Home
Categories
EXPLORE
Society & Culture
Comedy
History
Business
True Crime
Religion & Spirituality
Technology
About Us
Contact Us
Copyright
ยฉ 2024 PodJoint
Loading...
0:00 / 0:00
Podjoint Logo
TR
Sign in

or

Don't have an account?
Sign up
Forgot password
https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Podcasts126/v4/53/5c/e7/535ce797-6126-eb8a-14b1-de1593ba648e/mza_17432486190246053726.jpg/600x600bb.jpg
Hasrizal
Hasrizal Abdul Jamil
275 episodes
3 days ago
PODCAST.HASRIZAL.COM ๐Ÿ“Œ Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal
Show more...
Personal Journals
Society & Culture
RSS
All content for Hasrizal is the property of Hasrizal Abdul Jamil and is served directly from their servers with no modification, redirects, or rehosting. The podcast is not affiliated with or endorsed by Podjoint in any way.
PODCAST.HASRIZAL.COM ๐Ÿ“Œ Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal
Show more...
Personal Journals
Society & Culture
Episodes (20/275)
Hasrizal
Buli Siber: Dakwah 'Tikus Baik Labu'

๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—•๐—˜๐—ฅ: ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—”๐—› '๐—ง๐—œ๐—ž๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ'[Baca artikel penuh di blog: https://saifulislam.com/buli-siber-dakwah-tikus-baik-labu/]

Semalam, di halaman Facebook saya, timbul satu pertanyaan menarik berhubung statistik yang meletakkan Malaysia antara negara tertinggi di dunia terlibat dalam buli siber. Pengunjung tersebut bertanya, adakah apabila kita melihat orang melakukan maksiat, seperti tidak menutup aurat, lalu kita menegur, perbuatan itu dikategorikan sebagai buli siber? Dan jika kita tidak mahu termasuk dalam statistik tersebut, maka bila nampak maksiat kita perlu biarkan sahaja?Soalan ini berat. Ia menggambarkan bahawa niat yang baik sahaja tidak cukup untuk mengislamkan perbuatan kita, jika ia tidak diserlahkan melalui cara yang baik dan menatijahkan kebaikan.Memang Nabi ๏ทบ mengajarkan bahawa apabila kita melihat kemungkaran, kita perlu bertindak.โ€œ๐˜š๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข (๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ด๐˜ข); ๐˜ซ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข (๐˜ฏ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต); ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ซ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜จ๐˜ข, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข (๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ); ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ-๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ.โ€ [๐˜™๐˜ช๐˜ธ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ต ๐˜”๐˜ถ๐˜ด๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ]๐˜™๐˜ถ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ: ๐˜๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด 34, 40 ๐˜๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด ๐˜ข๐˜ฏ-๐˜•๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ธ๐˜ชHadisnya menyebut perkataan ููŽู„ู’ูŠูุบูŽูŠูู‘ุฑู’ู‡ู (maka hendaklah dia mengubah), bukan sekadar ูŠูู†ู’ูƒูุฑูู‡ู (menegur). Perkataan fal-yughayyirhu menuntut perubahan yang membawa hasil: yang salah menjadi betul, yang buruk menjadi baik.Maknanya, nahi mungkar bukan sekadar berkata, โ€œAku dah tegur, kalau kau tak terima, itu nasib kau.โ€ Walaupun teguran itu betul, jika disampaikan dengan cara yang mendatangkan mudarat atau menimbulkan kemungkaran baharu, itu bukanlah nahi mungkar. Pepatah Melayu menyebut, bagai tikus membaiki labu.Dakwah yang tidak memelihara maruah orang dan gagal membezakan antara buli siber dengan nahi mungkar lebih banyak merosakkan daripada membawa kebaikan.Dakwah tikus baik labu.Hakikatnya ia buli siber.Allah ๏ทป dan Rasulullah ๏ทบ tidak suka.#pendidikanjalanislah #dakwah #hasrizalabduljamil

Show more...
4 days ago
7 minutes 40 seconds

Hasrizal
Ubat Atau Makanan Atasi Masalah Anak Tak Faham Silibus?

Ubat Atau Makanan Atasi Masalah Anak Tak Faham Silibus?


#hasrizalabduljamil #pendidikanjalanislah #khalifahmethod #pendidikanfatamorgana

Show more...
5 days ago
1 minute 35 seconds

Hasrizal
Checklist Apabila Anak Mula Bersekolah

Apabila anak mula bersekolah, persaingan mula terjadi antara pengaruh kita di rumah dengan pengaruh yang anak bawa pulang daripada pengalaman persekolahannya. Ia harus mencetuskan prihatin ibu bapa untuk memerhati perkembangan, dan perubahan yang berlaku.
Anak sepatutnya berasa gembira dengan pengalaman baharu itu. Persekolahan meluaskan dunianya, menambah kawan dan pengalaman, mengeluarkannya daripada rutin kebiasaan yang anak sudah biasa di rumah.
Akan tetapi, jika anak balik dari sekolah tidak gembira, ibu bapa perlu semak:
Pertama, faktor anak sendiri. Mungkin ada penyesuaian diri perlukan bantuan. Malah mungkin anak rasa tak selesa mahu buang air kecil dan besar di sekolah, menahan hingga balik ke rumah. Dapatkan maklumat dan sembang dengan anak.
Kedua, kita tinjau faktor sekeliling anak. Jika faktor tandas tadi wujud, boleh juga terjadi tandas di sekolah tidak bersih atau ketinggian tidak sesuai, anak tidak tahu macam mana hendak menghadapinya.
Lihat juga ada isukah antara anak dengan kawan-kawannya, dengan cikgu, dengan silibus dan aktiviti pembelajaran di sekolah.
Apa yang utama, menghantar anak ke sekolah bukan bermaksud memindahkan tanggungjawab mendidik kepada sekolah dan guru. Ia melengkapkan keperluan anak dan menambah apa yang ibu bapa ada kekangan menambah sendiri di rumah.
Anak perlu gembira dengan pengalaman awal persekolahannya. Jika sebaliknya, ibu bapa perlu ambil tahu dan buat sesuatu mengenainya.
#ustazhasrizalย #hasrizalabduljamilย #hasrizalย #pendidikanjalanislahย #khalifahmethod

