Episod ke-8 Studio Ihya bakal membahaskan isu seputar institusi Mufti dan pemfatwaan bersama tetamu jemputan Ustaz Fauwaz Fadzil (AJK Majlis Perundangan Syarak Wilayah Persekutuan) dan diacarakan oleh Ustaz Arsyad. Rakaman Episod ini disiarkan di Facebook, Youtube, Tiktok dan Spotify rasmi Asatizah Selangor. Podcast Studio Ihya dibawakan oleh Asatizah Selangor.
7 Oktober, tarikh yang menjadi titik baharu dalam sejarah dunia apabila realiti sebenar bumi Aqsa yang selama ini dilabrak dengan alasan keselamatan sebuah negara haram, mula tersingkap di mata di dunia. Negara haram yang selama ini berselindung di sebalik sejarah pedih genosida kaum mereka berterusan memainkan watak mangsa—atas nama beberapa orang tebusan, mereka telah mensia-siakan puluhan ribu nyawa manusia yang tidak berdosa. Lebih sayu lagi, umat Islam sehingga hari ini kelihatan tidak berdaya bangkit melawan kezaliman yang nyata ini. Negara-negara yang mengaku mereka sebagai pemuka umat Islam juga masih berpeluk tubuh, bahkan mendanai pula penubuhan negara haram ini. Malam ini, bersama kami di Studio Ihya, kita merenung masa hadapan bumi Aqsa ini—apakah ada sinar di hujung terowong gelap, atau takdir warga Aqsa sememangnya sudah tersimpul mati? Siaran langsung di Facebook, Youtube dan Tiktok ANAS.
Mutakhir ini, penipuan atau scam yang bertopengkan niat kebajikan semakin rancak dijalankan. Tidak dinafikan, sindiket penipuan ini sudah wujud sejak zaman nenek moyang kita—bahkan Allah SWT sendiri menempelak golongan ini dalam surah al-Mutaffifin. Lebih parah lagi, hari ini terdapat pihak dan figura tertentu yang menggunakan perwatakan murni agama untuk menipu dengan lebih sofistikated.
Jenayah Kopiah Putih, itu yang akan dibincangkan oleh Ustaz Anas Ainan bersama tetamu jemputan kali ini, Ustaz Arham Merican, Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.#StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #Podcast
Alhamdulillah, selamat tahun baharu hijri! Sempena bulan Muharram ini, Studio Ihya menampilkan Ustaz Syaari Ab Rahman dan Ustaz Anas Ainan bagi membincangkan mengenai "Naratif Quran Perihal Hijrah".
Dibawakan oleh Asatizah Selangor (ANAS). #StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #Quran #Hijrah #Islam
Saban tahun, kita tidak pernah gagal daripada disajikan dengan perbalahan dalam kalangan masyarakat awam dan asatizah seputar isu hadis daif. Seperti satu kemelut yang tiada jawapan—sedangkan ada—ia membarah dan membunuh keharmonian masyarakat Islam secara perlahan-lahan.
Dalam episod keempat, Studio Ihya membawakan Ustaz Wan Ji Wan Hussin bersama Ustaz Anas Ainan bagi membincangkan isu hangat ini. Semoga di penghujung tahun 1445 ini, kita menemui hikmah dan manfaat daripadanya. Dibawakan oleh Asatizah Selangor (ANAS). #StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #HadisDaif #Islam
Dalam episod ketiga, Studio Ihya membawakan Ustaz Azlan Shah Nabees Khan bersama Ustaz Anas Ainan bagi membincangkan mengenai salah seorang nabi yang membawa sosok bapa pengasas atau 'the founding father' dalam agama kita, iaitu Nabi Ibrahim A.S.
Topik istimewa ini turut membawa kita menelusuri makna dan hikmah pensyariatan ibadah korban dan hari raya Aidiladha. Dibawakan oleh Asatizah Selangor (ANAS).
#StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #Korban #Nabi #Ibrahim
Ramadan kian menghampiri penghujungnya, sudahkah anda menunaikan zakat fitrah? Jangan tersilap, zakat fitrah hanya boleh dibayar sepanjang bulan Ramadhan. Jom bersama Ustaz Furqan Abdullah dan Ustaz Farhan Hanapiah bersembang mengenai zakat fitrah dalam episod kedua Studio Ihya. #StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #Zakat #ZakatFitrah
Sertai Ustaz Khubaib Asmadi dan Ustaz Anas Ainan dalam episod pertama Studio Ihya menelusuri sejarah Badar Kubra.
Dibawakan oleh Asatizah Selangor (ANAS).
#StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS
Ikuti webinar ANAS siri 9 yang akan mengupas topik "Vaksin Covid-19: Teori Konspirasi vs Maslahah". Topik ini akan dikupaskan oleh Dr Musa Nordin, seorang ahli perubatan yang konsisten mendidik masyarakat berkenaan dengan kepentingan pengambilan vaksin.