Gagasan Malaysia Madani bukan sekadar slogan — ia kesinambungan perjuangan membina negara bangsa yang seimbang antara kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan nilai kemanusiaan.
Dalam episod ini, Dato’ Ismail Yusop dan Encik Muhammad Asri Bin Ibrahim membincangkan:
• Latar belakang lahirnya gagasan Madani selepas PRU15
• Cabaran “fear factor” dan “defisit kepercayaan” rakyat terhadap kepimpinan
• Konsep ekonomi manusiawi dan reformasi tata kelola
• Peranan belia sebagai aset utama dalam membentuk gelombang Madani
• Strategi komunikasi menghadapi era media sosial dan sentimen digital
Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast Minda Tok Abah.
Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
#MindaTokAbahEp20 #GagasanBesarMadani #MalaysiaMadani #BorakDaily #PodcastMindaTokAbah
Belanjawan Madani 2026 bukan sekadar angka, tapi cerminan hala tuju kerajaan perpaduan dan masa depan negara.
Dato’ Ismail Yusop bersama Dato’ Dr Budiman Mohd Zohdi membedah kesan belanjawan terhadap ekonomi, perpaduan politik dan kepercayaan rakyat — serta bagaimana setiap dasar perlu diterjemah agar manfaatnya benar-benar dirasai.
Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast Minda Tok Abah.
Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
#MindaTokAbah #BorakDaily #Belanjawan2026 #MalaysiaMadani #MindaTokAbahEp19
Dalam dunia digital hari ini, media sosial bukan lagi sekadar ruang berkongsi pandangan tetapi medan membentuk persepsi dan keyakinan rakyat.
Apabila masyarakat lebih percaya kepada influencer berbanding pakar, dan fitnah menjadi budaya biasa, sejauh mana ia menggugat keharmonian serta keselamatan negara?
Episod kali ini membawakan perbincangan bersama
Dato’ Ismail Yusop, Ketua Pengarah J-KOM dan Encik Muhamad Noor Ikhwan bin Abdul Razak, aktivis media sosial, membincangkan fenomena fear factor dan trust deficit yang semakin ketara di media sosial bagaimana algoritma, disinformasi dan strategi komunikasi mampu membentuk pola pemikiran rakyat.
Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast Minda Tok Abah.
Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
#MindaTokAbah #MalaysiaMADANI #FearFactor #TrustDeficit #BorakDaily
Dalam episod kali ini, Minda Tok Abah menampilkan perbincangan eksklusif bersama Dato’ Ismail Yusop (Ketua Pengarah J-KOM) dan Encik Muhammad Adib Aiman Badrul Shahar (Aktivis Politik Media Sosial) — membedah secara mendalam manhaj dan falsafah di sebalik gagasan Malaysia Madani yang diilhamkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Antara topik menarik yang dibincangkan:
Asal-usul dan makna sebenar Madani sebagai pendekatan kenegaraan.
Manhaj Anwar Ibrahim dalam membina peradaban dan bangsa Malaysia.
Perpaduan sebagai asas utama negara bangsa.
Cabaran pelaksanaan dasar seperti BUDI95 dan pensasaran semula subsidi.
Visi jangka panjang Malaysia Madani dalam memastikan kemajuan seimbang antara teknologi dan nilai kemanusiaan.
🔥 Perbincangan penuh hikmah — tentang nilai, kepimpinan dan hala tuju negara di bawah payung Malaysia Madani.
🎙️ Dengarkan sekarang di Spotify dan hayati naratif sebenar Malaysia Madani.
#MindaTokAbah #MalaysiaMadani #ManhajAnwarIbrahim #PodcastMalaysia #BorakDaily
🎙️ Podcast Minda Tok Abah Episod 16
Dalam episod kali ini, Tok Abah bersama YB Senator Dr. Jufitri Johar (Ahli Dewan Negara) membincangkan Bajet 2026 yang bakal dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri.
Antara topik utama yang diulas:
Bajet 2026 dalam kerangka Malaysia Madani & RMK-13.
Konsep Post-Normal Time (chaos, kompleksiti & kontradiksi) dan kesannya kepada rakyat.
Harapan rakyat dari bawah – daripada isu lesen warga emas, guru KAFA hingga sokongan belia.
Realiti kelas ekonomi B40, M40, T20 yang semakin kabur, menuju ekonomi berasaskan keperluan.
Peranan belia & kepimpinan muda dalam membentuk masa depan negara.
🔥 Perbincangan kritikal, segar dan penuh wawasan tentang bagaimana bajet ini boleh benar-benar menyantuni nurani rakyat.