Show more...
5 days ago
2 minutes 37 seconds

Hasrizal
Tauhid Itu 'Simple Tapi Bukan Simplistik

TAUHID ITU SIMPLE TAPI BUKAN SIMPLISTIK


Asas agama kita ialah Tauhid, mentauhidkan Allah SWT tanpa menyekutukan-Nya. Tauhid mudah difahami, namun tidak menjadikan agama ini simplistik. Ia tetap menuntut kita berfikir, memahami kerencaman ideologi, dan menguasai ilmu.
Dalam Fiqh Sirah, Muhammad Saโ€˜id Ramadan al-Bลซแนญฤซ memetik pandangan Abul Hasan Ali an-Nadwi dalam Mฤdzฤ Khasira al-โ€˜ฤ€lam bi Inhithฤt al-Muslimฤซn, bahawa keadaan Semenanjung Tanah Arab ketika kebangkitan Islam lebih stabil berbanding kekacauan falsafah dan ideologi yang melanda Rom dan Parsi. Masyarakat Arab Jahiliyyah, walaupun rosak dari segi akidah dan moral, masih memiliki pemikiran yang teratur, sehingga mudah menerima kebenaran apabila dijelaskan. Ibn Khaldun turut mengulas pandangan ini.


Hari ini, kita berdepan masyarakat dengan pemikiran bercampur-campur antara Timur dan Barat, lama dan moden. Untuk menyampaikan Tauhid dalam konteks ini, kita perlu memahami kekeliruan yang berlaku dan menguasai pelbagai disiplin: ilmu agama, sejarah Islam dan tamadun dunia, perkembangan teknologi, serta kajian tentang kecelaruan kognitif, bias pemikiran, dan kerosakan reasoning. Kita hidup di era di mana cabaran beragama bertambah dengan akal yang semakin tidak sihat.


#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Show more...
6 days ago
2 minutes 46 seconds

Hasrizal
Reaksi 'Terpaling Lantang' Yang Nabi ๏ทบ Tak Suka

๐‘๐„๐€๐Š๐’๐ˆ "๐“๐„๐‘๐๐€๐‹๐ˆ๐๐† ๐‹๐€๐๐“๐€๐๐†" ๐˜๐€๐๐† ๐๐€๐๐ˆ ๐’”.๐’‚.๐’˜ ๐“๐€๐Š ๐’๐”๐Š๐€

Bersikap lemah lembut terhadap manusia dan berinteraksi dengan mereka secara sopan santun adalah antara permata dalam rantaian akhlak Islam, dan ia merupakan sifat kesempurnaan. Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ Maha Lembut, dan Dia menyukai kelembutan daripada hamba-Nya.

Dalam hadis ini, Ummul Mukminin สฟฤ€โ€™ishah RA menceritakan bahawa orang-orang Yahudi datang menemui Nabi ๏ทบ lalu berkata: โ€œal-sฤmu สฟalaykumโ€, seolah-olah memberi salam Islam kepada Baginda ๏ทบ dan para sahabat, sedangkan hakikatnya mereka sedang mendoakan keburukan. โ€œAl-sฤmโ€ bermaksud kematian dan kebinasaan. Namun Nabi ๏ทบ menyedari maksud sebenar ucapan mereka, lalu Baginda menjawab: โ€œwa สฟalaykumโ€ (dan ke atas kamu juga). Maksud jawapan Baginda ialah: ke atas kamu seperti apa yang kamu ucapkan sebagai doa.

ฤ€โ€™ishah RA juga memahami maksud ucapan mereka, lalu berkata: โ€œAl-sฤmu สฟalaykum, semoga Allah melaknat kamu dan murka kepada kamu.โ€ Beliau membalas dengan lafaz dan kata-kata yang sama, bahkan menambah doa keburukan kepada mereka. Maka Rasulullah ๏ทบ menegurnya: โ€œBertenanglah, wahai สฟฤ€โ€™ishah. Hendaklah engkau berpegang dengan kelembutan,โ€ iaitu bersabar, berhemah dan berhati-hati dalam tindakan. Baginda melarang beliau daripada bersikap kasar atau melampau dalam kata-kata. โ€œKekasaranโ€ di sini bermaksud ketegasan yang berlebihan ketika berinteraksi, manakala โ€œmelampauโ€ bermaksud keterlaluan dalam ucapan dan jawapan, bukan semata-mata kata-kata yang buruk.

Dalam riwayat al-Sahihain disebut: โ€œSesungguhnya Allah menyukai kelembutan dalam setiap perkara,โ€ iaitu Allah mengasihi hamba-Nya yang berwatak lunak, mudah berurusan dan tidak bersikap keras atau kasar. Dengan kelembutan, tujuan dapat dicapai dan maksud menjadi mudah, sesuatu yang tidak dapat diperoleh dengan kekerasan.

ฤ€โ€™ishah RA berkata kepada Nabi ๏ทบ: โ€œTidakkah engkau mendengar apa yang mereka katakan?!โ€ Beliau ingin menarik perhatian Baginda kepada ucapan mereka. Maka Nabi ๏ทบ menjawab: โ€œTidakkah engkau mendengar apa yang aku katakan?โ€ merujuk kepada ucapan Baginda sebelum itu: โ€œwa สฟalaykumโ€ โ€“ โ€œAku telah membalas ucapan mereka.โ€ Perbezaan antara jawapan Nabi ๏ทบ dan jawapan สฟฤ€โ€™ishah RA ialah Baginda membalas setimpal dengan perbuatan mereka tanpa menambah kekasaran, sedangkan สฟฤ€โ€™ishah RA menambah doa keburukan dan memilih kelantangan dalam membalas.

Baginda menjelaskan: โ€œDoaku terhadap mereka akan diperkenankan, manakala doa mereka terhadapku tidak akan diperkenankan.โ€

Apabila kita berlebih-lebihan bertindak balas terhadap perkara yang dilihat mengancam atau mencemar agama, kita bersikap seolah-olah Islam ini tidak ada Tuhan. Bergantung kepada keupayaan kita memaksimumkan tindak balas, sedangkan ia sudah jatuh ke daerah buruk yang agama tidak suka.

