Home
Categories
EXPLORE
True Crime
Comedy
Society & Culture
Business
Sports
History
News
About Us
Contact Us
Copyright
© 2024 PodJoint
00:00 / 00:00
Sign in

or

Don't have an account?
Sign up
Forgot password
https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Podcasts116/v4/b4/85/ac/b485acaa-094e-0d40-cf99-55e58cad4688/mza_9607652108520659638.png/600x600bb.jpg
Mingguan Wanita Live Respons - SEENI Podcast [BM]
SEENI Podcast
10 episodes
8 months ago
Show more...
Health & Fitness
RSS
All content for Mingguan Wanita Live Respons - SEENI Podcast [BM] is the property of SEENI Podcast and is served directly from their servers with no modification, redirects, or rehosting. The podcast is not affiliated with or endorsed by Podjoint in any way.
Show more...
Health & Fitness
Episodes (10/10)
Mingguan Wanita Live Respons - SEENI Podcast [BM]
EP10 | Mat Gian Bukan Kerana Salah Asuhan? - MW Live Respons
Isu penyalahgunaan d4dah hingga menyebabkan 'Mat Gian' hilang pertimbangan sangatlah menakutkan. Ada yang mencuri dan lakukan jenayah berat hingga ada ahli keluarga terkorban di tangan 'Mat Gian' ini. Adakah kegagalan dalam mendidik dek kerana salah asuhan dari keluarga, pengaruh kuat rakan sebaya dan persekitan. Ikuti penerangan lebih lanjut tentang tajuk panas Mat Gian Bukan Kerana Salah Asuhan? bersama tetamu Zumasni Rajikin, Kaunselor Berdaftar menerusi MW Live Respons! Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
Show more...
2 years ago
50 minutes 1 second

Mingguan Wanita Live Respons - SEENI Podcast [BM]
EP9 | Pasca Banjir: Harta Musnah Wabak Bahaya Pula Menjengah - MW Live Respons
Selepas kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa, bencana banjir menyebabkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Sampah sarap dan sisa najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berjangkit. Penularan penyakit selepas banjir ini amatlah bahaya, malah pakar kesihatan juga turut memberikan amaran tentang bahaya penyakit seperti leptospirosis (kencing tikus), denggi dan cirit-birit. Ikuti penerangan lebih lanjut bersama tetamu Dr Ahmad Sharif Abdul Ghani menerusi MW Live Respons. Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
Show more...
2 years ago
30 minutes 14 seconds

Mingguan Wanita Live Respons - SEENI Podcast [BM]
EP8 | Insiden Buli Pelajar, Mana Silapnya? - MW Live Respons
Salah siapa bila budaya buli berlaku, ibu bapa atau guru? Apatah lagi kejadian berlaku di sekolah berasrama penuh. Paling sedih bila mangsa buli mengalami kecederaan dan pembuli pula dibuang sekolah! Dek kerana pertimbangan yang kurang cerdik dan ambil pendekatan dengan membuli akhirnya anak-anak yang cerdik dan pintar telah ditamatkan pengajian mereka. Pengajaran begini wajar dijadikan contoh agar tidak ada lagi generasi ‘buli’ di asmara mahupun sekolah harian. Mingguan Wanita menerusi FB LIVE MW RESPONS bakal merungkai persoalan berkaitan kes buli menerusi diskusi yang bertajuk Insiden Buli Pelajar, Mana Silapnya? bersama tetamu Guru Matematik SK 1 Gombak, Mohd Fadli Salleh. Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
Show more...
2 years ago
58 minutes 34 seconds

Mingguan Wanita Live Respons - SEENI Podcast [BM]
EP7 | Harga Cekik Darah, Hak Pengguna Dikhianati - MW Live Respons
Harga Barang Naik, Pengguna Merana: Ayam, Sayur, dan Telur Mencekik! Ekonomi baru buka, tapi rakyat terbeban dengan harga tak masuk akal. Dari ikan siakap yang viral hingga caj makanan melampau, bila akan berakhir? Apa hak kita sebagai pengguna Malaysia? Jom dengar strategi jadi pengguna bijak bersama Nadzim Johan @ Toqqi dari PPIM dalam MW Live Respons! Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
Show more...
2 years ago
38 minutes 59 seconds

Mingguan Wanita Live Respons - SEENI Podcast [BM]
EP6 | Raja Lebuhraya, Jangan Sampai Gadai Nyawa! - MW Live Respons
Siapa minat berbasikal? Betul kah penunggang basikal sekarang ini dapat gelaran baharu iaitu Raja Lebuhraya? Berbasikal salah satu aktiviti riadah yang kini begitu popular. Namun aktiviti ini bagaikan ‘lubuk maut’ apabila ada segelinir individu melakukan aksi yang membahayakan di mana mereka berbasikal di tengah-tengah jalan. Tidak kurang ada juga video tular penunggang basikal yang dilihat mengekori rapat sebuah lori. Berbasikal sebenarnya aktiviti menyihatkan namun paling berisiko untuk ditimpa kemalangan. Ikuti nasihat dari tetamu jemputan khas, YM Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud tentang topik kali ini iaitu "Raja Lebuhraya, Jangan Sampai Gadai Nyawa!" menerusi MW Live Respons! Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
Show more...
2 years ago
53 minutes 51 seconds

