Home
Categories
EXPLORE
True Crime
Comedy
Business
Society & Culture
Health & Fitness
Sports
Technology
About Us
Contact Us
Copyright
© 2024 PodJoint
00:00 / 00:00
Podjoint Logo
US
Sign in

or

Don't have an account?
Sign up
Forgot password
https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Podcasts221/v4/98/1e/ff/981eff98-51ab-2109-e166-ba5edc5f4377/mza_11159781191347299334.jpeg/600x600bb.jpg
Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
SYOK Podcast
36 episodes
5 days ago
Serious Lah? menampilkan Haidar Hasanudin, Alya Haslin, dan Azmi membincangkan pelbagai isu semasa. Setiap episod menyajikan perspektif berbeza mengenai topik seperti hal sosial dan peristiwa global, dengan perdebatan yang menarik serta perbualan yang penuh makna. Podcast ini memberikan pandangan segar terhadap isu-isu relevan dalam dunia nyata. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632
Show more...
Society & Culture
RSS
All content for Serious Lah? - SYOK Podcast [BM] is the property of SYOK Podcast and is served directly from their servers with no modification, redirects, or rehosting. The podcast is not affiliated with or endorsed by Podjoint in any way.
Serious Lah? menampilkan Haidar Hasanudin, Alya Haslin, dan Azmi membincangkan pelbagai isu semasa. Setiap episod menyajikan perspektif berbeza mengenai topik seperti hal sosial dan peristiwa global, dengan perdebatan yang menarik serta perbualan yang penuh makna. Podcast ini memberikan pandangan segar terhadap isu-isu relevan dalam dunia nyata. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632
Show more...
Society & Culture
Episodes (20/36)
Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Seriouslah Lelaki Botak Tengah Boleh Jadi Lagi Handsome Dari Yang Berambut? | Serious Lah EP36
Dalam episod Serious Lah? kali ini, Dr. Wan Rujhan, seorang pakar rambut, berkongsi pandangan dan penjelasan tentang fenomena rambut lelaki yang cepat botak di usia muda. Dr. Wan membincangkan punca sebenar keguguran rambut dalam kalangan lelaki, dari faktor genetik hingga gaya hidup, serta membetulkan mitos yang sering disalah anggap masyarakat. Adakah botak awal disebabkan stres, keturunan, atau produk penjagaan rambut yang salah? Jawapannya dibongkarkan dalam episod ini. Jika anda berminat untuk menaja podcast ini atau mahu berkolaborasi, sila hantarkan emel ke hello@syok.my atau WhatsApp ke 012-2494632. #SYOK #SeriousLah #DrWanRujhan #RambutLelaki #BotakAwal #KesihatanRambut #MitosRambut #CeritaSebenar Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Show more...
5 days ago
45 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Seriouslah RM1000 Tak Cukup Untuk Pelajar Zaman Sekarang? | Serious Lah EP35
Dalam episod Serious Lah? kali ini, Syed Ammar, seorang pelajar universiti, berkongsi pandangannya tentang Belanjawan 2026 yang memperkenalkan insentif RM1000 untuk pelajar. Syed Ammar membuka cerita tentang realiti sebenar kehidupan pelajar masa kini, cabaran kos sara hidup, dan persoalan besar, insentif RM1000 ini cukup ke untuk tampung keperluan mereka? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Show more...
1 week ago
32 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Seriouslah Hidup Wartawan Hiburan Lagi Panas Dari Gosip Artis? | Serious Lah EP34
Dalam episod Serious Lah? kali ini, Sudyr Tahir, bekas wartawan hiburan dan juga hos berpengalaman, berkongsi perjalanan kerjayanya dari zaman pelajar komunikasi hingga menjadi antara suara yang dipercayai dalam dunia media. Sudyr membuka cerita tentang cabaran, pembelajaran, dan realiti sebenar di sebalik kehidupan seorang wartawan di mana setiap berita bukan sekadar laporan, tetapi satu tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Show more...
