Home
Categories
EXPLORE
True Crime
Comedy
Business
Society & Culture
Health & Fitness
Sports
Technology
About Us
Contact Us
Copyright
© 2024 PodJoint
00:00 / 00:00
Podjoint Logo
US
Sign in

or

Don't have an account?
Sign up
Forgot password
https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Podcasts126/v4/da/34/19/da341909-b199-c4b8-a91d-640bc6e58dc4/mza_17982172435001883814.jpg/600x600bb.jpg
Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
SEENI Podcast
19 episodes
9 months ago
Show more...
Self-Improvement
Education
RSS
All content for Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM] is the property of SEENI Podcast and is served directly from their servers with no modification, redirects, or rehosting. The podcast is not affiliated with or endorsed by Podjoint in any way.
Show more...
Self-Improvement
Education
Episodes (19/19)
Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Suami Nak Dilayan Seperti Raja, Kita Macam Mana? | Sembang Wanita Episod 19
Hidup berumahtangga adalah mengenai saling lengkap melengkapi. Saling membahagiakan dan saling memahami. Jika semua ini ada , maka tidak lah terjadi isu suami perlu dilayan seperti raja dan isteri dilayan seperti permaisuri.  Jika salah seorang berasa tertindas dan teraniaya, maka ini bukan lah perkahwinan membahagiakan dua jowa tetapi ia adalah satu ketidak adilan. Suami yang baik tidak akan sesekali menggunakan kedudukannya untuk mengarah isteri memberikan layanan seperti raja, tetapi ingin melayan isterinya seperti sang permaisuri. Kita ikuti kupasan dan ulasan pakar dalam bidang Syarie dan perkahwinan iaitu Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, Bina Bahagia Services #mingguanwanita#sembangwanita   Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!
Show more...
1 year ago
26 minutes 8 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Ranjau Pkp, Kesetiaan Pasangan Diuji | Sembang Wanita Episod 18
Dulu hidup berumahtangga aman damai sahaja, namun semenjak PKP ini perangai pasangan kelihatan berubah. Duduk rumah pun boleh bermasam muka, bertengkar dan cepat betul sentap. Macam-macam isu boleh menjadi pertengkaran apatah lagi yang membabitkan wang dan hubungan luar pengetahuan pasangan.  Tiada seorang pun yang terlepas daripada ujian Allah. Ujian itu semakin berat tatkala terpaksa berhadapan dengan cabaran harungi kehidupan sepanjang pandemik. Ada yang berpendapat  ujian tidak semestinya semasa PKP, ujian datang sepanjang masa dan bila-bila pun. Yang penting bagaimana pasangan ‘tackle’ masalah yang timbul. Cuma semasa PKP dugaan itu terasakan bertambah berat.  Kita ikuti apakah ulasan dan kupasan yang akan diberikan oleh pakar motivasi yang terkenal dengan sifat keibuannya iaitu Ustazah Dr.Robiah K. Hamzah bersama dengan hos Norreen Iman.  #mingguanwanita#sembangwanita Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!
Show more...
1 year ago
32 minutes 2 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Kekuatan Sebenar Zahir Dari Dalam | Sembang Wanita Episod 17
Ukuran kejayaan anak-anak pada hari ini tidak lagi terhad pada kejayaan dalam akademik sahaja. Percayalah, anak-anak kita sebenarnya dilahirkan dengan potensi yang luar biasa sekiranya kekuatan dalaman itu dizahirkan bersungguh-sungguh. Perhatikan dan berikan galakkan, mereka pasti dapat mencipta kejayaan tersendiri. Sebagaimana harimau yang memiliki belang tersendiri, begitu juga dengan anak-anak kita. Setiap anak-anak mempunyai kekuatan dalaman berbeza, dan sudah tentulah kejayaan yang bakal diraih juga berbeza.  Raikan kepelbagaian kelebihan yang bakal melakar kejayaan. Jangan lah dipaksa, berikan mereka ruang untuk meneroka kekuatan dalaman masing-masing.  Kita dengar bagaimana Datin Fouziah Gous membantu anak-anaknya menzahirkan potensi dalaman untuk mencipya kejayaan selain turut di kupas oleh Sheila Ibrahim dari Mondelez International (Malaysia) dan Prof. Dato’ Noor Aziah Hj Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-kanak Malaysia di SUHAKAM.   #sembangwanita#mingguanwanita   Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!
Show more...
