Kisah berikut adalah pengalaman misteri yang dialami oleh saudara Zul dari Sandakan Sabah. Terima Kasih, Zul. Anda juga boleh saksikan video version di Youtube https://youtu.be/wAZGzhwfyDM
Nama saya Zul asal dari beluran sandakan sabah. Saya ingin menceritakan kisah yang berlaku semasa saya belajar di sebuah pusat institusi di keratong pahang. Ia berlaku di asrama tempat saya belajar. Asrama kami tiga tingkat. Setiap tingkat mempunyai 20 bilik dan di setiap bilik hanya 3 orang yg dibenarkan untuk tinggal didalam bilik tersebut. Di dalam bilik tersebut mempunyai tandas serta tempat mandi dan mempunyai balkoni. Bilik saya di tingkat yg ketiga. Dalam bilik tu saya dan rakan iaitu wiwin dan kamal. Kejadian yang menakutkan ini berlaku ketika waktu malam semasa saya berdiri di balkoni belakang bilik kami. Ketika itu kamal dan wiwin bermain gitar di dalam bilik. Ketika saya berdiri di balkoni belakang sambil menghirup udara yg segar, saya terlihat sesuatu benda yg terbang seperti bebola api. Ia menuju ke suatu tempat. Lalu saya memanggil kamal untuk melihatnya “kamal,..kamal..!! Mari kesini cepat..tengok tu? Apa benda yg terbang tu” (smbil menunjuk kearah tersebut). Selang beberapa saat kemudian, Kamal pun bergegas ke tmpat saya tetapi ketika kamal melihat benda tu tiba2 hilang. Saya merasa heran, kamal pun berkata “Mana Zul? Agaknya perasaan kau je la tu mungkin. Mata kau dah tak betul kot !” sambil ketawa kecil dan masuk ke dalam semula. Saya pun ikut masuk sekali dan meyakinkan kamal bahawa benda tu memang ada. Kamal pun berkata, “Kalau memang ada pun kenapa engkau tegur Zul? Tempat ni bukan tempat kita ! Kau kena ingat tu !” saya pun teringat pesan ibu saya yg selalu pesan kalau ada benda2 yg pelik jangan di tegur. Selepas lebih kurang stengah jam, kira2 pukul 11 malam, kami pun tidur di katil . Katil wiwin dekat dengan pintu masuk, katil kamal di tengah2 dan katil saya berhadapan dengan pintu tandas dan dengan pintu balkoni. Waktu malam tu hujan gerimis. Setelah beberapa jam kemudian lebih kurang pukul 2 pagi saya terdengar suara perempuan menangis dan meminta tolong. Ketika saya mahu bangun dari katil, tiba2 badan saya tak boleh bergerak. Seperti di tindih sesuatu yg berat. Saya cuba berteriak namun suara saya tak boleh keluar. Saya cuba bangun dan terperasan ada perempuan duduk di bawa katil saya. Rambut panjang dan berbaju putih. Muka tak jelas. Saya pun mencuba baca 3 qul berkali2. Mulut saya berkumat kamit membaca surah2 sambil menutup mata. Setelah lebih kurang 5 minit badan saya terasa ringan, seperti tidak ditindih lagi. Wanita tersebut pun hilang entah kemana ?Saya pun tak tau kenapa benda tu terjadi terhadap saya! Mungkinkah akibat saya menegur benda merah yang terbang itu??
Pengalaman Misteri Dari:
ZUL
SABAH 🇲🇾
Show more...