Jika kita tidak halusi perincian Sirah, dan jika kita tidak kenal siapa 'lelaki itu', silap-silap, Nabi Muhammad ๏ทบ itu sendiri menjadi sasaran kecaman dan label-label jelik kita kerana menganggapnya tidak mencapai 'standard' kita. Walhal 'standard kita' itu adalah manifestasi kejahilan serta perangkap ego yang membinasa.

#Saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland #tazkirah #muhasabah

Show more...
1 week ago
3 minutes 35 seconds

Hasrizal
Bahaya Gaduh dan Debat Berlebih -lebihan Dalam Agama

๐ŸŽฏ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—จ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ:
โ–ช๏ธMenulis dan bercakap melibatkan risiko kesilapan, tetapi ini tidak bermaksud kita harus berhenti. Pembetulan dan pengakuan adalah kunci penting.
โ–ช๏ธMenonjolkan kesilapan orang lain secara berlebihan adalah sikap berbahaya dan dilakukan bukan demi Allah, tetapi kerana dorongan hawa nafsu.
โ–ช๏ธPertengkaran dalam isu agama boleh membawa kepada kemunafikan dan melemahkan hati, seperti yang diingatkan oleh Jaโ€™far ibn Muhammad dan Nabi ๏ทบ.
โ–ช๏ธBerdebat tanpa tujuan yang jelas hanya akan mengeraskan hati dan mengurangkan sifat warak, menurut al-Imam Syafiโ€™i dan Ibnu Rejab.
โ–ช๏ธIlmu yang benar perlu digabungkan dengan akhlak yang baik untuk mendapatkan keredhaan Allah dan hati yang tenang.
๐Ÿ” ๐—ฅ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป
โ–ช๏ธ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜€, ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ, ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป
Kesilapan adalah perkara biasa dalam proses menulis dan bercakap, tetapi ia tidak seharusnya menjadi halangan. Apabila kesilapan berlaku, langkah terbaik adalah membetulkannya dan mengakui kesilapan tersebut untuk memperbaiki diri.
โ–ช๏ธ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—ป๐—ท๐—ผ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ถ๐—ป
Menonjolkan kesilapan orang lain secara berlebihan adalah tindakan yang tidak bermanfaat dan berbahaya. Ia sering dilakukan bukan untuk memperbaiki keadaan tetapi kerana dorongan peribadi yang salah, menyebabkan niat kita tersasar dari tujuan asal iaitu kerana Allah.
โ–ช๏ธ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
Dalam isu agama, pertengkaran sering mengatasi akal dan lebih melibatkan emosi. Jaโ€™far ibn Muhammad menasihatkan agar menjauhi pertengkaran dalam agama kerana ia melemahkan hati dan menimbulkan kemunafikan. Nabi ๏ทบ juga menegaskan bahawa pertengkaran membawa kepada kesesatan selepas menerima petunjuk.
โ–ช๏ธ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป
Al-Imam Syafiโ€™i dan Ibnu Rejab menyatakan bahawa berbalah dalam isu ilmu hanya akan mengeraskan hati dan mengurangkan sifat warak. Para salafusaleh lebih memilih diam dalam perdebatan kerana ilmu dan rasa takut mereka kepada Allah, berbanding generasi selepas mereka yang cenderung banyak bercakap kerana kekurangan sifat warak.
โ–ช๏ธ๐—š๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—น๐—บ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐—ธ
Akhirnya, adalah penting untuk menggabungkan ilmu yang benar dengan akhlak yang baik. Penyebaran ilmu tidak seharusnya dilakukan melalui pertengkaran yang merosakkan adab dan akhlak. Kombinasi ini penting untuk menjadi hamba Allah yang mendapat keredhaan dan memiliki hati yang sejahtera.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Show more...
2 weeks ago
5 minutes 40 seconds

Hasrizal
Palestin dan Ireland: Rakyat Sokong, Kerajaan Bohong

๐Ÿ‰ ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐——: ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—š
๐—ฆ๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐—œ๐—ฟ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฑ
Sokongan rakyat Ireland terhadap ๐Ÿ‰ dapat dilihat dengan jelas melalui demonstrasi yang diadakan secara konsisten, terutama pada hari Sabtu di Dublin dan kawasan lain. Selain itu, parti politik kiri seperti Sinn Fรฉin, People Before Profit, dan Social Democrats terus mendesak kerajaan Ireland agar bertindak selari dengan kehendak rakyat.
๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฟ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—Ÿ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ
Walaupun rakyat bersolidariti dengan perjuangan di ๐Ÿ‰, lain pula cerita dengan kerajaannya. Walaupun kerajaan Ireland telah mengeluarkan kenyataan keras mengkritik Israel, tindakan sebenar yang mempunyai impak besar masih belum direalisasikan. Isu utama yang dibincangkan adalah penglibatan Central Bank of Ireland dalam urusan jual beli bon Israel yang digunakan untuk membiayai peperangan. Di samping itu, rang undang-undang Occupied Territories Bill yang bertujuan untuk mengharamkan import dan eksport barangan dari wilayah yang dijajah, khususnya Israel, masih belum diluluskan.
๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—บ๐—ฝ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป
Satu lagi isu penting adalah kerjasama akademik antara universiti di Ireland dan institusi di Israel. Trinity College Dublin baru-baru ini mengambil langkah untuk tidak lagi bekerjasama dengan universiti Israel, satu langkah yang dilihat sebagai kemenangan besar oleh masyarakat akademik di Ireland. Namun, kerjasama serupa yang baru ditandatangani oleh sebuah universiti lain di Ireland menimbulkan kebimbangan dan kemarahan di kalangan rakyat.
๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป
Sentimen rakyat Ireland terhadap perjuangan ๐Ÿ‰ amat tinggi, tetapi terdapat perbezaan ketara antara sentimen ini dan pendirian kerajaan. Usaha berterusan dari pelbagai pihak amat diperlukan untuk memastikan tindakan konkrit dapat diambil. Walaupun tragedi di ๐Ÿ‰ amat menyedihkan, peningkatan kesedaran global memberi harapan bahawa perubahan positif dapat dicapai.
Jangan mengalah!
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Show more...
3 weeks ago
7 minutes 10 seconds

Hasrizal
Akibat Bermuka-muka dalam Beragama: Iktibar dari Ireland

๐—”๐—ž๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—ž๐—”-๐— ๐—จ๐—ž๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” : ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—— ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”


Sebagai seorang Muslim Melayu yang menetap di Republic of Ireland, banyak pelajaran dapat diambil daripada situasi sosio-agama di negara ini. Ireland, yang dahulunya dikenali sebagai negara Katolik yang kuat, kini menyaksikan peralihan di mana ramai rakyatnya meninggalkan tradisi keagamaan. Ini terutamanya disebabkan oleh salah laku yang dilakukan oleh orang-orang agama dalam institusi yang diamanahkan kepada mereka seperti gereja, sekolah, dan hospital.