2 weeks ago
55 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Pasangan Zaman Moden Pentingkan Kerjaya Dulu, Anak Nanti-Nanti? | Serious Lah EP33
Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama Hadamira, seorang ibu kepada seorang anak perempuan. Episod ini mengupas fenomena “dual income, no kids” yang kini menjadi trend dalam kalangan pasangan moden. Adakah keputusan untuk tidak mempunyai anak hanya disebabkan oleh trauma masa lalu atau tekanan ekonomi, atau sebenarnya mencerminkan perubahan nilai dan keutamaan generasi masa kini? Hadamira berkongsi pandangan dan pengalaman peribadinya.
Show more...
3 weeks ago
44 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Lelaki Buat Hal, Perempuan Setia? Siapa Pujuk Dulu? | Serious Lah EP32
Episod kali ini, Serious Lah borak santai dari seat belakang kereta Perodua Aruz pasal topik hangat iaitu siapa sebenarnya lagi banyak effort dalam relationship, lelaki atau perempuan? Dari isu ego, setia sampai bab kewangan lepas kahwin, masing-masing share pengalaman dan pandangan sendiri. Ada yang kata lelaki selalu buat hal, ada juga yang rasa semua bergantung pada individu. Tapi bila masuk bab gaduh, siapa patut pujuk dulu? Jom dengar sampai habis sebab jawapan dorang memang tak disangka! Podcast ini dibawakan oleh Perodua.
Show more...
1 month ago
55 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Nanas Boleh Buat Untung Banyak Sampai Macam Ni?! | Serious Lah EP31
Nanas bukan setakat boleh makan, tapi sisa dari daunnya pun boleh jana pendapatan lumayan! Jom dengar perkongsian eksklusif daripada tetamu istimewa kami dari Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, akan kupas tuntas potensi sebenar industri nanas di negara kita dan macam mana nak ceburi bidang ni untuk buat side income! Jangan lepaskan peluang untuk tahu lebih lanjut!
Show more...
1 month ago
1 hour 25 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Zaman Dah Maju Bro, AI Boleh Auto-Tune Suara, Sekelip Mata Popular dan Kaya? | Serious Lah EP30
Dalam episod terbaru kali ini kita bawakan Magendran Raman, penyampai radio RAAGA yang cukup legend, nak cakap pasal masa depan Malaysia dengan teknologi yang makin menggila. Magendran juga share perjalanan epik beliau dari seorang engineer ke producer, pasal auto-tune buat lagu guna teknologi AI sampai jadi viral dan platform digital yang boleh buat duit? Podcast ini dibawakan oleh Perodua! Didatangkan dengan teknologi hijau dan praktikal, perjalanan korang pasti jadi lebih smooth, fokus je pada momen dan kenangan syok!
Show more...
1 month ago
34 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Rahsia Nanas Malaysia, Dari Ladang Johor Ke Eropah, Sisa Pun Jadi Duit! | Serious Lah EP29
Nanas bukan sekadar buat kuih tart raya! Rupanya buah tropika ini ada lembaga khas, potensi eksport berjuta, malah sisa pun laku keras. Jom dengar kisah manis nanas Malaysia bersama tetamu kami di Serious Lah.
Show more...
1 month ago
1 hour

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Hanya di Malaysia, Lepak Mamak Sampai Pagi, Gostan dan Sarapan Petai? | Serious Lah EP28
Serious Lah minggu ni kita bersama penyampai radio HITZ, iaitu Calista nak borak santai tentang benda yang cuma ada kat Malaysia. Dari topik lepak mamak sampai pagi, bahasa rojak yang orang luar tak faham, sampai kepada balik kampung sesak tapi tetap redah, inilah keunikkan Malaysia sebenar! Calista juga story life dia dari Sabah ke KL, sambil kita borak pasal petai dengan teh tarik. Apa kena mengena? Haa, kena dengar sampai habis, okay!   Podcast ini dibawakan oleh Perodua, kerana kereta yang praktikal, jimat minyak, dan compact buat hidup simple macam vibe rakyat Malaysia!
Show more...
