Ada masa kita berubah — bukan sebab kita nak lari, tapi sebab kita membesar. Dalam episod kali ini, kami sembang tentang glow-up yang awkward — fasa bila kita mula letak boundaries, tukar vibe, dan tak semua orang boleh terima versi baru kita. Jom dengar kisah masing-masing: awkwardness, growth, dan awkward lagi.✨ Sebab kadang-kadang… berubah tu bukan untuk orang lain — tapi untuk diri sendiri.
Bila nak kawin?”Soalan yang selalu orang tanya — especially bila umur dah masuk ‘angka tertentu’.
Dalam episod ni, kami sembang pasal hidup ikut timeline sendiri, pressure masyarakat, and the guilt that sometimes comes with not following the ‘norm’.
From marriage, career to personal growth — siapa kata semua orang kena ikut satu jalan je?
Dengarkan pengalaman, pandangan dan keluhan kami (seperti biasa) dalam episod penuh rasa… tapi still light and fun ✨
🎧 Available on Spotify & Apple Podcasts!
“Kenapa aku je yang kena dengar masalah semua orang?”
Dalam episod kali ni, kami sembang pasal si kawan therapist — the friend yang selalu jadi tempat meluah.
Kita borak pasal emotional burnout, rasa tanggungjawab nak tolong semua orang, and the guilt bila nak letak boundary.
Kalau kau selalu dengar ayat “Eh boleh call kejap?” tengah malam, this one’s for you.
🎧 Dengarkan Nasib Si Kawan Therapist — sekarang di Spotify.
Mak ayah kita memang nak yang terbaik — tapi bila pula masa yang sesuai untuk kita berdikari? Dalam episod kali ni, kami bincang tentang beza antara bergantung pada keluarga dan belajar berdiri atas kaki sendiri. Dari bab kewangan, keputusan hidup, sampai hal pindah rumah, semua kami sembang! Pernah tak rasa serba salah bila nak buat keputusan sendiri? Jom dengar.
Trends datang dan pergi… Tapi ada yang betul-betul jadi minat jangka panjang.
Dalam episod kali ni, kami sembang pasal segala jenis hobi dan aktiviti yang tengah ‘hot’ sekarang — dari pickleball ke Frisbee, cycling, running dan macam-macam lagilah.
Trend je ke ni? Atau memang hobi yang akan kekal?
🎧 Dengar sampai habis. Jangan lupa follow & share!
💬 Korang ada trend/hobi yang dulu gila buat tapi sekarang dah tinggal? Cer komen!
Sempena Hari Malaysia, kami borak tentang benda-benda yang buat Malaysia ni Malaysia—daripada negeri favourite, makanan, perangai rakyat, sampai ke impian nak pencen kat mana.
Sembang santai je, tapi kadang-kadang patriotic jugak. Korang rasa negeri mana paling underrated dan negeri mana best kalau nak retire?
Dalam episod kali ni, kami borak pasal realiti jadi ‘provider’ dalam hubungan.
Lelaki memang kena tanggung semuanya ke? Perempuan tak boleh jadi breadwinner?
Bila expectations mula datang dari perbandingan — bercuti lah, handbag lah — siapa yang sebenarnya terbeban?
Kami kongsi pengalaman sendiri dan kupas isu ni dari semua sisi.
💸 Dari suami tak mampu beri macam suami kawan…
💼 Sampai ke perempuan yang jadi pencari nafkah utama.
🎙️ Dengarkan #MaapCakap setiap Selasa.
🟢 Spotify | 🍎 Apple Podcasts
EPISOD KALI NI TAK ADA VIDEO!
Dulu kena gelak sebab lembut. Pernah diboikot kawan. Ada yang dibuli staff sekolah sendiri.
Dalam episod kali ni, kami kongsikan pengalaman kami sendiri dibuli — masa sekolah, tempat kerja, dan juga dalam keluarga. Kami kupas kenapa ramai buat tak nampak bila ada orang dibuli, dan apa yang kita boleh buat untuk ubah budaya ni.
Education tu penting, tak kisah la nak jadi apa sekalipun. Tanpa pendidikan, kita macam ada something missing. Tapi, apa beza pendidikan dan straight A? Perlu ke dapat straight A untuk berjaya?
Episod kali ni kita sembang sikit pasal benda ni. So, korang rasa straight A ni penting ke tak?
You asked, we listened. You shared, we read.
Kita bukak season 3 dengan membaca curhat dan kisah benar yang dihantar oleh korang, ada yang kelakar, ada yang pahit, ada yang buat kita terdiam kejap.
Kami bukan penyelesai masalah. Tapi kadang-kadang, dengar orang lain pun cukup untuk rasa “oh, aku tak sorang.”
Kalau kau pernah rasa nak luah tapi tak tahu nak luah kat siapa... this one’s for you
Also, thank you for your support! Kami sangat appreciate kata-kata semangat dari korang!