Salah laku ini, termasuk penderaan seksual dan penjualan anak-anak yang dilahirkan di luar nikah, telah menghakis kepercayaan terhadap orang agama dan institusi agama. Semasa orang ramai mengadu dan mendesak penyelesaian, suara mereka ditekan. Pendekatan yang lebih diutamakan adalah menggunakan undang-undang serta penguatkuasaan untuk damage control, mengawal naratif, malah mendiamkan suara yang menyoal.

Refleksi ini membawa kita kepada situasi di Malaysia. Hari ini, orang kita semakin agresif dalam beragama, kurang upaya toleransi dan merosot harmoni antara kaum dan agama. Ayat-ayat golongan anti Muslim dan anti pendatang di sini pakai untuk mengacau bilaukan masyarakat, menjadi ayat sama yang orang kita pakai terhadap orang yang tidak sebangsa, seagama dan seasal usul kita.

Sedangkan Malaysia bertuah menjadi sebuah negara majmuk. Kemajmukan itu adalah karakter masyarakat Muslim di zaman Nabi Muhammad ๏ทบ. Dalam satu keluarga, ada adik beradik lain agama, jiran tetangga berbeza agama, malah bangsa asing turut menjadi sebahagian daripada kehidupan bermasyarakat. Ia memberi peluang kita menghayati model sebenar yang ditampilkan oleh sirah baginda, berbanding masyarakat yang solid 'kita-kita aje'.

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป

Jangan kita terbiasa menyorokkan masalah dalaman, sebaliknya selesaikan ia dengan jujur.

Iblis berkata:

" Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan cantikkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan sesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang ikhlas". (al-Hijr 15: 39-40)

Satu-satunya jenis manusia yang terselamat daripada racun Iblis adalah manusia yang ikhlas dalam beragama. Keikhlasan dalam beragama jauh daripada sibuk menjaga imej luaran, tetapi lebih kepada memastikan amalan dan tindakan luar dalam kita selari dengan ajaran agama yang sebenar.

Ikhlas dalam beragama menjadikan kita mengutamakan substance berbanding form. Kita lebih bersungguh menyelesaikan masalah sebenar, berbanding menyembunyikan demi menjaga maruah dan air muka. Ikhlas juga menjadikan kita bertindak seperti yang sepatutnya, bukan menunggu satu-satu perkara viral baru tergerak. Seolah-olah persepsi manusia lebih dibimbangkan berbanding reda dan murka Allah.

Jangan kita jadi manusia yang kalau buat benda salah kita tidak kisah, tapi kalau benda salah yang kita buat itu orang cakap, kita marah.

Ia merosakkan diri dan masyarakat seluruhnya.

Jangan ulang kesilapan yang ibrahnya sudah terbentang di depan mata semua.

Sebelum terlambat.

#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland

Show more...
4 weeks ago
7 minutes 11 seconds

Hasrizal
Selama Mana Buli Menjadi Darah Daging dan Kebiasaan Kita

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”
๐ŸŽฅ Video ini merujuk kepada tragedi yang menimpa anakanda Zara Qairina baru-baru ini. Beliau bukan sahaja mangsa kepada pelaku jenayah buli, tetapi juga mangsa kepada sistem dan budaya yang membiarkan buli terus hidup.
๐Ÿšจ Kita semua maklum buli tidak terhad berlaku hanya di sekolah, asrama atau universiti. Ia juga hidup subur dalam dunia profesional dan korporat:
๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ Doktor senior vs junior
โœˆ๏ธ Budaya โ€˜tarukโ€™ dalam kru penerbangan
๐ŸŒ Dan kita sendiri , para netizen, membina komuniti yang berbahasa dengan bahasa buli, berinteraksi dalam dinamika buli yang sama.
๐Ÿ•Œ Sedangkan kita berasal daripada bangsa yang berbudi bahasa, dan agama kita, Islam, adalah agama yang mengharamkan walau sekadar menampar muka seseorang.
โ—Maknanya, budaya dan agama kita masih belum berjaya mengikis jahiliah daripada diri.
๐Ÿ˜” Tragedi buli tidak akan diambil serius, kerana kita menormalisasikannya melalui kata-kata seperti:
๐Ÿ—ฃ๏ธ โ€œAku ok jeโ€
๐Ÿ—ฃ๏ธ โ€œAnak aku ok je!โ€
๐Ÿ—ฃ๏ธ โ€œKena sikit pun nak bising ke?โ€
๐Ÿ“– Tapi lihat bagaimana Rasulullah ๏ทบ menangani situasi Abu Zarr r.a. Apabila Abu Zarr memanggil Bilal r.a. sebagai โ€œanak perempuan hitamโ€, Nabi ๏ทบ tidak membiarkannya. Baginda berkata:
โ€œWahai Abu Zarr, pada diri kamu itu ada jahiliah!โ€
๐Ÿ” Jika kita benar-benar insaf, kita mesti mulakan dengan muhasabah diri:
โ“Adakah dalam diri aku ada jiwa pembuli?
โ“Adakah aku menggunakan bahasa pembuli?
โ“Adakah tindak tanduk aku mengulang budaya buli yang diwarisi?
๐Ÿ’ก Hanya individu yang menolak buli secara menyeluruh; dengan jiwa, kepercayaan, pemikiran, malah KEIMANAN, akan benar-benar berusaha menghapuskan buli daripada sistem dan kehidupan yang kita kongsi di dunia yang sementara ini.
๐Ÿคฒ Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk memerangi kejahilan dalam diri, dan menjadikan kita hamba-Nya yang membina, bukan membinasa.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #buli #jenayahbuli