1 month ago
48 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Ragam Jalan Raya Malaysia, Gen Z Suka Hon, Signal Mana Bro? | Serious Lah EP27
Episod kali ini kita bawakan Zuana Zulmat, naib juara program Raise The Star Malaysia (#RTSMY), mengupas budaya dan ragam jalan raya Malaysia. Daripada hon agresif gen Z yang cepat panas di media sosial, sampai kepada makcik yang lupa signal, Zuana akui dirinya "passenger princess" yang ada lesen tapi tak reti drive. Podcast ini dibawakan oleh Perodua , teknologi pintar pada model terpilih Perodua bantu korang kekal relaks dan selamat, tak perlu risau walau jalan sesak macam mana pun!
Show more...
1 month ago
44 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Seriouslah Jadi Atlet Negara Tak Semudah Yang Disangka? | Serious Lah EP26
Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama Raja Nazmi, bekas atlet bola tampar pantai negara. Dari pengalaman sekolah sukan dengan diet mewah & bilik aircond setiap hari, hinggalah ke suka duka menggalas nama Malaysia di gelanggang antarabangsa, beliau bongkarkan realiti sebenar di sebalik gelaran Atlet Negara yang ramai tak tahu.
Show more...
2 months ago
1 hour 3 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Seriouslah SST Lebih Menguntungkan dari Merugikan Kita? Ini Fakta Kena Tahu! | Serious Lah EP25
Dengarkan perkongsian Setiausaha Politik, YAB Menteri Kewangan tentang tujuan dan manfaat sebenar SST. Daripada kisah YAB Perdana Menteri sehinggalah kenapa perlu bayar cukai dan perbezaan GST & SST! Semua kita kupas dalam satu podcast!
Show more...
2 months ago
1 hour 28 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Realiti Jadi Penganjur Festival Muzik – Suka, Duka & Harapan Band Indie Malaysia | Serious Lah EP24
Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama Ariff Imran (Bam), Founder Atas Angin, dan Gob, Founder Luas.my. Bukan sekadar sembang tentang muzik indie, mereka kongsi pengalaman sebenar jadi penganjur festival, dari rasa puas hati tengok crowd enjoy, sampai ke pening kepala bila ada benda tak jalan ikut plan. Kami juga kupas apa yang berlaku di balik tabir setiap kali festival berlangsung.
Show more...
2 months ago
1 hour 9 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Gagal Audition Dewi Remaja & Viral Video Nangis, Mariam Hadap Buli Siber Netizen | Serious Lah EP23
Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bawakan Mariam, gadis yang tular kerana menangis selepas gagal audition Dewi Remaja. Di sebalik video viral dan kecaman netizen, Mariam membuka cerita tentang perjalanan empat tahun membina keyakinan diri, mengatasi rasa insecure, dan berdepan body shaming. Daripada cabaran awal hingga ke usaha memupuk self-love, Mariam berkongsi pengalaman jatuh bangun yang penuh inspirasi, dengan harapan dapat memberi semangat kepada wanita lain untuk terus mengejar impian tanpa gentar.
Show more...
2 months ago
56 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Buat Silap, Kena Tipu, Drop Lagu Baru & Move On - Ismail Izzani & Syafiq Abdullah | Serious Lah EP22
Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bawakan dua bintang muda: penyanyi popular Ismail Izzani dan bakat luar biasa dari Brunei, Syafiq Abdillah. Dua nama yang pernah mencipta kejayaan di usia muda, kini kembali dengan semangat baru. Ismail tampil dengan single terbarunya Tenggelam, manakala Syafiq hadir dengan lagu Sepanjang Malam bersama Killa Driz. Tapi di sebalik cahaya glamor, kedua-duanya akui pernah lakukan kesilapan. Kini mereka memilih untuk bangkit dengan lebih matang dan mahu fokus membina kerjaya yang lebih kukuh dalam dunia muzik.
Show more...
