Home
Categories
EXPLORE
Society & Culture
Music
Education
True Crime
Comedy
Health & Fitness
Kids & Family
About Us
Contact Us
Copyright
© 2024 PodJoint
00:00 / 00:00
Sign in

or

Don't have an account?
Sign up
Forgot password
https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Podcasts122/v4/9c/3d/0a/9c3d0af9-e2a1-54ae-4c39-33d2bfe50e6b/mza_14783216473288464309.jpg/600x600bb.jpg
Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
SYOK Podcast
91 episodes
4 days ago
Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza. Tiada kompromi dalam pandangan mereka , hanya yang benar dan berfakta. Setiap hari Khamis , 9 malam di Saluran Arena 802
Show more...
Sports
RSS
All content for Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] is the property of SYOK Podcast and is served directly from their servers with no modification, redirects, or rehosting. The podcast is not affiliated with or endorsed by Podjoint in any way.
Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza. Tiada kompromi dalam pandangan mereka , hanya yang benar dan berfakta. Setiap hari Khamis , 9 malam di Saluran Arena 802
Show more...
Sports
Episodes (20/91)
Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Malaysia B16 di belasah 11-0, Messi kembali ke Nou Camp? | Bola itu Life
Pasukan Malaysia Bawah 16 tahun (B-16) mengalami kekalahan besar 0-11 kepada pasukan remaja Croatia dalam siri jelajah perlawanan persahabatan antarabangsa. Lagenda Barcelona, Lionel Messi membuat lawatan mengejut ke Nou Camp menjelang pembukaannya semula hujung bulan ini selepas kerja pengubahsuaian, dan berharap dapat kembali untuk mengucapkan selamat tinggal kepada para penyokong yang tidak sempat beliau lakukan ketika meninggalkan Barcelona pada 2021, Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Show more...
4 days ago
57 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Gelora di Wisma FAM: Isu kerakyatan, dokumentasi terus jadi tanda tanya!
Dari Qatar ke Iskandar Putri, dari Wisma FAM ke pentas Eropah — dunia bola sepak terus berputar dengan kisah yang tak pernah sunyi. Kita mulakan dengan FIFA B-17 Dunia, pentas baharu untuk 48 pasukan muda di Qatar, tempat lahirnya generasi masa depan bola sepak. Kemudian ke tanah air, FAM masih dibelenggu persoalan, selepas hukuman FIFA mengejutkan ramai. Dokumen palsu, maruah negara dan kepercayaan penyokong semuanya masih menunggu penjelasan yang jujur. Di Eropah, UCL Roundup membara dengan malam-malam penuh gol dan dendam lama — dari Bayern ke Madrid, gergasi Eropah kembali menunjukkan kuku. Akhirnya, dari selatan tanah air, JDT menundukkan Shanghai 3-1, satu lagi bukti bahawa Harimau Selatan bukan sekadar peserta, tapi pesaing sejati di pentas Asia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Show more...
1 week ago
56 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
MANCHESTER UNITED IS BACK!!! | Bola itu Life
Di Anfield, tekanan makin menjerut Arne Slot selepas Liverpool tewas enam daripada tujuh perlawanan adakah era baharu ini sudah mula retak? Sementara itu di Old Trafford, Manchester United mula hidup semula dengan tiga kemenangan berturut-turut, menandakan kebangkitan sebenar di bawah Amorim. Dari Sepanyol, El Clásico membara apabila Mbappé dan Bellingham membakar Nou Camp dan di Asia Tenggara, kisah dua dunia tercipta: di puncak ada Persib, di lembah ada Selangor — satu terus terbang tinggi, satu lagi masih mencari arah. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Show more...
