Podcast One Two Jus episod ketiga ini membawakan topik mengenai Gen-Z dan gelagat mereka yang dapat kita lihat, bukan sahaja di alam persekolahan, tetapi kini di alam pekerjaan. Podcast ini diterajui dua personaliti utama, Kamalia Jamaludin dan Nadhra Mohd.
Podcast One Two Jus episod ketiga ini membawakan topik mengenai kesetiaan dalam hubungan romantik, persahabatan dan pekerjaan. Setia itu perlu datang daripada dua pihak dalam perhubungan, tak kira lelaki atau perempuan. Begitu juga dalam alam persahabatan, kalau seorang sahaja yang ambil inisiatif, itu tidak adil bagi rakan seorang lagi. Manakala dalam pekerjaan, kedua-dua pekerja dan majikan perlu 'giva and take' dalam menjamin kesetiaan seorang pekerja yang produktif. Podcast ini diterajui dua personaliti utama, Kamalia Jamaludin dan Nadhra Mohd.
Podcast One Two Jus episod kedua ini membawakan topik mengenai ChatGPT dan teknologi AI yang semakin lama semakin digunapakai secara meluas oleh kita semua. Benarkah ada orang berpatah arang dengan manusia dan berkahwin dengan ChatGPT? Bagaimana pula guru dan pensyarah menangani penggunaan AI oleh pelajar-pelajar mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan? Podcast ini diterajui dua personaliti utama, Kamalia Jamaludin dan Nadhra Mohd.
Podcast One Two Jus episod pertama ini membawakan topik mengenai kewajaran mengejar ijazah dalam bidang seni dan komunikasi yang tular baru-baru ini. Benarkah hanya mereka yang tidak mendapat keputusan SPM atau STPM yang baik sahaja yang menjadikan bidang seni sebagai medan pendidikan tinggi? Adakah ia semata-mata pilihan terakhir bila semua bidang lain tidak layak untuk diduduki? Podcast ini diterajui dua personaliti utama, Kamalia Jamaludin dan Nadhra Mohd.