2 months ago
1 hour 8 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Menang Realiti Show Tapi Hampir Give Up? Aiman Ameer Dedah Tekanan Netizen | Serious Lah EP21
Dalam episod Serious Lah? kali ini membawakan Hero Remaja, Aiman Ameer yang juga pemenang Hero Dewi Remaja berkongsi kisah sebenar perjalanan dalam industri hiburan. Topik yang dibawa: betul ke orang pandang rupa daripada bakat? Ameer cerita tentang cabaran jadi wajah baru dalam dunia seni, dari usaha nak buktikan diri, sampai ke tanggapan orang yang lebih utamakan rupa daripada kemampuan. Bakat tak cukup kalau orang tak percaya, tapi rupa pun tak jamin tempat dalam industri.
Show more...
3 months ago
1 hour 15 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Seriouslah Negara Jepun Tak Semuanya Baik? Kimal Margasatwa Share Realiti Sebenar | Serious Lah EP20
Dalam episod Serious Lah? kali ini, kita borak pasal budaya kerja di Jepun yang memang lain macam. Dekat sana, kerja bukan setakat 9 ke 5, tapi boleh jadi sampai malam, sampai tua, sampai hidup rasa kosong. Ada juga yang jadi hikikomori, iaitu orang yang pilih untuk terperap dalam bilik dan tak nak langsung bergaul dengan masyarakat sebab stres kerja dan tekanan hidup. Ramai warga emas di Jepun masih kena kerja walaupun umur dah lanjut, bukan sebab suka-suka, tapi sebab terpaksa menyara anak-anak yang dah berumur 30 hingga 50 tahun.
Show more...
3 months ago
1 hour

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Betul Ke Perempuan Zaman Sekarang Demand Nak Lelaki Provider Mindset? l Serious Lah EP19
Dalam episod Serious Lah? kali ini, bersama Addnan, penyampai radio ERA Sabah yang tampil berkongsi pandangan tentang topik yang semakin hangat diperkatakan “Perempuan sekarang demand lelaki yang ada provider mindset”. Tapi adakah permintaan tu berpatutan, atau sekadar tekanan tambahan untuk lelaki zaman sekarang?
Show more...
3 months ago
1 hour 9 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Seriouslah Terkenal Sejak Kecil, Banyak Tekanan Yang Diterima Farisha? l Serious Lah EP18
Dalam episod Serious Lah? kali ini, bersama Farisha Iris seorang penyanyi dan pensyarah muda yang berkongsi kisah perjalanan hidupnya sejak mula menyanyi di usia kecil. Popular pada usia remaja, Farisha tidak terlepas daripada cabaran dunia hiburan dan tekanan sebagai figura awam. Namun di sebalik semua itu, dia tetap utamakan pelajaran dan berjaya sambung pengajian walaupun sibuk dengan kerjaya seni. Ikuti kisah penuh jatuh bangun dan semangat yang jarang didedahkan.
Show more...
3 months ago
57 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Seriouslah Artis Lepas Kahwin Dah Tak Popular Lagi? Syad Dedah Kisah Sebenar!? l Serious Lah EP17
Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bersama Syad Mutalib, pelakon cantik yang berkongsi pengalaman dalam industri seni tanah air. Topik panas minggu ni “Serious lah artis lepas kahwin karier terus drop?”. Betul ke lepas kahwin je, karier artis perempuan terus malap? Atau sebenarnya ada faktor yang lebih kompleks, dari tekanan jadi isteri & ibu, stigma masyarakat, sampai ke peluang yang makin sempit? Syad kongsi perspektif sebagai wanita dalam industri hiburan, dan kenapa masih ada double standard terhadap artis wanita yang memilih untuk berkeluarga. Bukan nak salahkan sesiapa, tapi masa untuk bincang real talk tanpa tapis.
Show more...
4 months ago
52 minutes

Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]
Serious Lah? menampilkan Haidar Hasanudin, Alya Haslin, dan Azmi membincangkan pelbagai isu semasa. Setiap episod menyajikan perspektif berbeza mengenai topik seperti hal sosial dan peristiwa global, dengan perdebatan yang menarik serta perbualan yang penuh makna. Podcast ini memberikan pandangan segar terhadap isu-isu relevan dalam dunia nyata. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632