2 weeks ago
58 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Sidang Media FAM: Lebih banyak soalan dari jawapan! | Bola itu Life
Episod kali ini menyelami pelbagai sisi dunia bola dan kehidupan — dari makna Deepavali dalam dunia moden, ke persoalan legasi Mo Salah di hujung empayarnya. Kita juga sentuh sidang media FAM yang penuh tanda tanya, dan akhirnya, pertembungan dua dunia — Catalonia dan Madrid — lebih dari sekadar 90 minit di padang. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Show more...
3 weeks ago
58 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Kad Laporan Harimau Malaya: Jendela Antarabangsa terbaik kita? | Bola itu Life
Kita mulakan dengan keajaiban Cape Verde, negara pulau kecil di Atlantik yang akhirnya menempah tiket bersejarah ke Piala Dunia. Dari populasi hanya setengah juta, kini mereka antara pasukan elit dunia. Kemudian, kita bentangkan Kad Laporan Malaysia & serta ASEAN. Akhir sekali, kita kembali ke padang hijau dengan satu perlawanan penuh sejarah: Jepun menumbangkan Brazil buat kali pertama, satu kemenangan simbolik yang menggoncang dunia bola sepak dan menandakan kebangkitan Asia di persada antarabangsa. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Show more...
1 month ago
1 hour 2 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Merungkai skandal bola sepak Malaysia! | Bola itu Life
Episod kali ini sarat dengan sorotan panas bola sepak negara & luar negara! – Jaringan cantik Erling Haaland untuk City mendapat 1 mata, Aksi luar biasa Reece James di Stamford Bridge dengan kemenangan ke ata Gergasi Besar, The Reds di saingan EP, Ikuti juga rungkaian Faiz & Keesh dalam dakwaan FIFA keatas FAM & Implikasi dari Skandal Bola Sepak Malaysia, serta Harapan tunggal Asia Tenggara! Sang Garuda dalam saingan Kelayakan Piala Dunia, semuanya disajikan pada episode harini Bola itu Life!
Show more...
1 month ago
58 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Jose Kembali ke Stamford Bridge, Air Mata di Barcelona & Tekanan di Selangor! | Bola itu Life
Reunion penuh emosi buat Jose Mourinho di Stamford Bridge — tapi bukan itu sahaja yang jadi bualan minggu ini! Dari tangisan di Barcelona selepas detik indah Sergio Busquets, ke keputusan seri JDT dan kejatuhan Selangor di tangan Singa. Di bumi Naples pula, Hojlund terus menyinar sementara Harry Kane pecah rekod baharu! Semua detik luar biasa ini dibedah habis-habisan bersama Keesh dan Faiz — hanya di Bola Itu Life!
Show more...
1 month ago
46 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Ballon d’Or Ousmane Dembélé: Kemenangan Insani di Tengah Pentas Toksik Bola Sepak! | Bola itu Life
Episod kali ini sarat dengan sorotan panas bola sepak – pengumuman Skuad Garuda 2025 yang penuh kejutan, pertembungan epik EPL antara Arsenal–Man City dan Man United–Chelsea, prestasi Selangor yang semakin merudum hingga cetus resah penyokong, serta detik bersejarah apabila Ousmane Dembélé dinobat pemenang Ballon d’Or 2025, mengangkat namanya sebagai raja bola sepak dunia.
Show more...
1 month ago
59 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Mourinho kembali ke UCL, Van Dijk selamatkan The Reds, JDT perlu bangkit di saingan ACL, Football is back! | Bola itu Life
Minggu ini, Bola itu Life mengupas beberapa cerita menarik dunia bola sepak terus dari Jose Mourinho kembali ke Benfica selepas 25 tahun, Reviu UCL fokusnya kepada kemenangan Liverpool ke atas Atletico Madrid, Xisco Munoz perlukan masa untuk tingkatkan prestasi di saingan ACL Elite.
Show more...
