usahawan berkongsi rahsia kejayaan mereka bersama Zaini Ahmad pada majlis anugerah Top 100 Multicultural Innovation Business Leaders Award yang berlansung di bandar Melbourne baru baru ini.
Show more...
8 hours ago
8 minutes 31 seconds

SBS Bahasa Melayu
What are Australia’s fishing laws and rules? - Gemar Memancing? Ketahui Perundangan Dan Tatatertib Memancing di Australia
Thinking of going fishing in Australia? Make sure you are familiar with local regulations, including licensing systems, closed seasons, size limits, permitted gear, and protected species. - Apakah anda gemar memancing? Pastikan anda memahami segala perundangan dan tatatertib yang wujud di Australia berkaitan aktiviti popular ini, termasuk sistem perlesenan, musim memancing dan waktu larangan, pemakaian ketika memancing serta saiz dan spesies ikan yang boleh dipancing.
Show more...
1 week ago
11 minutes 26 seconds

SBS Bahasa Melayu
Kavita Kecapi Kejayaan Sebagai Pendidik dan Usahawan di Australia
Sejak kecil lagi, warga Malaysia dari Johor ini mempunyai semangat perantau demi mencapai hasrat yang terpendam. Setelah menceburi pelbagai bidang di tanahair, beliau berhijrah ke Australia dan berjaya sebagai seorang pendidik dan usahawan. Ikuti apakah yang mendorong Kavita Chabra dalam perbualan beliau bersama Zaini Ahmad.
Show more...
1 week ago
13 minutes 22 seconds

SBS Bahasa Melayu
Understanding treaty in Australia: What First Nations people want you to know - Memahami Tuntutan Perjanjian Warga Pertama Australia: Apa Yang Perlu Diketahui
Australia is home to the world’s oldest living cultures, yet remains one of the few countries without a national treaty recognising its First Peoples. This means there has never been a broad agreement about sharing the land, resources, or decision-making power - a gap many see as unfinished business. Find out what treaty really means — how it differs from land rights and native title, and why it matters. - Australia ialah tanahair kepada kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres, memiliki budaya tersendiri yang berterusan dan tertua di dunia. Namun, tidak seperti negara lain, Australia masih belum mencapai sebarang perjanjian kebangsaan yang mengiktiraf masyarakat orang asli sebagai Warga Pertama negara ini, mahupun mengiktiraf hak-hak mereka. Jadi, apakah yang dimaksudkan sebagai perjanjian atau 'treaty', kenapa ianya penting kepada kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres serta apakah situasi sebenarnya yang wujud di Australia ketika ini.
Show more...
2 weeks ago
10 minutes 57 seconds

SBS Bahasa Melayu
#96 At a swimming lesson (Med) - #96 Menyertai Kelas Berenang (Med)
Learn how to talk about swimming in English. - Pelajari bagaimana untuk berbual mengenai perihal berenang dalam Bahasa Inggeris.
Show more...
2 weeks ago
12 minutes 31 seconds

SBS Bahasa Melayu
Warga Melayu Dari Terengganu Pandu Road Train Merentasi Australia
Bayangkan kerjaya yang memerlukan anda memandu seorang diri sebuah trailer sepanjang 120 kaki dan seberat 90 tan, bergelar 'road train', menghantar barangan ke destinasi beribu batu di seluruh Australia? Itulah kerjaya seorang warga Melayu di benua Downunder ini demi memenuhi hasrat yang sekian lama terpendam. Ikuti perbualan beliau bersama Zaini Ahmad.
Show more...
2 weeks ago
21 minutes 49 seconds

SBS Bahasa Melayu
Colours of Malaysia 2025 Bakal Memaparkan Yang Unik Serba Enak Dari Tanahair
Pesta Colours of Malaysia 2025 kembali lagi November ini di Queen Victoria Market, Melbourne, Victoria. Zaini Ahmad berbual dengan Pengarah Projek pesta tahun ini, Dhanieya Mahadhevan, untuk mengetahui matlamat pesta dan apakah keistimewaan yang bakal dinikmati pengunjung kali ini.
Show more...
3 weeks ago
9 minutes 1 second