Show more...
4 weeks ago
4 minutes 20 seconds

Hasrizal
Nasib Orang Suruhan Diktator: Teladan Surah al-Buruj

๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—• ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ž๐—ง๐—”๐—ง๐—ข๐—ฅ: ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—› ๐—”๐—Ÿ-๐—•๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—
Kritikan Trump Terhadap Penyokongnya
Semalam, Presiden Donald Trump telah membuat kenyataan yang mengejutkan dengan memanggil Republican dan MAGA penyokong-penyokongnya โ€œstupid.โ€ Ia menjadi topik hangat kerana menonjolkan satu aspek penting dalam hubungan antara pemimpin dan pengikut. Ini membuka peluang untuk mengkaji pelajaran berharga dalam sejarah dan teks agama mengenai bagaimana pemimpin yang zalim berinteraksi dengan pengikut mereka.
๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐—น-๐—ค๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐—ป๐—ฎ๐—ต
Kisah dalam Surah Al-Buruj dan hadis Sahih Muslim memberi contoh klasik mengenai pemimpin zalim yang memanipulasi pengikutnya untuk kepentingan diri sendiri. Raja zalim dalam kisah ini memerintahkan pengikutnya untuk menyingkirkan al-ghulam, seorang anak muda yang beriman, malah prodigi raja berkenaan, tatkala beliau enggan patuh. Apabila usaha mereka gagal, raja dengan segera mengabaikan orang suruhannya yang tidak berguna itu,menunjukkan sikap lepas tangan dan manipulatif pemimpin zalim.
ู…ุง ูุนู„ ุฃุตุญุงุจูƒุŸ
"Apa yang berlaku kepada orang-orang kamu?"
Eh, walhal yang dimaksudkan itu adalah orang suruhan beliau. Tetapi beliau menisbahkan pasukan gagal itu kepada si ghulam, disowned mereka daripada dirinya.
Sikap pengikut yang terus menyokong pemimpin zalim walaupun kesalahan pemimpin itu jelas, boleh membawa kepada kerugian besar. Pengikut yang menjadi โ€œkaki bodekโ€ dan menyokong pemimpin walau dalam keadaan salah akhirnya mungkin akan ditinggalkan apabila mereka tidak lagi bermanfaat. Pelajaran dari kisah ini adalah pentingnya tidak terjebak dalam ketaatan membuta tuli dan mempertahankan integriti serta prinsip moral dalam menghadapi pemimpin yang tidak adil.
๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป
Contoh Trump ini mengingatkan kita bahawa pemimpin yang hanya setia kepada diri sendiri tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan pengikutnya apabila mereka tidak lagi berguna. Dalam konteks ini, adalah penting bagi pengikut untuk berfikir secara kritis dan tidak menjadi alat bagi pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri.
Pengajaran ini memberi peringatan bahawa kebijaksanaan dan keberanian adalah penting dalam mempertahankan prinsip yang benar dan menolak kezaliman.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #surahalburuj #alburuj #ibrah

Show more...
1 month ago
3 minutes 31 seconds

Hasrizal
Fasa Bosan - Bahaya Untuk Pelajar ADHD

๐—™๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—•๐—ผ๐˜€๐—ฎ๐—ป - ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—”๐——๐—›๐——
๐ŸŽฏ ๐—ž๐—ฒ๐˜† ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐—ฒ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜†๐˜€
๐—–๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ผ๐—ถ๐—ป๐˜๐˜€:
โ–ช๏ธMenghadiri kelas dan menyelesaikan tugasan adalah bahagian yang lebih menyeronokkan dalam pengajian sarjana saya sebagai individu ADHD.
โ–ช๏ธBahagian paling mencabar bagi saya adalah penulisan disertasi, khususnya dalam analisis data kualitatif.
โ–ช๏ธSaya menggunakan reka bentuk IPA (Interpretative Phenomenological Analysis), yang menekankan interpretasi temubual.
โ–ช๏ธProses analisis saya melibatkan temubual dengan sampel kecil dan memerlukan pendengaran transkrip secara perlahan.
โ–ช๏ธSaya tidak mengutamakan coding data, tetapi saya memerlukan pemahaman mendalam dan nota terperinci.
โ–ช๏ธSaya memerlukan disiplin untuk menyiapkan kerja dalam tempoh yang singkat, di tengah cabaran kehilangan fokus.
๐Ÿ” ๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜†
๐—–๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ๐˜‚ ๐—”๐——๐—›๐——
Sebagai individu ADHD, saya sering mengalami keseronokan dalam menghadiri kelas dan menyelesaikan tugasan kerana adanya kaedah terkini yang lebih berkesan. Namun, cabaran sebenar timbul bagi saya ketika tiba di fasa penulisan disertasi, khususnya bahagian analisis data. Ini adalah aspek yang memerlukan ketelitian dan fokus yang tinggi, yang boleh menjadi sukar bagi saya.
๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฒ๐˜€ ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ถ๐˜€ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—œ๐—ฃ๐—”
Penggunaan reka bentuk IPA (Interpretative Phenomenological Analysis) dalam kajian kualitatif adalah fokus utama saya. Reka bentuk ini menekankan interpretasi mendalam temubual dengan sampel kecil, di mana saya hanya menemubual tiga individu. Ini memerlukan saya mendengar transkrip dengan teliti dan membuat nota terperinci. Keunikan IPA berbanding reka bentuk lain ialah ia memerlukan penafsiran berterusan terhadap apa yang dikatakan oleh peserta temubual, serta refleksi terhadap pemikiran saya semasa mendengar.
๐—–๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ผ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป
Kebosanan adalah musuh utama saya sebagai individu ADHD, terutama ketika berhadapan dengan proses yang panjang dan berulang seperti mendengar semula transkrip dan mencatat nota. Ini memerlukan strategi disiplin dan fokus yang tinggi untuk saya mengatasi kebosanan. Saya tidak mengutamakan penggunaan aplikasi teknologi untuk coding data, sebaliknya saya menekankan kepada proses interpretasi dan penghasilan laporan ideografik yang berasingan bagi setiap peserta sebelum penggabungan.
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น
Masa adalah faktor kritikal bagi saya dengan hanya sebulan setengah tinggal untuk menyelesaikan penulisan disertasi. Disiplin diri dan sokongan dari rakan-rakan adalah penting dalam memastikan kejayaan saya dalam menghadapi cabaran ini. Doa dan harapan dari rakan-rakan menjadi sumber motivasi tambahan untuk saya menempuh tempoh yang mencabar ini.
#mytcdjourney๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช #qualitativeanalysis #ipa #adhddewasa #adhdmalaysia #adhdresearch

