
๐ฃ๐๐๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐ข๐ ๐๐ก ๐๐๐๐๐: ๐๐๐ง๐ ๐ง๐๐ฆ๐จ ๐๐ง๐๐จ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ก๐?
Apabila pengunjung halaman meninggalkan komen buruk, adakah pengurus atau pemilik halaman patut biarkan sahaja, atau sorok (FB Page), padam, dan/atau 'ban' penulis komen berkenaan?
Dilemanya ialah, jika tindakan diambil ke atas komen tersebut, ia lazim dianggap menyekat kebebasan bersuara, tidak terbuka terhadap perbezaan pendapat, malah mungkin dikecam sebagai 'berhati tisu'.
Sedangkan, tindakan berkenaan diambil mungkin atas pertimbangan lain. Kita perlukan persekitaran yang selamat untuk berbincang.
๐๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐๐ก
Kajian menunjukkan membaca maklumat faktual dalam talian boleh membetulkan sebahagian kepercayaan salah, tetapi kesannya kecil dan mudah dipengaruhi faktor lain. Semakan fakta mengurangkan kepercayaan terhadap maklumat salah secara sederhana (Walter et al., 2021), namun maklumat salah berkaitan sains lebih sukar diperbetulkan (Walter & Murphy, 2023), dan dakwaan palsu terus mempengaruhi walaupun telah dibuktikan salah; fenomena ๐๐ค๐ฃ๐ฉ๐๐ฃ๐ช๐๐ ๐๐ฃ๐๐ก๐ช๐๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ฉ (Lewandowsky et al., 2012).
Pendedahan berulang meningkatkan persepsi kebenaran terhadap maklumat palsu (๐๐ก๐ก๐ช๐จ๐ค๐ง๐ฎ ๐ฉ๐ง๐ช๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐๐ฉ) (Fazio et al., 2015), manakala confirmation bias dan belief perseverance menyebabkan fakta bercanggah ditolak atau disalah tafsir (Nickerson, 1998).
Di media sosial, ๐๐๐๐ค ๐๐๐๐ข๐๐๐ง dan ๐๐๐ก๐ฉ๐๐ง ๐๐ช๐๐๐ก๐ ๐๐ก๐๐ค๐ง๐๐ฉ๐ข๐ menguatkan polarisasi dan menyukarkan pembetulan diterima (Cinelli et al., 2021; Flaxman et al., 2016).
Kandungan berbentuk emosi atau penceritaan lebih berkesan daripada fakta semata-mata (Bavel et al., 2022), dan pemikiran analitik meningkatkan kesediaan mengubah kepercayaan (Unkelbach & Rom, 2024).
๐๐๐ฆ๐๐๐๐ก๐
Saya mengendalikan perbincangan dalam talian secara aktif semenjak tahun 1998. Itu sudah hampir tiga dekad. Pertimbangan saya ialah, keutamaan mengekalkan suasana sihat dalam perbincangan lebih utama, berbanding 'memberi peluang' dan 'hak kebebasan bersuara', tatkala individu gagal menjaga baseline.
Baseline yang saya maksudkan ialah, setuju atau tidak setuju, berbahasalah dengan baik. Kita tidak perlu kelayakan akademik atau ilmu agama tinggi untuk berbahasa baik.
Apabila komen jatuh dalam kategori kecelaan lisan yang agama Islam turut mengkelaskannya sebagai mazmumah yang banyak menghantar manusia ke Neraka, memadam komen malah ban netizen seperti ini adalah cara kita membantunya. Membantunya berhenti membuat zalim, aniaya, dan dosa.
ูุงู ุฑุณูู ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู โ:โ โุงูุตุฑ ุฃุฎุงู ุธุงูู ูุง ุฃู ู ุธููู ูุงโ ููุงู ุฑุฌูโ:โ ูุง ุฑุณูู ุงููู ุฃูุตุฑู ุฅุฐุง ูุงู ู ุธููู ูุง ุฃุฑุฃูุช ุฅู ูุงู ุธุงูู ูุง ููู ุฃูุตุฑูโุโ ูุงูโ:โ โ"โุชุญุฌุฒู -ุฃู ุชู ูุนู- ู ู ุงูุธูู ูุฅู ุฐูู ูุตุฑูโ โ(โโ(โุฑูุงู ุงูุจุฎุงุฑูโ)โโ)
๐๐ข๐ด๐ถ๐ญ๐ถ๐ญ๐ญ๐ข๐ฉ ๏ทบ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฃ๐ฅ๐ข, "๐๐ข๐ฏ๐ต๐ถ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ด๐ข๐ถ๐ฅ๐ข๐ณ๐ข๐ฎ๐ถ, ๐ด๐ข๐ฎ๐ข ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฅ๐ช๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ป๐ข๐ญ๐ช๐ฎ๐ช ๐ข๐ต๐ข๐ถ ๐ฅ๐ช๐ป๐ข๐ญ๐ช๐ฎ๐ช." ๐๐ฆ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ญ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฌ๐ช ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ต๐ข๐ฏ๐บ๐ข: "๐๐ข๐ฉ๐ข๐ช ๐๐ข๐ด๐ถ๐ญ๐ถ๐ญ๐ญ๐ข๐ฉ! ๐๐ฌ๐ถ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ฏ๐ต๐ถ ๐ฅ๐ช๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ต๐ช๐ฌ๐ข ๐ฅ๐ช๐ข ๐ฅ๐ช๐ป๐ข๐ญ๐ช๐ฎ๐ช, ๐ต๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ๐ช ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ช๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ฃ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ฏ๐ต๐ถ๐ฏ๐บ๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ต๐ช๐ฌ๐ข ๐ฅ๐ช๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ป๐ข๐ญ๐ช๐ฎ๐ช?" ๐๐ข๐จ๐ช๐ฏ๐ฅ๐ข ๏ทบ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฃ๐ฅ๐ข, "๐๐ข๐ฎ๐ถ ๐ฃ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฉ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐จ๐ฏ๐บ๐ข ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฌ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ป๐ข๐ญ๐ช๐ฎ๐ข๐ฏ. ๐๐ต๐ถ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ข๐ฏ๐ต๐ถ๐ข๐ฏ๐ฎ๐ถ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข๐ฏ๐บ๐ข." [๐ฉ๐ข๐ฅ๐ช๐ด ๐ณ๐ช๐ธ๐ข๐บ๐ข๐ต ๐ข๐ญ-๐๐ถ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ณ๐ช]
#netizenย #tazkirahย #muhasabahย #hasrizal