Kisah pengalaman seram pengurus jenazah.
Kisah ini adalah pengalaman bapa salah seorang subscriber channel Si Tukang Cerita. Berlaku dalam perjalanan ke Lurah Bilut pada tahun 80 an. Bayangkan jalan gelap, bersimpang siur dan berbukit lalu disakat dengan mahkluk yang dipanggil Pontianak.
Ada beberapa buah kisah pengalaman pemandu lori yang berdepan detik seram dan cemas sewaktu bertugas. Sampai ada yang demam berhari-hari.
Acap cerita pengalaman kena ganggu kat homestay yang Acap sekeluarga sewa di Kuala Selangor. Seram dia lain macam.
Episod kali ni ada beberapa kisah dan pengalaman seram si kaki pancing.
Pengalaman seorang doktor yang merawat seorang pesakit strok yang hampir lumpuh satu badan bernama Pak Din. Bila Pak Din senyum ke arah mana-mana katil di wadnya, pesakit itu mesti menemui ajal dalam masa terdekat.
Kali ni kita cerita pasal hantu raya pula. Hantu raya ni biasanya orang jadikan belaan. Salah bela boleh makan diri.
Tangkal anak kerak ni salah ritual yang membuatkan sipemakainya kaya raya dalam sekelip mata. Namun, gantinya adalah DARAH.
Cerita kali ni cerita pasal orang yang membela jin dan mengalami Azab waktu sakaratulmaut. Minta kita dijauhkan daripada perbuatan syirik begitu.
Cerita kali ni jauh Acap bawa tau. Jauh mana? Cerita daripada Australia. Lain macam eh hantu Australia kacau orang. hehehehe
Episod kali ni adalah himpunan kisah mangsa-mangsa sihir. Dengarkan kisah mereka, ambil iktibar dan pengajaran darinya.
Episod kali ni Acap kongsikan pengalaman seram yang Acap sendiri alami.
Kisah kali ni dikongsikan oleh Subscriber daripada Sabah. Harap anda terhibur dengan keseramannya.
Ini adalah video part 2 daripada Yaya. Kali ni Yaya kongsi cerita dia, suami dan anaknya mengalami gangguan mistik di rumah yang mereka tinggal sekarang.Kemudian, Yaya share juga yang dia pernah kena sampuk atau rasuk lepas balik daripada buat kerja gila Eksplorasi di Kondo Setapak Ria.
Caller kita kali ni pengalaman dia dahsyat weh. Bukan kaleng-kaleng punya cerita. Bukan sembang kari. Siap ada real footage weh.
Dia seorang wanita yang berani pergi redah tempat-tempat angker semata-mata nak merasai rasa seram tu. Hujungnya mendapatlah kan.....
Jadi, jom kita dengar story daripada caller kita yang mesra disapa sebagai Yaya.
Kali ni brother Rizal Seram Kelam kita kongsikan pengalaman seramnya semasa dia dan rakan-rakan pergi buat benda gila iaitu cari hantu di suatu kawasan yang agak terpencil di Johor Bahru.
Kemudian dia berkongsikan juga pengalaman seram dipejabatnya sewaktu dia bekerja di sebuah syarikat pengurus acara suatu ketika dahulu.
Sahabat kita Rizal sekali lagi bersama kita berkongsikan kisah seram yang semuanya berlaku di Sabah. Bermula dengan kisah seorang guru yang berjumpa dengan bunian hanya semalam tapi didunia nyata beliau telah hilang berbulan-bulan.
Kisah seterusnya berkaitan seorang lelaki yang membakar dirinya kerana tak boleh terima yang seluruh keluarganya dibunuh dengan kejam oleh kumpulan lanun.
Kemudian yang paling seram kisah penanggal mengejar seorang ustaz yang bersama isterinya ketika itu sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital.
Nadim kongsikan pengalaman dia lagi. Kali ni pengalaman sram dia sewaktu mengikuti mesyuarat di universitinya sewaktu dia sedang menuntut 10 tahun dulu. Macam-macam gangguan yang dia alami ketika itu.
Nadim juga berkongsi pengalaman seramnya ketika dia bersendirian di pejabat. Kisah yang baru sahaja berlaku dan dia sempat merakam 'sesuatu' yang menyeramkan.
Nadim ni kalau bercerita memang ralit kita mendengarnya. Pengalaman yang dia kongsikan semuanya best belaka. kali ni dia kongsikan pengalaman dia turun naik tangga tak habis-habis di sebuah pusat membeli belah di Johor Bahru.
Kisah keduanya pula tentang dia melihat neneknya di datangi dua orang berjubah hitam yang Nadim tak kenal pun siapa.