Mingguan Wanita Live Respons - SEENI Podcast [BM]
EP5 | Balik Kampung, Pulang Jangan Bawa Bencana - MW Live Respons
Akhirnya ramai yang tersenyum lebar dapat pulang ke kampung halaman. Paling penting mereka yang boleh merentas sudah lengkap dua dos vaksin! Pastinya ramai yang tidak sabar mahu memeluk ibu dan ayah di kampung halaman yang sangat dirindui. Namun dalam kegembiraan pulang ke kampung, perlu diingatkan tentang SOP. Jangan terlalu teruja hingga abaikan SOP penting yang boleh menyebabkan wabak jahat Covid 19 terus merebak dan akhirnya membawa bencana buruk. Jangan leka dan ingatlah kita masih belum bebas dari virus Covid 19. Ikuti nasihat dari tetamu jemputan khas, Dr Sazarul Zafirah menerusi MW Live Respons! #mingguanwanita #bangkitwanita #mwrespons Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
Show more...
2 years ago
49 minutes 22 seconds

Mingguan Wanita Live Respons - SEENI Podcast [BM]
EP4 | Sampai Bila Nak Berkurung? - MW Live Respons
Fasa endemik, Seolah-olah, jangkitan Covid-19 sudah seperti penyakit yang memang sentiasa ada di semua tempat. Dahulu rasa takut apabila bercakap tentang jangkitan Covid. Tak berani keluar dan hanya berkurung dalam rumah. Namun, sampai bila? Kini, semakin hari orang semakin berani untuk keluar memikirkan tentang kelangsungan hidup yang perlu diteruskan. Mampukah fasa endemik ini memberi peluang kepada semua orang tidak lagi berkurung dan teruskan kehidupan seperti sedia kala? Apakah kesan pada orang ramai dan cara terbaik agar fasa endemik ini memberi keberuntungan kepada semua orang. Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
Show more...
2 years ago
36 minutes 38 seconds

Mingguan Wanita Live Respons - SEENI Podcast [BM]
EP3 | Buli Siber, Netizen Hilang Rasa Malu - MW Live Respons
Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat bergerak seiring dengan kemajuan dan kepesatan teknologi digital. Perbuatan buli siber ini juga mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Malah perbuatan buli siber ini juga sebenarnya lebih dahsyat daripada perbuatan membuli yang lain. Mangsa buli siber biasanya akan menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Ikuti kupasan tentang isu hangat ini dengan lebih mendalam bersama Penceramah Motivasi dan Agama terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
Show more...
2 years ago
1 hour 6 minutes 41 seconds

Mingguan Wanita Live Respons - SEENI Podcast [BM]
EP2 | Bahana Sindrom ’Long Covid’ - MW Live Respons
Pesakit terpaksa bergelut pula dengan sindrom 'Long Covid'. Sebenarnya terdapat simptom susulan bagi pesakit yang sudah sembuh, dimana ia akan beri kesan kepada kesihatan seseorang individu sekiranya tidak menerima rawatan sewajarnya. Gejala yang dialami adalah seperti kelesuan, kesukaran bernafas, kesukaran tidur nyenyak, batuk berpanjangan dan masalah keresahan. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat menjalani kehidupan secara normal seperti sedia kala hingga memberi impak kepada kualiti kehidupan. Mingguan Wanita menerusi MW Live Respons bersama tetamu jemputan istimewa Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Hospital , Cheras, Dr. Malar Santhi Santherasegapan akan merungkai lebih banyak kemusyiklan dan memahami mengenai 'Long Covid-19’ ini.  Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
Show more...
2 years ago
50 minutes 37 seconds

Mingguan Wanita Live Respons - SEENI Podcast [BM]
EP 1 | Covid-19 Risiko Buat Ibu Hamil Perlu tahu, Hati-Hati - MW Live Respons
Kita dikejutkan dengan berita-berita kematian ibu hamil yang dijangkiti Covid-19. Terbaru seluruh negara bersedih dan berasa pilu dengan pemergian penyanyi dan juga usahawan, Almarhumah Siti Sarah Raisuddin terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan tanpa sedar dan meninggal dunia akibat wabak Covid-19. Ikuti kupasan lebih lanjut menerusi platform Facebook MW LIVE RESPONS bersama tetamu Pakar Perunding O&G dan Pakar Perubatan Reproduktif, Dr Murizah Mohd Zain bagi menerangkan secara lanjut kesan jangkitan Covid-19 pada wanita hamil. #mingguanwanita #bangkitwanita #kisahinspirasisuksesmingguanwanita Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
Show more...
2 years ago
56 minutes 57 seconds

Mingguan Wanita Live Respons - SEENI Podcast [BM]