Show more...
1 month ago
3 minutes 42 seconds

Hasrizal
Rosak di Bawah Sebelum Terzahir Rosak di Atas

๐ŸŽฏ ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—”๐—ž ๐——๐—œ ๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—”๐—ž ๐——๐—œ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ
โ–ช๏ธBagaimana individu seperti Trump boleh dipilih dan apa yang terlebih awal berlaku di kalangan pengundinya?
โ–ช๏ธPenting untuk memahami perubahan terjadi di dalam masyarakat yang membawa kepada keputusan politik sedemikian rupa.
โ–ช๏ธPelajarannya, adalah untuk kita memahami pula kejadian-kejadian sekeliling kita.
โ–ช๏ธFenomena program-program tidak masuk akal seperti eHati baru-baru ini, bukan sekadar siapa kepalanya, tetapi mengapa ada khalayaknya.
โ–ช๏ธKita perlu memeriksa budaya dan sistem nilai yang menyokong program tidak masuk akal sejelas itu.
โ–ช๏ธPendidikan, menekankan islah dari bawah ke atas berbanding perubahan politik semata-mata.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #eHati

Show more...
1 month ago
1 minute 40 seconds

Hasrizal
Bencana Zaman Tahu Sikit-sikit

๐—•๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—” ๐—ญ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—œ๐—ง-๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—œ๐—ง

Tujuh orang buta berbalah tentang hakikat gajah. Bukan kerana mereka jahil, tetapi kerana masing-masing hanya tahu secara serpihan โ€” fragmented knowledge.

Jika tidak tahu, ubatnya mudah: belajar. Tetapi tahu sedikit-sedikit, lalu menganggap diri sudah tahu segalanya, itu bahaya. Ia menjadikan seseorang sombong, terhenti daripada terus menuntut ilmu. Inilah kesan Dunning-Kruger Effect.

Musa `alayhi al-salam adalah Rasul yang berilmu. Namun Allah ๏ทป tetap menegur baginda dan memerintahkannya berguru dengan seorang hamba Allah yang memiliki rushd (petunjuk yang menyuluh) โ€” ilmu yang tidak misteri, tetapi penuh rahmat dari sisi Allah (al-Kahf 18:65โ€“66).

Ilmu seperti ini menuntut rendah diri, kesungguhan, dan perjalanan panjang yang tidak mengenal noktah. Musa `alayhi al-salam beriltizam mencari ilmu walau harus menempuh tempat di mana dua lautan bertemu, lambang kepada keazaman menuntut ilmu tanpa syarat masa dan jarak.

Hari ini, ramai tahu sedikit-sedikit. Namun mendabik dada seolah-olah sudah tahu segalanya. Mereka bukan buta seperti dalam 1984 Orwell โ€” yang dihalang dari melihat kebenaran. Mereka celik, tetapi memilih tidak mahu melihat seperti dalam Brave New World Huxley โ€” kerana melihat itu menyakitkan.

Sesungguhnya, buta yang sebenar bukanlah buta mata, tetapi buta hati yang di dalam dada.

#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #pendidikaninklusif #pendidikanjalanislah #mekanismeiqra #mekanikiqra #jomkeireland ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Show more...
1 month ago
5 minutes 36 seconds

Hasrizal
Proses Membuat Pendirian Tatkala Iran Diserang

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—˜๐—ฆ ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š
Iran dan rakyat tidak terkesan dengan pendirian kita. Lainlah jika kita seorang Perdana Menteri atau Presiden. Tetapi proses kita membuat pendirian ini, adalah proses yang sama kita gunakan tatkala ada orang sekeliling kita yang dianiaya. Bagaimanakah kita tentukan sikap dan tindakan sama ada mahu menolong atau tidak andaikata orang itu berbeza agama, berbeza mazhab, atau berbeza aliran dengan kita.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif

Show more...
1 month ago
9 minutes 55 seconds

Hasrizal
Preskripsi Nabawi Semasa Ummah Dilanda Fitnah

๐ŸŽฏ ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—›๐—จ๐—ง๐—•๐—”๐—›๐Ÿ“ Newbridge Town Hall, Ireland๐Ÿ“… 20 Jun 2025Tema: Ummah sedang sakit โ€” Kembali kepada Nabi Muhammad ๏ทบ sebagai โ€œdoktorโ€ yang memberi preskripsi.๐Ÿฉบ ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ:Nabi ๏ทบ diibaratkan sebagai doktor yang memberikan preskripsi ketika umat berada dalam krisis โ€” seperti fitnah akhir zaman. Dua hadis sahih dari Sunan Abi Dawud dijadikan rujukan.๐Ÿ“œ ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—”:Apabila perjanjian diabaikan dan amanah dipermain, Nabi ๏ทบ menyarankan:โ—พ Duduk di rumahโ—พ Kawal lidahโ—พ Pegang yang makruf, tinggalkan yang mungkarโ—พ Fokus pada hal diri, bukan urusan orangโ€œุงู„ุฒู… ุจูŠุชูƒุŒ ูˆุงู…ู„ูƒ ุนู„ูŠูƒ ู„ุณุงู†ูƒโ€ฆโ€๐Ÿ“œ ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—”:Baginda ๏ทบ memberi amaran tentang zaman di mana masyarakat menjadi seperti โ€œsisa ayakanโ€:โ—พ Tiada lagi amanahโ—พ Banyak perselisihanโ—พ Pegang apa yang dikenali, tinggalkan yang mungkarโ—พ Fokus pada urusan peribadi, tinggalkan urusan umumโ€œูŠููˆุดููƒู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุฃู’ุชููŠูŽ ุฒูŽู…ูŽุงู†ูŒ ูŠูุบูŽุฑู’ุจูŽู„ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณโ€ฆโ€๐Ÿง  ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ | ๐—™๐—ข๐—ž๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—œJangan cepat mengulas, jangan jadi punca kekeliruan.โ—พ Kurangkan komen yang sia-siaโ—พ Utamakan introspeksiโ—พ Diam itu juga ibadahโ—พ Elakkan gosip dan kecaman media sosial๐Ÿงญ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก:โ–ช๏ธKedua-dua hadis adalah preskripsi Rasulullah ๏ทบ dalam menghadapi zaman penuh fitnah.โ–ช๏ธBerpada-pada dalam berkata.โ–ช๏ธBerhati-hati dalam bertindak.โ–ช๏ธBerfokus kepada pembinaan diri.๐Ÿ“– Sunan Abi Dawud, Hadis 4342Disahihkan oleh Al-Albani๐Ÿ“Œ Wallahuโ€™alam.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #pendidikanjalanislah #pendidikaninklusif #jomkeireland ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #khutbahjumaat #tarbiyyahzamanfitnah