Klik & dengarkan sekarang di Spotify. 🎧
#MindaTokAbah #Bajet2026 #MalaysiaMadani #MindaTokAbahEp16
Dalam episod kali ini, Tok Abah bersama tetamu jemputan Harun Muhammad Shah (pempengaruh media sosial) mengupas bagaimana komunikasi politik membentuk naratif, persepsi dan realiti masyarakat.
Antara topik menarik yang dibedah:
Peranan media sosial dalam membina naratif politik.
Cabaran fitnah, propaganda & budaya “olgarism”.
Politik matang vs politik malang - realiti dalam Dewan Rakyat.
Nilai akhlak & watak dalam komunikasi politik, merujuk pandangan Pendeta Za’ba.
Kerangka Malaysia Madani sebagai asas memperkukuh komunikasi politik.
🔥 Perbincangan kritikal tetapi santai ini mendedahkan bagaimana naratif politik boleh jadi alat membina atau meruntuhkan masyarakat.
Klik & dengarkan sekarang di Spotify.
#MindaTokAbah #KomunikasiPolitik #MalaysiaMadani #NaratifPersepsiRealiti #MindaTokAbahEp15
Dalam episod kali ini, Tok Abah bersama Taufik Iskandar (pempengaruh media sosial) mengupas isu besar: bagaimana kita boleh hidup damai dalam kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. 🇲🇾
Antara topik menarik yang dibincangkan:
Media sosial: senjata dua mata – mampu menyatukan, juga berpotensi memecah-belahkan.
Peranan influencer dalam menepis fitnah, mendidik masyarakat & membina persepsi positif.
Keikhlasan, hormat & empati sebagai asas perpaduan.
Politik, kuasa & manipulasi sentimen perkauman.
Pendidikan generasi muda & pentingnya memahami proses kenegaraan.
🔥 Perbincangan kritikal, santai tapi tajam — wajib didengar untuk faham bagaimana kepelbagaian boleh jadi kekuatan negara bangsa kita.
Klik & dengarkan sekarang di Spotify.
#MindaTokAbah #HidupDamai #Kepelbagaian #MalaysiaMadani #MindaTokAbahEp14
Dalam episod kali ini, Tok Abah bersama Dato’ Ismail Yusop (Ketua Pengarah J-KOM) dan Puan Siti Aishah (Penasihat Strategik J-KOM) membincangkan isu besar:
Komunikasi Politik: Mengatasi Fear Factor & Trust Deficit.
Antara topik menarik yang dibedah:
Perang persepsi & serangan disinformation di media sosial
“Bahasa Putrajaya” vs bahasa rakyat di bawah
Ketiadaan kolaborasi antara agensi komunikasi kerajaan
Kuasa 100 komen pertama dalam membentuk naratif
Manipulasi isu bantuan RM100 & respons rakyat
Kematangan rakyat ketika sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia
🔥 Perbincangan kritikal, berani dan wajib didengar untuk faham cabaran komunikasi politik dalam era Malaysia Madani.
Klik & dengarkan sekarang di Spotify.
#MindaTokAbah #MalaysiaMadani #KomunikasiPolitik #MindaTokAbahEp13
Dalam episod kali ini, Tok Abah bersama Dato’ Ismail Yusop (Ketua Pengarah J-KOM) dan Encik Ahmad Farid bin Sainuri (Pegawai Tugas Khas YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi) membincangkan isu besar:
PRN Sabah dalam konteks pembinaan negara bangsa. 🇲🇾
Antara topik menarik yang dibedah:
PRN Sabah ke-17 sebagai penanda aras kematangan politik.
Suara anak muda & pengundi baharu dalam menentukan masa depan.
Jurang pembangunan, infrastruktur asas & peranan MA63.
🔥 Perbincangan kritikal, tenang tapi tajam dan wajib didengar untuk faham masa depan politik & demokrasi Malaysia.
Klik & dengarkan sekarang di Spotify.
#MindaTokAbah #PRNSabah #MalaysiaMadani #NegaraBangsa #MindaTokAbahEp12
Dalam episod kali ini, Tok Abah bersama Dato’ Ismail Yusop (Ketua Pengarah J-KOM) dan Tuan Haji Amidi Bin Dato’ Abd Manan (Pengarah Eksekutif IDE) membincangkan isu besar: adakah dinamik politik nasional hari ini mengukuhkan atau menggugat kemerdekaan negara?
Antara topik menarik yang dibedah:
Post-normal time & kesannya pada politik dan masyarakat.
Risiko ekstremisme & krisis kepercayaan rakyat.
Bagaimana Malaysia MADANI menjadi kerangka navigasi maklumat.
Tadbir urus, integriti & cabaran rasuah.
Peranan media dan generasi muda dalam mempertahankan kemerdekaan.
🔥 Perbincangan kritikal, tenang tapi tajam , wajib dengar untuk faham realiti politik & kemerdekaan Malaysia hari ini.
Klik untuk dengar sekarang & jangan lupa follow podcast ini.
#MindaTokAbah #BorakDaily #Merdeka68 #MalaysiaMADANI #MindaTokAbahEp11
Cermin Kepimpinan, Kita Mahu Apa Sebenarnya?
Apa makna sebenar kepimpinan?
Adakah pemimpin perlu sempurna, atau cukup dengan integriti, kebersamaan & keberanian buat keputusan?
Dalam episod kali ini, Tok Abah kupas:
- Definisi sebenar pemimpin
- Konsep “Sikap” – kepercayaan & ketaatan bersyarat
- Cabaran PMX & Malaysia Madani
- Keberanian buat keputusan walau tak popular
- Kritikan: membina atau meruntuhkan?
🎧 Dengarkan sekarang di Spotify & fahami apa yang rakyat sebenarnya mahu daripada seorang pemimpin.
👉 Klik link & play sekarang!
#MindaTokAbahEp10 #PodcastMalaysia #SpotifyPodcast #MindaTokAbah
🇲🇾 Kemerdekaan: Lebih dari Sekadar Sejarah
68 tahun merdeka… tapi adakah kita benar-benar bebas?
Dalam episod ini, Tok Abah membedah makna kemerdekaan dalam kerangka Malaysia Madani:
- Kemerdekaan sebagai pembinaan jiwa, semangat & roh bangsa
- Rakyat disantuni – dari slogan kepada realiti
- Membangun tamadun ikut acuan sendiri, bukan meniru Timur atau Barat
- Peranan rakyat & pemimpin dalam mengisi kemerdekaan
- Diplomasi Malaysia dalam konflik ASEAN yang mengubah permainan
Perbincangan penuh ini sarat dengan pandangan politik semasa, nilai sejarah, dan mesej membina masa depan negara.
🎧 Tekan play & hayati makna kemerdekaan dari perspektif Tok Abah.
#MalaysiaMadani #Merdeka68 #PodcastPolitik #MindaTokAbahEp9 #MindaTokAbah
“Siapa pun naik… tetap sama je.”
Biasa dengar ayat ni, tapi betul ke?
Dalam episod ke-8 Minda Tok Abah, Datuk Ismail Yusof kupas beza antara tukar pemimpin dan tukar sistem. Kita sembang pasal reformasi vs kosmetik, krisis keyakinan rakyat, politik wang & perkauman, serta peranan rakyat dalam mencorak masa depan negara.
Turut dibincangkan hubungan Malaysia-ASEAN dalam dunia pasca-normal dan hala tuju sebenar kerajaan Madani: politik perubahan atau sekadar perubahan politik?
🎧 Dengar dan fikir — perubahan itu milik siapa?
#MindaTokAbah #PodcastPolitik #MindaTokAbahEp8
“Perpaduan itu indah… sampai politik masuk campur.”
Rakyat yang merdeka bukan sekadar bebas, tetapi bermaruah, berdaulat, dan membina tamadun.
Tapi bila politik sempit mencatur hidup rakyat, apa maknanya kemerdekaan?
Tok Abah sentuh:
🇲🇾 Makna sebenar perpaduan dalam negara bangsa
🧠 Siapa sebenarnya kuasai naratif, rakyat atau parti?
🚩 Bila kesedaran politik jadi benteng atau senjata?
#MindaTokAbah #ReformasiEkonomi #MalaysiaMadani#BorakDaily #PodcastPolitik #MindaTokAbahEp7
“Ekonomi bukan sekadar angka. Ia tentang manusia. Tentang hidup yang makin mencabar, dan harapan yang masih ada.”
Dalam episod ini, Tok Abah membawa anda menyelami realiti di sebalik istilah “Ekonomi MADANI” dengan pendekatan yang tidak populis tetapi progresif dan berani.
🎙 Antara yang dibincangkan:
Ekonomi sebagai tanggungjawab bersama, bukan hanya kerajaan
Kos sara hidup, cukai dan reformasi subsidi
Kesan pandemik kepada B40, M40 dan T20
Jalan tengah antara kapitalisme dan sosialisme
Peranan PMX dalam meletakkan asas ekonomi yang adil
📅 Jumaat, 25 Julai 2025
🕗 8 malam LIVE
📺 YouTube & Facebook: Borak Daily
🎧 Spotify, Apple Podcast & platform pilihan anda
Berani ubah. Demi ekonomi yang lebih manusiawi.
#MindaTokAbah #ReformasiEkonomi #MalaysiaMadani #BorakDaily #PodcastPolitik #MindaTokAbahEp6
“Kalau Payung Besar tak mampu lindung semua… maka lahirlah Konsensus MADANI”
Dalam episod kali ini, Tok Abah menyelami:
• Konsensus MADANI sebagai strategi sebenar yang sedang dilalui
• Hipokrasi pembangkang dan cubaan reset agenda negara
• Penjelasan isu panas Yusof Rawther dan kebebasan institusi kehakiman
• Reformasi subsidi, SST dan fiskal — warisan yang sedang dibina
• Bila silent majority mula bersuara menyokong agenda perpaduan
🎧 Dengarkan di Spotify, Apple Podcasts dan platform pilihan anda
Berani Bersuara. Demi Naratif Rakyat
#MindaTokAbahEp5 #KonsensusMADANI #PodcastPolitik #MalaysiaMadani #MindaTokAbah #IsuSemasa #SilentMajority #ReformasiEkonomi
“Kalau pembangkang tak mainkan peranan semak imbang, kerajaan jadi terlalu selesa.
Dan bila terlalu selesa… siapa yang rugi?”
Dalam episod kali ini, Tok Abah membedah persoalan peranan pembangkang dalam landskap politik hari ini:
Dengarkan kupasan penuh dan nilai sendiri, kerana kalau tak kritik, tak semak, tak imbang… pembangkang buat apa sebenarnya?
#MindaTokAbahEp4 #PerananPembangkang #KonsensusNasional #PolitikMalaysia #PodcastPolitik #MalaysiaMadani
Pilihan Raya Negeri Sabah semakin hampir dan kali ini, tumpuan bukan sekadar di Borneo, tapi seluruh negara.
Dalam episod ini, Tok Abah dan hos membincangkan:
Adakah PRN Sabah bakal menjadi ujian awal kekuatan Kerajaan Perpaduan?
Sejauh mana politik tempatan Sabah mampu menggoncang Putrajaya?
Dan bolehkah keputusan PRN ini menjadi game changer menjelang PRU akan datang?
Dengarkan analisis jujur dan penuh pengalaman — terus dari lensa seorang tokoh politik veteran.
Antara topik yang dibincangkan:
• Dinamika politik Sabah dan kesannya kepada nasional
• Kekuatan & cabaran Kerajaan Perpaduan di Malaysia Timur
• Aspirasi rakyat Sabah dalam kerangka Malaysia Madani
• Peranan anak muda Sabah dalam menentukan masa depan negara
🎥 Tonton episod penuh di YouTube Borak Daily
🎙️ Dengarkan di Spotify, Apple Podcast & platform pilihan anda
#MindaTokAbah #MindaTokAbahEp3 #PRNSabah #MalaysiaMadani #KerajaanPerpaduan #PolitikMalaysia #PodcastPolitik #PMX
Minda Tok Abah – Episod 2: Malaysia Madani — Membetulkan yang Biasa & Membiasakan yang Betul
Apakah sebenarnya makna di sebalik Malaysia Madani? Dalam episod ini, Tok Abah membongkar sejarah dan maksud sebenar gagasan Madani, serta mengupas bagaimana ia berkembang sejak era 70-an hingga kini menjadi teras pentadbiran YAB Perdana Menteri.
Antara isu yang turut disentuh:
✅ Kenapa Institusi Perdana Menteri perlu dilindungi?
✅ Isu Yusof Rawther dan persepsi terhadap PM
✅ Perbezaan pandangan kehakiman – adakah ia melemahkan kepimpinan?
✅ Siapa sebenarnya yang paling layak bercakap tentang Madani?
✅ Payung Besar Madani: Realiti atau retorik?
🎧 Saksikan perbincangan penuh dengan analisis matang, refleksi sejarah dan teguran membina – hanya di Minda Tok Abah.
📺 Tonton sekarang di YouTube Borak Daily
🔊 Dengarkan versi audio di Spotify, Apple Podcast dan platform kegemaran anda!
📌 Jangan lupa Like, Share & Subscribe untuk lebih banyak episod akan datang.
#MindaTokAbah #MalaysiaMadani #PolitikMalaysia #PodcastPolitik #PMX #Jkom #AnwarIbrahim #IsuSemasa #PRU16
Adakah suara rakyat benar-benar sampai ke Putrajaya?
Dalam episod sulung Minda Tok Abah, kita kupas isu-isu panas yang ramai rasa, tapi tak semua berani cakap. Dari komunikasi kerajaan yang sering disalah erti, hingga kepada makna sebenar Malaysia Madani — Tok Abah jawab semua dengan nada matang, kritikal dan penuh insight.
🎧 Dalam episod pertama Minda Tok Abah, kita bedah isu-isu penting macam:
👉 Kenapa komunikasi kerajaan dianggap lemah?
👉 Peranan sebenar J-KOM – propaganda ke, atau penghubung rakyat?
👉 Apa Tok Abah nak sampaikan melalui podcast ni?
Tonton sampai habis – sebab dalam politik, bukan semua yang nampak itu benar.