Episod ke-empat podcast 'Hey, Jom Dengar!' kali ini masih membincangkan topik normalisasi Israel. Apakah kesan daripada fenomena ini terhadap kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Iran dan China? Bagaimana pula implikasinya terhadap rakyat Palestin di tanah Palestin, tanah haram Israel, juga pelarian-pelarian Palestin di serata dunia? Dengarkan diskusi santai kami bersama tetamu jemputan khas, Brother Khalid Jimat, Pegurus Penyelidik & Pendidikan MyCARE. Ilmiah tetapi santai dengan 'Hey, Jom Dengar!'
Ogos 2020 yang lalu kita digemparkan dengan berita penjalinan hubungan diplomatik antara negara arab UAE dan Israel. Kali pertama dan terakhir hubungan diplomatik termeterai antara negara Arab dan Israel adalah pada 1978 (Mesir-Israel) dan 1994 (Jordan-Israel). Sejak daripada itu, terdapat beberapa negara Arab lain mula mengikuti langkah UAE dalam mewujudkan hubungan normalisasi bersama Israel. Apa itu normalisasi? Adakah normalisasi dibenarkan di sisi syarak? Bagaimana dan kenapa negara Arab mula bertindak berdamai dengan Israel. Jom ikuti sembang santai "Hey, Jom Dengar!".
Episod kedua podcast "Hey, Jom Dengar!" ini membawakan penampilan khas, penerima anugerah Tokoh Sukarelawan Nasional 2020 oleh Kementerian Belia & Sukan, Saudara Teo Ann Siang. Dalam episod ini, Saudara Ann Siang berkongsi bagaimana beliau mula melangkah ke dalam dunia aktivisme, apakah artinya menjadi seorang aktivis kemanusiaan dan pandangan beliau berkenaan sokongan kerajaan terhadap isu kemanusiaan dan kerja-kerja kebajikan di Malaysia. Jom, dengarkan bersama!