Kita semua ada saat-saat cringe, awkward, dan memalukan yang kalau boleh… tak nak ingat, tak nak cerita, tak nak ulang!Tapi untuk episod kali ni — kita BUKA AIB sikit.
Dari salah masuk kereta, seluar koyak sampai malu tahap nak pindah negara, kami kongsi momen-momen yang buat kami menyeringai tengah malam teringat balik.
Kalau korang pun ada momen yang masih hantui korang, jom ketawa sama-sama.
Bila kau dah terlalu penat… bukan penat badan.
Tapi penat dalam hati, dalam kepala.
Kadang kau tak tahu nak marah, tak tahu nak nangis. Kau cuma… berserah.
Dalam episod ni, kami sembang pasal keletihan emosi dan mental — bukan nak cari jalan keluar, tapi nak bagi ruang untuk lepaskan semua yang terbuku.
Kalau kau pernah rasa macam semua benda terlalu banyak, terlalu berat… mungkin episod ni boleh temankan kau kejap.
Hidup sendiri nampak best — tak payah minta izin, boleh makan maggi pukul 3 pagi, tak ada siapa nak marah.
Tapi realitinya… sunyi. Bil datang. Masak malas.
Dalam episod ni, kami share pengalaman leaving the nest — pindah dari rumah keluarga, bayar bil sendiri, hidup jauh dari comfort zone.
Seronok ke sebenarnya? Atau kita baru sedar, rumah tu bukan sekadar tempat tidur… tapi tempat tenang.
🎧 Dengar sekarang di Spotify & Apple Podcast.
Ada orang okay je dengan parents.Ada yang masih marah.Ada yang dah move on — tapi jauh di dalam, masih belum sembuh.
Dalam episod ni, kami borak pasal forgiving our parents — dari childhood trauma, expectation yang tak adil, sampai rasa bersalah bila kita rasa kecewa dengan mak ayah sendiri.
Boleh ke maafkan mak ayah? Atau cukup ke dengan “aku dah redha je…”
🎧 Dengar sekarang di Spotify & Apple Podcast.
“Kau ni power gila — semua benda kau buat!”Tapi apa yang orang tak nampak… adalah letihnya, overwhelm-nya, dan moment “aku tak tahu macam mana aku survive hari ni”.
Dalam episod ni, kami bersama Lily — seorang ibu, editor majalah parenting, business owner, emcee, dan live host — borak pasal realities of hustle life.
Bila hustle tu memuaskan, bila dia jadi racun — dan macam mana nak cari diri sendiri tengah semua peranan.
🎧 Dengar sekarang di Spotify & Apple Podcast!
Kenapa semua orang macam panik bila umur naik?
Dari skincare sampai filter, dari iklan sampai expectation keluarga — semua nak kita nampak muda, stay muda, act muda.
Tapi kenapa sebenarnya kita takut sangat nak tua?
Dalam episod ni, kami borak pasal mindset & stigma tentang penuaan, bersama Sharin.
Apa makna getting old sebenarnya — hilang relevance, atau baru nak mula hidup?
🎧 Dengar sekarang di Spotify & Apple Podcast!
“Jangan tunjuk pelangi, nanti jari kudung.”
“Jangan telan biji tembikai, nanti tumbuh dalam perut.”
“Jangan baring kaki silang, nanti mak ayah meninggal.”
Semua ni kita percaya dulu… dengan penuh yakin.
Dalam episod ni, kami throwback ke zaman kecil — sembang pasal mitos pelik, pantang larang random, dan semua pembohongan manis yang orang dewasa pernah guna untuk buat kita diam.
Ada yang kelakar, ada yang trauma sikit — tapi semua ni shaped the way we grew up.
🎧 Dengar sekarang di Spotify , Youtube & Apple Podcast!
Ada yang menyondol.
Ada yang disondol.
Ada juga yang tersondol… tanpa niat. 👀
Dalam episod ni, Maap Cakap ✖️ Chatterbox Trio borak pasal SONDOL UNIVERSE — dari third party masuk line, ke pasangan yang bagi ruang, sampai ke orang yang “tak sengaja” tersangkut.
Salah siapa sebenarnya?
Pernah tak rasa kau buat semua benda sebab tak nak orang kecil hati — tapi kau sendiri makin penat?
Dalam episod ni, kami collab dengan Chatterbox Trio untuk kupas kenapa ramai sangat jadi people pleaser — termasuk kami sendiri.
Kita share pengalaman jadi orang yang susah nak cakap “tak”, takut kecewakan orang, dan cara-cara kita cuba ubah benda ni.
Spoiler: baik tu bagus, tapi jangan sampai hilang diri.
Dalam episod ni, Azim join borak pasal batas — dekat tempat kerja, dalam persahabatan, dan dengan keluarga. Bila perlu cakap “cukup”? Bila perlu diamkan je? Dan macam mana nak jaga diri sendiri tanpa rasa bersalah.Spoiler: setting boundary bukan selfish. Itu sayang diri.