Show more...
2 months ago
9 minutes 22 seconds

Hasrizal
Mekanisme Iqra: Politik Bodoh Bukan Bahan Ketawa

Mekanisme Iqra: Politik Bodoh Bukan Bahan Ketawa
#mekanismeiqra #mekanikiqra

Show more...
2 months ago
2 minutes 59 seconds

Hasrizal
Gejala Readicide Jadikan Membaca Kita Bukan IQRA

๐—š๐—˜๐—๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฅ๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—–๐—œ๐——๐—˜ ๐—๐—”๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—–๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ค๐—ฅ๐—”
๐ŸŽฏ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
๐—œ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด:
โ–ช๏ธWahyu pertama โ€œIQRAโ€ bukan sahaja menekankan kepentingan ilmu tetapi juga hubungan kita dengan Pencipta.
โ–ช๏ธKonsep โ€œIQRAโ€ melibatkan penghimpunan makna dan penulisan, bukan sekadar membaca teks.
โ–ช๏ธDalam pendidikan formal, membaca kadangkala boleh menjadi kontra produktif, menghilangkan minat dan tabiat membaca kita.
โ–ช๏ธAktiviti membaca di sekolah perlu difokuskan kepada menanam keseronokan dan menghargai kandungan, bukan sekadar memenuhi silibus atau persediaan peperiksaan.
โ–ช๏ธPengajaran yang terlalu menumpukan kepada analisis teks boleh menghalang kita daripada menikmati dan menghargai permata di dalam karya sastera serta pengalaman membacanya.
โ–ช๏ธKita perlu sentiasa bermuhasabah terhadap amalan membaca untuk memastikan ia sejajar dengan objektif wahyu pertama โ€œIQRAโ€.
๐Ÿ” ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป
๐—ž๐—ฒ๐—ณ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜€๐—ฒ๐—ฝ โ€œ๐—œ๐—ค๐—ฅ๐—”โ€
Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad ๏ทบ menekankan kepada perintah โ€œIQRA,โ€ yang sering dianggap sebagai seruan kepada pembelajaran dan ilmu. Namun, โ€œIQRAโ€ sebenarnya merujuk kepada lebih daripada sekadar membaca teks; ia mencakupi penghimpunan makna dan maklumat yang menghubungkan kita dengan Pencipta. Pengertian ini melangkaui debat sama ada Nabi Muhammad ๏ทบ boleh membaca atau tidak, dan menekankan pentingnya kita memahami โ€œIQRAโ€ sebagai suatu proses yang lebih luas.
๐—–๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ
Aktiviti membaca, terutama dalam konteks pendidikan formal, seringkali tidak mencapai tujuan sebenar โ€œIQRA.โ€ Ini kerana sistem pendidikan yang lebih memfokuskan kepada prestasi peperiksaan berbanding menanam tabiat membaca dan menghargai ilmu. Kelly Gallagher dalam bukunya โ€œReadicideโ€ menekankan bahawa sistem ini seringkali membunuh minat membaca, dengan aktiviti membaca menjadi sekadar tuntutan silibus tanpa memberi ruang untuk kita menikmati dan menghayati bahan bacaan.
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ
Pendidikan yang terlalu tertumpu kepada analisis teks dan persediaan peperiksaan juga menyumbang kepada hilangnya keseronokan dalam membaca. Pengajaran sastera, sama ada Melayu atau Inggeris, yang berorientasikan peperiksaan tidak memberi ruang kepada murid untuk benar-benar merasai dan menghargai karya sastera. Oleh itu, adalah penting untuk kita menyemak dari semasa ke semasa pendekatan membaca dalam pendidikan dan memastikan ia selaras dengan semangat wahyu โ€œIQRA,โ€ yang menghubungkan kita dengan makna yang lebih tinggi, mendalam dan kekal.
๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต
Adalah penting bagi kita untuk sentiasa bermuhasabah mengenai amalan membaca dalam kehidupan seharian. Membaca haruslah menjadi alat yang menghubungkan kita kepada makna dan pengetahuan yang lebih luas, sesuai dengan tuntutan โ€œIQRA.โ€ Dengan memahami tujuan sebenar di sebalik wahyu ini, kita boleh menilai sama ada amalan membaca masyarakat pada hari ini benar-benar memenuhi objektif yang diinginkan atau tidak. Ini memerlukan perbincangan berterusan dan kesedaran untuk menyesuaikan pendekatan kita agar lebih bermanfaat dan sejajar dengan tujuan Rabbani.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #iqra #readicide #muhasabah #tabiatmembaca #membaca #baca