2 months ago
1 hour 1 minute

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Kad Laporan Harimau Malaya ft. Peter Cklamovski | Bola itu Life
Minggu ini, Bola itu Life mengupas beberapa cerita menarik dunia bola sepak terus dari jurulatih skuad kebangsaan Peter Cklamovski. Kupasan mendalam dari Keesh & Faiz mengenai Arif Aiman, formasi taktikal yang diguna pakai dan pemilihan pemain untuk jendela antarabangsa menentang Singapura dan Palestin.
Show more...
2 months ago
1 hour 2 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Jack Grealish Hidup Semula di Goodison! Transfer Paling Pelik 25/26 | Bola itu Life
Dalam episod kali ini, Bola Itu Life membongkar beberapa cerita menarik dunia bola sepak. Dari perpindahan pelik musim 2025/2026 termasuk kisah Jack Grealish yang ‘revive’ di Goodison Park, sehinggalah ke solidariti luar biasa Sang Garuda yang menanti sorakan padu di GBK. Kami juga mengimbas era bola sepak Malaysia di awal 2010 yang mencetuskan gelombang transformasi baru. Semuanya dibincangkan dengan gaya santai tetapi penuh fakta, hanya di Bola Itu Life.
Show more...
2 months ago
58 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Atmosphere dari Paroi, buat Keesh dan Faiz meremang! | Bola itu Life
Kami bawakan perbincangan hangat yang merangkumi isu bola tempatan hingga ke pentas antarabangsa. Adakah Negeri Sembilan FC sudah cukup padu untuk melangkah ke pentas Asia musim depan? Kami juga menyentuh mengenai Hugo Ekitike yang tampak begitu mudah menyesuaikan diri, seolah-olah membuatkan Liverpool kini benar-benar “siap” untuk mengharungi musim mencabar. Tidak ketinggalan, kami bedah prestasi Ibrahima Konaté yang dilihat berbeza daripada versi yang pernah kita kenal, sekaligus menimbulkan persoalan tentang tahap sebenar permainan beliau. Dan akhirnya, persoalan besar mengenai Marcus Rashford – adakah bintang England ini bersedia mengambil risiko untuk menyertai Barcelona, atau lebih selesa kekal di tempat sendiri? Semua kupasan menarik ini, eksklusif hanya di Bola Itu Life.
Show more...
2 months ago
1 hour 2 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
United v Arsenal: Game Management Arsenal kecewakan United! | Bola itu Life| Bola itu Life
Disebalik kemenangan penuh 'kontroversi' Arsenal keatas Manchester United, Keesh dan Faiz ada sesuatu lebih 'dalam' ingin mereka bahaskan!
Show more...
2 months ago
59 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Previu: The Big 4, dan senjata baharu mereka! | Bola itu Life
Episod pertama Bola itu Life musim ke-5, gandingan Keesh dan Faiz previu setiap satu dari The Big 6, dengan kupasan menarik muka-muka baharu yang mereka datangkan!
Show more...
3 months ago
1 hour

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Kad Laporan: Harimau Malaya Mengaum, Garuda Tumpas, Singa terjaga dari tidur!
Harimau Malaya mengaum garang dengan kemenangan ke atas Vietnam, memberi isyarat jelas bahawa permulaan baharu di bawah pengaruh TMJ sedang mengambil bentuk. Dalam masa yang sama, Indonesia terkulai dengan kekalahan besar 6-0 yang mencetuskan pelbagai persoalan, manakala Singapura pula menunjukkan tanda kebangkitan dengan kemenangan ke atas Bangladesh. Kad Laporan minggu ini membedah tiga cerita berbeza dari rantau yang sama – siapa sedang naik, siapa masih mencari arah?
Show more...
5 months ago
1 hour 12 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Beckham Putra permata Bandung, Malam gemilang PSG, sudahkah Malaysia bersedia menentang Vietnam? | Bola itu Life
Kegemaran Persib Bandung Beckham Putra akhirnya Timnas Senior, PSG lakar sejarah gemilang di Munich bersama ubi muda dan kebijaksanaan Luis Enrique, 'Revamp' Inter Milan tanpa Simone Inzaghi dan paling PENTING: Sudahkah Malaysia bersedia berhadapan dengan Vietnam dengan dua edisi perlawanan dengan Cape Verde? Satu yang pasti, ayuh turun Stadium, penuhkan gelora 80,000 peminat berhadapan Vietnam demi Harimau Malaya.
Show more...
5 months ago
57 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
ASEAN All Stars Malukan United, McTominay MVP Serie A, Chelsea Lengkap Trofi UEFA! | Bola itu Life
Manchester United kalah dengan ASEAN All-Stars, piala percuma pun tak lepas. Chelsea yang kena bahan sebab main Conference League, sekarang ada semua trofi UEFA. McTominay? Dulu pemain simpanan, sekarang MVP Serie A. Dan bila Persib main, satu Bandung rasa!
Show more...
5 months ago
52 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Ange Angkat Spurs, United Kecundang, Cools cari cahaya di Jepun! | Bola itu Life
Dari Bilbao ke Osaka, minggu ini penuh drama dan destinasi baru dalam dunia bola sepak! Tottenham Hotspur akhirnya menamatkan kemarau trofi selama 17 tahun di bawah sentuhan magis Ange Postecoglou, menewaskan Manchester United dalam final Liga Europa, satu malam bersejarah yang menukar gelaran “Spursy” jadi “Legendary”. Sementara itu, Dion Cools selangkah lagi meninggalkan Thailand untuk menyertai Cerezo Osaka dalam J1 League, dan berpeluang untuk bergabung semula dengan jurulatih yang pernah membentuknya, Arthur Papas.
Show more...
5 months ago
56 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
El Clásico, Scudetto, Coppa: Minggu Penuh Gila! | Bola itu Life
Dalam episod kali ini, kita sembang tentang dunia bola sepak yang penuh dengan cerita gila — daripada detik perpisahan, sampai ke harapan baru yang tengah menyala. Barcelona dan Real Madrid baru saja bagi kita El Clásico yang memang luar biasa; lima gol, hatrik Mbappé, dan kebangkitan Barcelona yang buat satu dunia terpaku. Di Itali pula, Bologna akhirnya tutup buku penantian 51 tahun — menang Coppa Italia, dan ukir nama semula dalam sejarah bola. Manchester City pun tak duduk diam. Dengan Kevin De Bruyne bakal tinggalkan padang Etihad, City mula susun pelan besar untuk rebuild, cari pemain yang boleh jadi nadi baru pasukan. Sementara itu di Bernabéu, satu era berakhir bila Carlo Ancelotti sah akan ke Brazil — dan legenda lama, Xabi Alonso, dijangka kembali untuk ambil tempat, hidupkan semula DNA sebenar Madrid. Dan kalau nak lagi drama, Serie A sekarang masuk fasa paling gila — perebutan Scudetto sampai ke garisan penamat, dengan setiap perlawanan rasa macam final. Dalam bola sepak, macam dalam hidup, kadang-kadang nak sampai ke puncak, kena lalui jalan paling sukar. Tapi di hujungnya, yang sabar, akan rasa manisnya.
Show more...
6 months ago
54 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Arsenal terus kempunan, Inter & Barca sajikan aksi bola sepak terbaik! | Bola itu Life
Inter Milan dan Barcelona buktikan mereka masih kuasa besar bola sepak Eropah – aksi ‘level luar biasa’ yang buat kita tak senang duduk! Tapi sayangnya, Arsenal terus kemarau – kali ini Paris bukan kota cinta, tapi kota kecewa. Kami kupas segalanya dari taktikal ke drama, dan kenapa minggu ini penuh moment yang tak boleh miss!
Show more...
6 months ago
56 minutes

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza. Tiada kompromi dalam pandangan mereka , hanya yang benar dan berfakta. Setiap hari Khamis , 9 malam di Saluran Arena 802