Siaran langsung pada minggu ini merupakan yang terakhir untuk Borak Santai LIVE musim pertama ini. Perkongsian dan perbincangan pada kali ini akan mengupas mengenai peristiwa dan pengalaman yang dilalui sepanjang tahun 2021, serta mengimbas kembali sesi bersama tetamu jemputan Borak Santai LIVE dari awal sehingga kali ini. Dalam sesi ini juga akan berborak santai mengenai azam dan sasaran kehidupan untuk tahun 2022, bersempena dengan tahun baru 2022.
Siaran langsung pada minggu ini bertemakan segmen ISU SEMASA - perkongsian dan perbincangan mengenai kegiatan buli yang semakin berleluasa pada akhir-akhir ini. Bersama tetamu jemputan Nurul Aina Jamaluddin dalam sesi minggu ini.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen TEKNOLOGI - perkongsian dan perbincangan mengenai perkembangan dunia NFT dalam industri dan teknologi. Bersama tetamu jemputan Faris Danish dalam sesi siaran langsung kali ini.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen TEKNOLOGI - perkongsian dan perbincangan mengenai pengalaman menjadi juruvideo sambilan serta tips videografi untuk pemula. Bersama tetamu jemputan Nazmi Ramli dalam sesi minggu ini.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen TEKNOLOGI - perkongsian dan perbincangan mengenai hal ehwal keselamatan dalam pelbagai aspek ketika menggunakan komputer.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen TEKNOLOGI - perkongsian dan perbincangan mengenai scam yang berlaku pada masa ini dalam dunia teknologi.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen TEKNOLOGI - perkongsian dan perbincangan mengenai nasihat dan tips untuk membeli komputer Apple Mac bagi tahun 2021/2022.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen ISU SEMASA - perkongsian dan perbincangan mengenai isu diskriminasi wanita dalam kalangan masyarakat pada masa ini. Bersama tetamu jemputan Syaqinah Suhaili dan Nurul Aina Jamaluddin dalam sesi siaran langsung kali ini.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen KEHIDUPAN - perkongsian dan perbincangan mengenai panduan untuk melancong ke Jerman mengikut pengalaman sebenar. Bersama tetamu jemputan Luqman Hakim dan Nursabrina Sahrani dalam sesi siaran langsung kali ini.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen KEHIDUPAN - perkongsian pendapat dan perbincangan santai mengenai nasihat serta tips dalam penjagaan kulit dan kecantikan untuk pemula (beginner). Bersama tetamu jemputan Syuhada Suhaili dalam sesi siaran langsung kali ini.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen ISU SEMASA - perkongsian pendapat dan perbincangan santai mengenai gelembung pelancongan (travel bubble) yang diperkenalkan dan diimplementasikan oleh kerajaan. Bersama Athirah Aktar dalam sesi siaran langsung pada kali ini.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen TEKNOLOGI - perkongsian pendapat dan perbincangan santai mengenai ulasan dan pandangan pertama mengenai Apple September Event yang telah berlangsung pada 14 September 2021, 10.00am PDT (15 September 2021, 1.00am MYT).
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen TEKNOLOGI - perkongsian pendapat dan perbincangan santai mengenai keperluan pelajar untuk memiliki tablet sebagai alat bantuan pelajaran, serta mengenai apa yang akan dijangka pada Apple September Event yang akan berlangsung pada 14 September 2021, 10.00am PDT (15 September 2021, 1.00am MYT).
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen KEHIDUPAN - perkongsian dan perbincangan santai mengenai apa yang menarik di negara Russia. Bersama tetamu jemputan Lukman Hakim dalam sesi kali ini.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen ISU SEMASA - perkongsian dan perbincangan santai mengenai kemerdekaan, semangat patriotik dan isu semasa yang berkaitan dengan kemerdekaan sempena bulan kebangsaan negara berlangsung. Bersama tetamu jemputan Nurfa dalam sesi kali ini.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen KEHIDUPAN - perkongsian dan perbincangan santai mengenai keyakinan diri, tips dan nasihat serta isu yang berkaitan dengan keyakinan diri. Bersama tetamu jemputan Faiq Haikal dalam sesi kali ini.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen MOTIVASI - bincang, borak santai dan berkongsi pengalaman Farah Najihah melanjutkan pelajaran tahap ijazah dalam bidang perubatan. Sesi kali ini juga dapat merungkai segala penjelasan yang akan menjawab persoalan anda mengenai bidang perubatan ini.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen kehidupan - mengenai tajuk MATI, iaitu lawan kepada kata adjektif hidup dan ianya bermaksud sesuatu yang tidak hidup atau tidak bernyawa. Dalam siaran langsung kali ini akan dikupas mengenai kematian, punca-punca atau asbab berlakunya kematian, nasihat, iktibar dan hal-hal lain yang berkaitan.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen isu semasa - mengenai vaksinasi yang giat diperkasakan kepada rakyat bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19 yang semakin meruncing di negara kita, dengan hadirnya pelbagai varian yang cukup berbahaya dan berisiko.
Siaran langsung pada kali ini bertemakan segmen teknologi - berkongsi dan berborak santai mengenai etika dalam penggunaan teknologi pada masa ini. Isu-isu semasa juga akan dikupas sedikit serta mengulas pengajaran dan moral daripada isu-isu sedemikian. Bersama tetamu jemputan Soya Danial dalam sesi kali ini.