Show more...
2 months ago
4 minutes 54 seconds

Hasrizal
Kiamat Apabila Tapak Kaki Ganti Muka

๐Ÿ“ฒ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—น๐—บ๐˜‚. ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป.Di ruang digital hari ini, komen negatif lebih cepat menjadi tular. Kandungan yang ringan, remeh, atau memecah belah lebih mudah mendapat perhatian berbanding ilmu yang benar dan bermanfaat.Topik yang membina tenggelam. Yang merosak, diangkat.Rasulullah ๏ทบ telah memperingatkan keadaan ini sebagai salah satu ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ-๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐˜‡๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป:ู„ูŽุง ุชูŽู‚ููˆู…ู ุงู„ุณู‘ูŽุงุนูŽุฉู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุธู’ู‡ูŽุฑูŽ ุงู„ู’ููุญู’ุดู ูˆูŽุงู„ู’ุจูุฎู’ู„ูุŒ ูˆูŽูŠูุฎูŽูˆู‘ูŽู†ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽู…ููŠู†ูุŒ ูˆูŽูŠูุคู’ุชูŽู…ูŽู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุงุฆูู†ูุŒ ูˆูŽูŠูŽู‡ู’ู„ููƒูŽ ุงู„ู’ูˆูุนููˆู„ูุŒ ูˆูŽูŠูŽุธู’ู‡ูŽุฑูŽ ุงู„ุชู‘ูุญููˆุชูTidak akan berlaku kiamat sehingga tersebarnya kekejian dan kebakhilan:โ—พ orang amanah dianggap khianat,โ—พ pengkhianat diberi kepercayaan,โ—พ orang-orang mulia binasa,โ—พ dan orang-orang hina tampil ke depan.โ€(๐—ฅ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐—ฎ๐—น-แนฌ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟฤ๐—ปฤซ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—”แธฅ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ)Inilah zaman ketika ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฟ๐˜‚๐—ณ dan ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ bertukar tempat.Yang benar disenyapkan. Yang batil dimuliakan.๐ŸŒ Generasi muda hari ini membesar dalam dunia yang menghidangkan kandungan tanpa sempadan. Jika kita tidak peka, ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป.๐Ÿ’ญ Pernahkah anda rasa... kebenaran makin asing, dan suara ilmu makin tenggelam?#HadithNabi #AkhirZaman #DigitalFitnah #MakrufDanMungkar #TarbiahDigital #MediaBijak #Reminders #IlmuBermanfaat #TazkirahMaya #UstazHasrizal #RefleksiZaman #TandaAkhirZaman #fypislamik #islamicreel

Show more...
2 months ago
2 minutes 57 seconds

Hasrizal
Pembentuk Akal Fikiran Pemandu Bas dan Kita Semua

๐ŸŽฏ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—™๐—œ๐—ž๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐——๐—จ ๐—•๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—”
๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€:
โ–ช๏ธPendidikan menyeluruh harus diterapkan untuk mengintegrasikan pelajar dari pelbagai latar belakang dalam satu sistem yang inklusif.
โ–ช๏ธSistem pendidikan perlu memupuk pemikiran kritis dan keupayaan pembelajaran sepanjang hayat bagi mengurangkan risiko kerosakan sosial.
โ–ช๏ธJurang pendidikan antara pekerjaan profesional dan pekerjaan biasa perlu diatasi dengan pengalaman persekolahan yang seragam.
โ–ช๏ธSistem pendidikan harus dirancang untuk menghasilkan individu yang bijak berfikir tentang kehidupan, bukan sekadar menilai pencapaian akademik.
โ–ช๏ธPendidikan menyeluruh dapat mengurangkan perbezaan kualiti pemikiran antara individu dengan kerjaya berbeza, mempromosikan masyarakat yang harmoni.
๐Ÿ” ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก
โ–ช๏ธ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ธ๐—น๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ณ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ
Perbincangan utama dalam videi ini menekankan pentingnya pendidikan menyeluruh yang menyatukan pelajar dari pelbagai latar belakang sosial, ekonomi, dan keupayaan dalam satu sistem pendidikan. Meninjau sistem pendidikan di Finland, pelajar diajar bersama tanpa diskriminasi latar belakang, pelbagai manfaat jangka panjang dapat diperoleh. Ini termasuk pembentukan masyarakat yang harmoni, apabila interaksi pelajar dari pelbagai latar belakang dapat memupuk pemahaman dan kerjasama yang lebih baik di kalangan mereka.
โ–ช๏ธ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—”๐—น๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น
Selain itu, video ini juga membincangkan bagaimana pendidikan dapat mengurangkan jurang sosial antara individu dengan kerjaya berbeza. Misalnya, dengan pengalaman persekolahan yang sama, seorang jurutera dan pemandu bas boleh mempunyai kualiti pemikiran yang tidak jauh berbeza, terutamanya dalam berfikir tentang kehidupan. Sistem pendidikan harus memastikan bahawa semua individu mampu mencapai potensi mereka dan bukan hanya menilai pencapaian akademik semata-mata.
โ–ช๏ธ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜
Sistem pendidikan yang baik harus mampu memupuk pemikiran kritis dan kebolehan pembelajaran sepanjang hayat. Ini bukan sahaja mengurangkan risiko masyarakat menjadi perosak, tetapi juga memastikan setiap individu, tidak kira pekerjaan mereka, boleh menyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan masyarakat. Pengalaman pendidikan yang inklusif dan holistik ini adalah penting untuk membentuk individu yang seimbang dan masyarakat yang lebih aman dan sejahtera.
โ–ช๏ธ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—น๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ
Refleksi mengenai keadaan pendidikan dan impaknya perlu dilakukan secara sistemik. Ini bukan tentang menyalahkan pihak tertentu tetapi lebih kepada memahami dan membina sistem pendidikan yang lebih baik. Penekanan perlu diberikan kepada pendidikan yang mampu menjayakan manusia sebagai KHALIFAH di muka bumi, dengan keupayaan untuk belajar dan berfikir secara berterusan.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana

Show more...
2 months ago
11 minutes 46 seconds

Hasrizal
My Reflection on Irish Leaving Certificate Exam: Pressure, Hope, and Strive

๐ŸŽ“ TODAY: First day of the Leaving Cert in Ireland โ€” the exam that marks the end of school and the start of university dreams.Today, Imad sits for English Paper 1, a subject he finds challenging. And rightly so. Language takes time, and there are no shortcuts โ€” something Iโ€™ve reminded my children right from their early schooling years.As a parent, Iโ€™ve seen how tough this exam is. Our two eldest went through it in 2023. Many Irish friends recall those years with stress, not joy. The pressure is real โ€” six or more subjects, all for points to enter university.It often feels less about learning and more about mastering the โ€˜points gameโ€™. Medicine at Trinity? 700+ points. Psychology elsewhere? Maybe 400โ€“500. The focus understandably shifts from deep learning to survival strategy.To Imad and every student out there โ€” take care of your mind, health, and heart. Exams matter, but you matter more.#LeavingCert2025 #ParentPerspective #IrishEducation #ExamsAndWellbeing #ADHDParenting #EducationWithHeart #pendidikanjalanislah

Show more...
2 months ago
3 minutes 47 seconds

Hasrizal
PODCAST.HASRIZAL.COM ๐Ÿ“Œ Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal