Home
Categories
EXPLORE
True Crime
Comedy
Society & Culture
Business
Sports
Health & Fitness
Technology
About Us
Contact Us
Copyright
© 2024 PodJoint
Loading...
0:00 / 0:00
Podjoint Logo
US
Sign in

or

Don't have an account?
Sign up
Forgot password
https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Podcasts112/v4/9f/09/79/9f097936-2777-dedd-1d8c-42b695915991/mza_14307974724267779761.jpg/600x600bb.jpg
Diari Seorang Wanita
Sugar For Your Mind
55 episodes
1 week ago
Reset fikiran, jiwa dan hati setiap minggu hari Isnin, pukul 7 pagi bersama Podcast Diari Seorang Wanita. Betul ke ramai orang cakap wanita ini sangat beremosi? Atau ada sebab lain? Jom kenali diri anda dengan lebih dalam dengan topik-topik yang ramai terlepas pandang. Padat dengan perkongsian kisah inspirasi dan pengalaman peribadi bersama dengan Host Madiha Hasan dan Ros Atiqah dan juga tetamu-tetamu undangan. Perkongsian dari hati ke hati khas untuk para wanita yang suka belajar dan 'upgrade diri'. Podcast Diari Seorang Wanita ini dibawakan khas oleh @sugarforyourmind
Show more...
Self-Improvement
Education
RSS
All content for Diari Seorang Wanita is the property of Sugar For Your Mind and is served directly from their servers with no modification, redirects, or rehosting. The podcast is not affiliated with or endorsed by Podjoint in any way.
Reset fikiran, jiwa dan hati setiap minggu hari Isnin, pukul 7 pagi bersama Podcast Diari Seorang Wanita. Betul ke ramai orang cakap wanita ini sangat beremosi? Atau ada sebab lain? Jom kenali diri anda dengan lebih dalam dengan topik-topik yang ramai terlepas pandang. Padat dengan perkongsian kisah inspirasi dan pengalaman peribadi bersama dengan Host Madiha Hasan dan Ros Atiqah dan juga tetamu-tetamu undangan. Perkongsian dari hati ke hati khas untuk para wanita yang suka belajar dan 'upgrade diri'. Podcast Diari Seorang Wanita ini dibawakan khas oleh @sugarforyourmind
Show more...
Self-Improvement
Education
Episodes (20/55)
Diari Seorang Wanita
Diari Nazrah: "Daripada Engineer kepada Suri Rumah... Teguh Memilih Dengan Istikharah" #EP11

Dengarkan episod ini untuk memahami lebih lanjut tentang pengalaman puan Nazrah dalam membuat pilihan menjadi suri rumah sepenuh masa dan bagaimana niat beliau yang jelas membantu beliau untuk bangkit daripada kesilapan yang akhirnya menjadi pelajaran yang berharga buat beliau.


...


Suka dengan perkongsian Diari Seorang Wanita? Jom jadi versi diri terbaik setiap hari bermula dengan reset fikiran & hati bersama Sugar For Your Mind!
Klik link ini sekarang: https://beacons.ai/sugarforyourmind

Show more...
1 year ago
27 minutes 29 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Emme: "Suri Rumah, Hutang dan Tumpukan pada Diri" #EP10

“Ya Allah, kalau aku boleh mudahkan dari segi cara ni (berkongsi ilmu di blog), yang aku boleh buat dari rumah, secara online, maka bantulah saya buat.”
- Emme Marina, penulis buku "Dalam Sembunyi Menabur Bakti"
Dengarkan episod ini untuk memahami lebih lanjut perjalanan Emme setelah 11 tahun menjadi suri rumah yang bekerja sendiri. Puan Emme juga berkongsi bagaimana beliau mengurus kewangan dan hutang sebagai suri rumah.


...

Suka dengan perkongsian Diari Seorang Wanita? Jom jadi versi diri terbaik setiap hari bermula dengan reset fikiran & hati bersama Sugar For Your Mind!

Klik link ini sekarang: https://beacons.ai/sugarforyourmind


Show more...
1 year ago
29 minutes 53 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Ummu Mus'ab: "Saya Full Time Suri Rumah, Part Time Kaunselor" #EP9

"You wander from room to room looking for the diamond necklace that is already on your neck.

-Rumi


“Ku temui permata dalam diri.”
- Ummu Mus'ab, penulis buku "Dalam Sembunyi Menabur Bakti"




Dengarkan episod ini untuk mendengar kisah bagaimana Mun menemui permata dalam diri dan menjelaskan niat dan matlamat diri dalam memainkan peranan sebagai suri rumah dan kaunselor keluarga.