1 year ago
36 minutes 32 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Show Off adalah satu penyakit mental? | Sembang Wanita Episod 16
Rambut sama hitam, hati lain-lain. Dalam bab menunjuk kemewahan dan keindahan kediaman ini ada banyak pendapat berbeza.  Namun segalanya terletak pada hati yang menunjuk dan yang melihat. Hanya Allah sahaja yang tahu niat masing-masing. Namun dalam percanggahan pendapat itu, adakalanya terjentik juga hati. Rumah yang dirasakan cantik itu, tidak lah cantik mana pun malah banyak kesalahan dekorasi. Kita dengarkan pendapat Pereka Hiasan Dalaman  berpengalaman iaitu encik Aznol Hadi akan hal ini. Apa pun juga, ambil lah ia sebagai nasihat seorang pakar.  #mingguanwanita#sembangwanita   Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!
Show more...
1 year ago
21 minutes 11 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Bertahun Kahwin, Masak Tetap Nak Tengok Google? | Sembang Wanita Episod 15
Dapat isteri yang rajin masak kira satu rahmat besar. Tambahan pula isteri pun sama sibuk menjaga anak dan mengemas rumah atau turut bekerja membantu suami mencari rezeki. Berapa usia perkahwinan sebenarnya bukan kayu pengukur mak-mak ni handal memasak 100%.Kadangkala otak ‘jem’ juga nak fikir masak apa, maka dirujuklah Mr. Google.  Tapi ada segelintir pandang rendah mak-mak yang suka google resipi ni dan melabelkan sebagai tak cekap urus rumahtangga.  Bagi mereka sepatutnya semua resipi dah ada dalam kepala macam mak-mak kita dahulu. Boleh terima kah cakap-cakap macam ni? Kita dengar perkongsian puan Maizatul Zai yang telah membuat posting hal ini menerusi akaun twitternya dan mendapat reaksi ramai #mingguanwanita#sembangwanita   Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!
Show more...
1 year ago
23 minutes 16 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Mak-Mak Jadi ’Singa’ Musim PDPR | Sembang Wanita Episod 14
“Tak siap homework Matematik, Sains, Sejarah, Fekah yang cikgu bagi semalam, siap!” Haa…itu jeritan biasa kita dengar daripada mak-mak sepanjang PdPR. Tapi perlukah nak tinggi suara atau siap dengan rotan, tali pinggang bagai? Mencabar keimanan perangai anak-anak belajar online. Tentu ada acara efektif untuk kebaikan anak dan mak-mak. Nak marah-marah selalu, nanti penyakit lain singgah. Jadi cuba kita dengar sedikit nasihat pakar Psikologi & Keibubapaan; Puan Saleha Idris bagaimana mak-mak boleh bertukar dari ‘singa’ menjadi ‘kucing’ yang manja dan comel. #mingguanwanita #sembangwanita   Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!
Show more...
1 year ago
30 minutes 40 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
”PKP Badan Montel, You Tetap Comel,” Suami | Sembang Wanita Episod 13
Sungguh supporting la dapat suami macam ni. Tak kisah isteri makin montel musim PKP. Tapi mak-mak jangan terbuai sangat. Terlebih montel nanti penyakit pula bertandang. Ha...lagi bahaya. Adakah PKP Lockdown kali ini bakal memontel dan menggebukan mak-mak semua sebagaimana PKP tahun lalu? Perancangan nak konsisten eksesais tinggal kenangan sahaja apabila selera makan atasi segalanya. Makan banyak eksesais pun kena lah berganda. Dengarkan nasihat coach Laily Rahman, apa mak-mak patut buat kalau sedar diri dah montel   Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!
Show more...
1 year ago
24 minutes 45 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Awas! Kerap Terkucil Perlu Dirawat Segera | Sembang Wanita Episod 12
Menyampah kan bila kerap terkucil, memang rasa tak selesa. Lagi-lagi bila nak keluar bekerja mesti terfikir cara terbaik untuk elakkan bau kerana bimbang orang lain perasan.  Kalau berdepan dengan masalah ini, apa yang mak-mak lakukan?  Terkucil sekali dua sehari ok lagi. Tapi kalau dah sehari berkali-kali nak kena tukar seluar dalam atau panty liners, ini sudah jadi masalah besar dan perlu dirawat segera. Menurut Dr. Amy Roslaily Binti Rosly, Pegawai Perubatan Klinik Amisi, rata-rata wanita malu untuk bersuara bahawa mereka ada masalah terkucil. Malah mereka beranggapan bahawa masalah ini adalah “common” tapi sebenarnya ianya tidak “normal”.  Ikuti kupasan lanjut topik, Awas! Kerap Terkucil Perlu Dirawat Segera dalam Sembang Wanita pada 27 Mei nanti jam 3 petang di Facebook Live MW dan Youtube Mingguan Wanita.   Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!