SBS Bahasa Melayu
How to donate blood in Australia - Ingin Menderma Darah Di Australia? Ketahui Caranya
Each time you donate blood, you can save up to three lives. In Australia, we rely on strangers to donate blood voluntarily, so it’s a truly generous and selfless act. This ensures that it’s free when you need it—but it also means we need people from all backgrounds to donate whenever they can. Here’s how you can help boost Australia’s precious blood supply. - Setiap pendermaan darah mampu menyelamatkan tiga insan yang memerlukan darah. Langkah kecil yang memberi kesan mendalam kepada mereka yang memerlukan bantuan. SBS Bahasa Melayu kali ini meninjau betapa seriusnya kekurangan yang dialami oleh tabung darah di semua hospital di Australia dan bagaimana anda, sebagai insan prihatin, mampu membantu.
Show more...
3 weeks ago
10 minutes 35 seconds

SBS Bahasa Melayu
#93 Bragging about your car (Med) - #93 Berborak Pasal Kereta Anda (Med)
Learn how to talk about cars and understand common Aussie car slang. - Pelajari bagaimana anda boleh berbual tentang kereta anda serta memahami slanga Aussie berkaitan kereta.
Show more...
4 weeks ago
17 minutes

SBS Bahasa Melayu
Warga Melayu Bermalam Di Luar Hayati Ketunawismaan
Di Australia, krisis kemampuan perumahan kian meningkat. Semakin hari harga dan sewa rumah semakin tinggi, manakala bilangan stok perumahan tidak mencukupi bagi menampung keperluan penduduk negara ini yang semakin bertambah. Akibatnya, peningkatan masalah ketunawismaan. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan seorang warga Melayu membantu mereka yang tiada tempat berteduh.
Show more...
1 month ago
7 minutes 41 seconds

SBS Bahasa Melayu
Warga Melayu, Cina dan India dari Malaysia Meriahkan Pasar Malam di Victoria
Walaupun jauh merantau dari tanahair, warga Malaysia di Melbourne, Victoria, bukti semangat perpaduan kaum memeriahkan Pasar Malam Glen Waverley yang berlansung baru-baru ini. Zaini Ahmad berpeluang mengunjung pesta penuh kemeriahan ini sambil berbual dengan pengunjung berbilang kaum.
Show more...
1 month ago
4 minutes 43 seconds

SBS Bahasa Melayu
Indigenous sport in Australia: Identity, culture and legacy - Sukan Orang Asli di Australia: Identiti, Budaya dan Warisan
Indigenous Australian athletes have long inspired the nation, uniting communities and shaping our identity. Olympian Kyle Vander-Kuyp and Matildas goalkeeper Lydia Williams are two such Indigenous athletes that have shaped our national identity. Their stories show the power of sport to foster inclusion, equality, and pride for future generations. - Ahli olahraga orang asli sememangnya sekian lama menjadi inspirasi kepada negara, menyatupadukan komuniti serta membentuk identiti. Olahragawan Olimpik, Kyle Vander-Kuyp dan penjaga gol Matildas, Lydia Williams, adalah dua ahli sukan orang asli yang berjaya membentuk identiti sukan kebangsaan negara ini serta memupuk keterangkuman, kesaksamaan dan kebanggaan dalam arena sukan untuk generasi akan datang.
Show more...
1 month ago
10 minutes 27 seconds

SBS Bahasa Melayu
Pasar Malam Glen Pupuk Perpaduan Kaum
Mengunjung dan membeli juadah di pasar malam sememangnya menjadi suatu aktiviti popular di Malaysia. Namun, aktiviti kebiasaan semua rakyat Malaysia ini membawa penuh makna apabila ianya dianjurkan di luar negara, lebih-lebih lagi kerana ianya juga mampu memupuk semangat perpaduan di kalangan warga Malaysia yang merantau.
Show more...
1 month ago
10 minutes 18 seconds

SBS Bahasa Melayu
Understand Aboriginal land rights in Australia - Memahami Tuntutan Hak Milik Tanah Kaum Orang Asli Australia
You may hear the protest chant, “what do we want? Land rights!” —but what does it really mean? Land is at the heart of Aboriginal and Torres Strait Islander identity, culture, and wellbeing. Known as “Country,” it includes land, waterways, skies, and all living things. In this episode of Australia Explained, we explore Indigenous land rights—what they involve, which land is covered, who can make claims, and the impact on First Nations communities. - Anda mungkin pernah menyaksi atau mendengar protes oleh masyarakat orang asli negara ini menuntut hak milik tanah mereka, tetapi apakah maksud sebenarnya laungan tuntutan ini? Isu hak milik tanah adalah intipati identiti, budaya dan kesejahteraan kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres. Ianya dikenali sebagai bumi yang didiami atau “country”, dan merangkumi tanah, sungai, langit dan segala makhluk yang hidup dibumi terbabit.
Show more...
1 month ago
9 minutes 22 seconds

SBS Bahasa Melayu
Warga Malaysia di Australia Sambut Kemerdekaan Penuh Kemeriahan
Tahun ini, Malaysia menyambut ulang tahun ke-68 sejak rakyatnya mengecapi kebebasan menentukan takdir dan kedaulatan negara tercinta tanpa pembabitan kuasa asing. Walaupun jauh di perantauan, warga Malaysia di Australia, khususnya di Melbourne, meraikan hari bersejarah ini dengan penuh kemeriahan. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyambut tiga sambutan berasingan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68.
Show more...
1 month ago
16 minutes 57 seconds

SBS Bahasa Melayu
Pemenang Pertandingan Batik Korporat Malaysia Airports Ada Kaitan Melbourne
Dalam usaha mencari pakaian seragam untuk kakitangannya yang melambangkan budaya negara, Malaysia Airports Holdings Berhad baru-baru ini menganjurkan Pertandingan Batik Korporat terbuka kepada pelajar reka fesyen tempatan. Keputusannya tidak terduga, namun apa yang menarik, ianya mempunyai kaitan dengan Melbourne.
Show more...
1 month ago
8 minutes 9 seconds

SBS Bahasa Melayu
Kolonel Fazli Kenang Sumbangan Australia Ketika Darurat
Bagi Kolonel Mahamad Fazli Mat Idris, tanggal 31 Ogos bukan setakat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Ia juga peluang mengenang jasa dan sumbangan tentera Australia berganding bahu dengan perajurit tanahair pertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Ikuti perbualan Kolonel Fazli bersama Zaini Ahmad.
Show more...
2 months ago
15 minutes 52 seconds

SBS Bahasa Melayu
Bonus Practice: #94 Talking about autism (Med) - Bonus Latihan Tambahan: #94 Bercakap Tentang Autisme (Med)
Practise speaking the dialogue from episode #94 Talking about autism (Med). - Berlatih bertutur dialog dalam episod #94 Bercakap Tentang Autisme (Med).
Show more...
2 months ago
4 minutes 43 seconds

SBS Bahasa Melayu
#94 Talking about autism (Med) - #94 Bercakap Pasal Autisme (Med)
Learn how to talk about Autism Spectrum Disorder respectfully. Understand common autism symptoms and use simple language to describe autism in everyday conversations. - Pelajari bagaimana anda mampu berbincang dengan sopan dan hormat mengenai isu Ketidakupayaan Spektrum Autisme. Kenalpasti simtom autisme secara amnya dan ketahui istilah mudah untuk berbincang tentang autisme dalam perbualan seharian.
Show more...
2 months ago
19 minutes 11 seconds

SBS Bahasa Melayu
Pesta Garma Papar Budaya Kaum Orang Asli Kepada Masyarakat Umum
Pesta Garma ke-25 yang berlansung di bumi asli Gumatj di Wilayah Northern Territory tahun ini berjaya menarik penyertaan warga Australia berbilang kaum dari seluruh negara.
Show more...
3 months ago
7 minutes 1 second

SBS Bahasa Melayu
Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.