Penjelasan dan komentar ringkas terhadap pendahuluan Kitab Al Hamawiyah oleh Syaikh Al Islam Ibn Taymiyah yang menjelaskan rasional-rasional di sebalik kewajipan berpegang dengan Manhaj Al Salaf.
Meneruskan topik peristiwa Hari Kiamat, kali ini, sampailah topik perbincangan kita pada acara terpenting di Mahsyar iaitu: Al Hisab. Hitungan Amalan dan Perbicaraan di hadapan Allah 'azza wa jalla ...
Antara khurafat yang sangat popular berasal daripada ajaran Spiritual Atheism adalah kepercayaan terhadap "Kuasa Minda", Magnet rezeki, dan pelbagai nama lagi yang disebut: Law of Attraction. Dalam episod kali ini, dibentangkan kepada pendengar kebatilan bahkan kekufuran ajaran ini.
Episod kali ini meneruskan peristiwa yang penting di Hari Kiamat iaitulah Syafaat Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dan jenis-jenisnya serta perbezaan Syafaat yang dibenarkan dengan Syafaat yang batil lagi Syirik.
Episod kali ini meneruskan penjelasan berkenaan Spiritual Atheism; berkenaan amalan-amalan atau praktis gerakan ini. Praktis yang dibincangkan dalam episod ini adalah: MEDITASI dan YOGA.
Secangkir Milo Panas diteruskan dengan topik Spiritual Atheism, bahagian kedua; membincangkan akidah dan doktrin induk gerakan ini.
Sembang Pagi Jumaat meneruskan penjelasan berkenaan keadaan di Mahsyar iaitu keadaan manusia ketika dihimpunkan di Mahsyar sesuai dengan amalan masing-masing.
Rancangan Secangkir Milo Panas membawakan siri perbincangan baharu berkenaan gerakan "Spiritual Athesim". Ini adalah bahagian 1 penerangan tersebut menjelaskan definisi dan sejarah kemunculan gerakan ini.
Meneruskan perbincangan berkenaan peristiwa dan kejadian di Hari Kiamat, bahagian 2 kali ini menyetuh tentang Mahsyar.
Tajuk kali ini berkenaan peristiwa-peristiwa utama di Hari Kiamat dan dalam siri 1 ini dibincangkan tentang:
1) Tiupan Sangkakala/Nafiri
2) Kebangkitan semula/Hidup semula setelah Mati
Membicarakan dalil-dalil logik daripada AlQuran yang menegaskan bahawa Kiamat adalah Pasti bahkan Mesti berlaku.
Antara ancaman yg menggugat akidah Umat Islam adalah ideologi Liberalism. kesan daripada penyebaran ideologi ini, wujudnya golongan yang digelar 'Muslim Cute' atau 'Cute Muslims'. Siapakah mereka? Apakah agenda mereka? Ikuti perbincangannya dalam episod SMP kali ini.
Episod akhir bagi perbincangan tanda-tanda besar Hari Kiamat, menghimpunkan perbincangan beberapa tanda besar kiamat yang paling hampir dengan berlakunya Kiamat seperti dimusnahkan Ka'bah dan Keluar Api dari Yaman.
Membincangkan isu yg 'evergreen' sejauh manakah manhaj Khalaf (Asya'irah & Maturidiah) bertepatan dengan Manhaj Ahli Sunnah Waljamaah?
Siri kali ini meneruskan penerangan berkenaan Tanda-tanda besar Kiamat, kali ini berkenaan Yakjuj dan Makjuj.
Perbincangan diteruskan lagi dengan Tanda Besar Kiamat iaitu: Kembalinya Nabi 'Isa alaihis salam ke Bumi.
Episod kali ini membicarakan secara ringkas hukum-hakam ibadah korban, hikmahnya, adab-adabnya, dan sejarah pensyariatannya.
Siri terakhir membincangkan Dajal. Kita menamatkan siri ini dengan mengenali apakah fitnah/ujian yang akan Allah timpakan kepada manusia menerusi Dajal ini dan apakah petunjuk Nabawi untuk kita melindungi diri daripadanya.
Membincangkan kepentingan Iman sebagai solusi penyakit emosi dan tekanan perasaan
Sembang Pagi Jumaat meneruskan perbicaraan berkenaan Tanda Kiamat Besar berkenaan Dajjal. Episod kali ini menerangkan berkenaan beberapa ciri Dajjal dan menjawab persoalan adakah Ibnu Sayyad itu Dajjal?