Show more...
1 year ago
12 minutes 27 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Rezeki Dikongsi Bersama | Sembang Wanita Episod 11
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, hanya anak-anak yatim ini sahaja yang tahu perasaan bersarang di hati. Sayu menatap setiap satu namun Colours of Ramadhan membawa keceriaan yang ditunggu, berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim di Negeri Sembilan. Siri jelajah terakhir program redONE Colours of Ramadhan ini pastinya menjentik hati kita dan terasa ingin bersama meraikan momen gembira.  Bersama hos Sembang Wanita, Kak Girl dan tetamu jemputan En Megat Ishak, Ketua Hal Ehwal Korporat, redONE Network Sdn Bhd & Nurul Syahira Binti Aszahar, Penyelia Informasi dan Latihan redONE  menyingkap edisi penutup jelajah Colours of Ramadhan ini. Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!
Show more...
1 year ago
9 minutes 56 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Kembalikan Ceria Di Wajah Duka | Sembang Wanita Episod 10
Ramadhan bulan mulia. 😇 Inilah masa melipat gandakan amalan kebajikan kita. Alhamdulillah, mengambil berkatnya, Colours of Ramadhan mengembalikan sinar keceriaan pada wajah suci anak-anak yatim di dua buah rumah penjagaan anak yatim di Banting dan Bangi. Terasa kemesraan apabila anak-anak ini menerima kedatangan team redONE Foundation bagi meraikan Ramadhan bersama. Prihatin dan ukhuwah erat terjalin. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan menggembirakan mereka?   Saksikan secara live di FB Mingguan Wanita pada 30 April 2021, jam 3 petang bersama hos, Norreen dan tetamu jemputan, Nurul Syahira Aszahar, Penyelia Informasi dan Latihan redONE Network Sdn Bhd mengenai usaha murni sempena Ramadhan ini. Salam Ramadhan daripada kami semua di redONE dan Mingguan Wanita. ✨   Nak lagi konten menarik? Search je SeeNI di Spotify! Segalanya di SeeNI!   YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial   Pautan Video Asal: Tonton sekarang!  
Show more...
2 years ago
14 minutes 29 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Jelajah Johor Demi Anak Yatim | Sembang Wanita Episod 9
Ramadan bulan kita berebut pahala, berlumba-lumba melakukan sebanyak mungkin ibadah. Semacam tak boleh dipisahkan, seperti tidak sempurna puasa tanpa program bersama anak-anak yatim. Andai kita gembirakan anak-anak ini, ganjarannya amatlah besar daripada Allah SWT. Kita lihat wajah-wajah mereka pun boleh tersentuh hati saksikan bagaimana redONE Foundation gunakan peluang baik ini.   Saksikan secara live di FB Mingguan Wanita pada 23 April 2021 jam 3 petang bersama hos, Norreen dan tetamu jemputan, Ketua Hal Ehwal Korporat, redONE Network Sdn Bhd, Megat Ishak Maamunor Rashid berkisar usaha murni menjelajah ke selatan tanah air bagi program Colours of Ramadhan ini.   Nak lagi konten menarik? Search je SeeNI di Spotify! Segalanya di SeeNI!   YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial   Pautan Video Asal: Tonton sekarang!  
Show more...
2 years ago
12 minutes 54 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Biar Hutang Asalkan Bergaya?! | Sembang Wanita Episod 8
Ada jiran pakai kereta baru, kita pun nak ikut tukar juga... Katanya tak boleh kalah dengan jiran. Tapi, mampu ke nak bayar?   Nak bergaya juga macam jiran sebelah? Nah! Jom join group telegram Bangkit Wanita! Banyak info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Jiran awak tu dah join, awak cepat lah tekan link ni okay! : https://t.me/bangkitwanitaMW   Nak lagi konten menarik? Search je SeeNI di Spotify! Segalanya di SeeNI!   YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial   Pautan Video Asal: Tonton sekarang!  
Show more...
2 years ago
15 minutes 36 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Isteri Bukan Orang Gaji | Sembang Wanita Episod 7
Haaa! Isteri-isteri kat rumah tengok video ni sampai habis tau! Bukan nak bergosip tapi bersembang & kupas isu ni haaa. Yela si suami pulak asyik nak tu ni suruh tu ni. Kekadang penat kan ye dak? Apa komen anda tentang isu ini? Ikuti Sembang Wanita Episod 7 bersama Norreen Iman, Kak Girl dan Dottie!   Nak lagi konten menarik? Search je SeeNI di Spotify! Segalanya di SeeNI!   YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial   Pautan Video Asal: Tonton sekarang!  
Show more...
2 years ago
13 minutes 5 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Mulut Puaka Petanda Sakit Jiwa?! | Sembang Wanita Episod 6
Siapa ada masalah mulut lasssserrrr sangat tu haaaa dengar ni. Sakit jiwa kah? Episod kali ini bersama Kak Girl, Norreen Iman dan Dottie nak mengupas topik panas kali ini, adakah orang yang mulut puaka atau mulut longkang ni, sakit jiwa? Jom!   Nak lagi konten menarik? Search je SeeNI di Spotify! Segalanya di SeeNI!   YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial   Pautan Video Asal: Tonton sekarang!  
Show more...
2 years ago
14 minutes 33 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Kemaruk Emas | Sembang Wanita Episod 5
Pulut dakap, biskut tawar, coco, segala macam nama ada, tapi yang penting semuanya emas. Ada ke perempuan tak suka emas? Jangan tak percaya ada yang kemaruk pakai gelang sampai ke siku. Ini dah tahap nak menunjuk dengan alasan kenapa nak simpan kalau dah ada. Macam-macam perangai orang perempuan ni.   Nak lagi konten menarik? Search je SeeNI di Spotify! Segalanya di SeeNI!   YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial   Pautan Video Asal: Tonton sekarang!  
Show more...
2 years ago
15 minutes 45 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Kaki Kikis atau Pisau Cukur? | Sembang Wanita Episod 4
Orang sekarang ni makin galak nak mengikis duit atau harta orang lain. Yang pemberi pun lemah hati kalau si pengikis ni asyik merayu pinjam duit lah, nak itu lah nak ini lah sebab kadang-kadang ada sampai ugut pun ada!   Sembang Wanita episod ke-4 kali ni kita bersama dengan tetamu jemputan Shakilla Khoriri.   Nak lagi konten menarik? Search je SeeNI di Spotify! Segalanya di SeeNI!   YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial   Pautan Video Asal: Tonton sekarang!  
Show more...
2 years ago
13 minutes 53 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Aku Janda Aku Bahagia, Janda Rebutan. Hina Ke Janda? | Sembang Wanita Episod 3
Topik panas! Jom dengar apa pula lah host kita Kak Girl, Norreen & Dottie berceloteh potpet potpet! Topik episod ke-3 mengenai janda. Ada apa dengan cerita janda ni?   Ada wanita, bila dah berstatuskan janda, lebih rela berjanda selamanya. Ada yang wanita lain pula, masih perlu suami untuk memimpin dan berkasih manja gitu. Apa-apa pun pilihannya, janji bahagia!   Nak lagi konten menarik? Search je SeeNI di Spotify! Segalanya di SeeNI!   YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial   Pautan Video Asal: Tonton sekarang!  
Show more...
2 years ago
14 minutes 2 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Taste Laki Orang! | Sembang Wanita Episod 2
Wow panas panas panas! Ada ke tu yang taste dengan laki orang? Seram sejuk dengar. Apa yang dicari pada laki orang? Tampan? Bergaya? Poket tebal? Matang? Romantis dan caring?   Ikuti kupasan lanjut topik Taste Laki Orang dalam Sembang Wanita Episod 2: Taste Laki Orang!   Nak lagi konten menarik? Search je SeeNI di Spotify! Segalanya di SeeNI!   YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial   Pautan Video Asal: Tonton sekarang!  
Show more...
2 years ago
19 minutes 34 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Mak Mentua Pendamai atau Perosak Rumah Tangga? | Sembang Wanita Episod 1
Dengarkan diskusi Sembang Wanita yang bincangkan topik-topik panas! Bersama host Norreen Iman, Kak Girl & Dottie. Pernah tak terguris hati dengan mak mentua? Alah, sabar jela... Kena bebel tu kan tanda nya sayang.   Kongsikan pengalaman anda mengenai topik ini ya. atau ada topik yang lebih panas pun boleh kongsikan kepada kami!   Nak lagi konten menarik? Search je SeeNI di Spotify! Segalanya di SeeNI!   YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial   Pautan Video Asal: Tonton sekarang!  
Show more...
2 years ago
12 minutes 49 seconds

Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]