...

Suka dengan perkongsian Diari Seorang Wanita? Jom jadi versi diri terbaik setiap hari bermula dengan reset fikiran & hati bersama Sugar For Your Mind!

Klik link ini sekarang: https://beacons.ai/sugarforyourmind


Show more...
1 year ago
30 minutes 9 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Ila: "Kerja Apa? Saya Suri Rumah Sepenuh Masa" #EP8

"Tanpa pendidikan yang baik, saya tidak akan dapat untuk menjalankan tugas sebagai suri rumah dengan sempurna."

-Ila Salida, penulis buku "Dalam Sembunyi Menabur Bakti"


Kak Ila memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dengan mengorbankan masa emas beliau sebab nak jadi orang yang pertama dengan anak-anak di usia emas mereka.

Namun, antara cabaran yang ramai suri rumah hadapi, "Suri rumah je?" Soalan daripada orang luar menjadi salah satu stigma yang mempengaruhi suri rumah untuk rasa 'undervalued' dan mengambil keputusan untuk buat kerja sampingan.
Dengarkan episod ini untuk mendengar kisah kak Ila, mengubah persepsi kita tentang menjadi suri rumah sepenuh masa dan memaknai tanggungjawab ini sebenar-benarnya.


...

Suka dengan perkongsian Diari Seorang Wanita? Jom jadi versi diri terbaik setiap hari bermula dengan reset fikiran & hati bersama Sugar For Your Mind!


Klik link ini sekarang: https://beacons.ai/sugarforyourmind


Show more...
1 year ago
43 minutes 43 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Iffah: "Rasa Rendah Diri Lepas Jadi Suri Rumah... Bangkit Selepas Bahagia dengan Diri" #EP7

"Dalam kita tak sedar, rezeki tu masih ada. Dan InsyaAllah lebih banyak kalau kita lebih bagi perhatian pada anak ini."


-Kak Iffah, penulis buku "Dalam Sembunyi Menabur Bakti"
Pengorbanan kak Iffah bila mendapat tahu kelahiran anak sulung istimewa, daripada seorang pelajar master yang bercita² menambah baik pekerjaan, kak Iffah memilih untuk menjadi Suri rumah sepenuh masa untuk memberi perhatian penuh kepada anak istimewanya.


Dengarkan episod kali ini untuk menghayati pengorbanan seorang suri dan bagaimana kak Iffah bangkit daripada rasa rendah diri jadi Suri Rumah yang bahagia dengan diri dan membahagiakan keluarga.
...


Suka dengan perkongsian Diari Seorang Wanita? Jom jadi versi diri terbaik setiap hari bermula dengan reset fikiran & hati bersama Sugar For Your Mind!


Klik link ini sekarang: https://beacons.ai/sugarforyourmind


Show more...
1 year ago
34 minutes 42 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Nur Dawood: "Berhenti Kerja Sebab Anak... Saving Makin Sedikit Tapi Masih Boleh Memberi" #EP6

" Whatever sedikit yang kita bagi pun, sometimes it may be better than a large amount yang kita bagi dalam keadaan kita tak rasa."
- Nur Dawood, penulis buku "Dalam Sembunyi Menabur Bakti"


Prinsip puan Nur Dawood untuk sentiasa memberi walaupun sedikit kepada ibu dan keluarga, membuka mata beliau tentang sedekah bukan tentang kuantiti atau material.


Dengarkan episod kali ini tentang peranan suri dalam mendidik diri untuk menjadi suri yang membina sebuah negara melalui pendidikan kepada anak².


...


Suka dengan perkongsian Diari Seorang Wanita? Jom jadi versi diri terbaik setiap hari bermula dengan reset fikiran & hati bersama Sugar For Your Mind!

Klik link ini sekarang: ⁠⁠⁠https://beacons.ai/sugarforyourmind

Show more...
1 year ago
34 minutes 21 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Hamizah: "Dulu Takut Buat Keputusan Besar...Sekarang Berani Bantu Suri Gali Potensi Diri" #EP5

"Begitulah kehidupan, selagi diselubungi ketakutan, kehidupan pasti memberi apa-apa yang kita tidak mahukan."

Hamizah Basri, penulis buku "Dalam Sembunyi Menabur Bakti" Dalam episod kali ini, kita bersama puan Nur Hamizah Basri, pengarah Konvensyen Suri (KONSURI) 2023: Persidangan Suri Rumah Kebangsan yang duhulunya diselubungi rasa takut dan pergelutan emosi yang dihadapi dalam perkahwinan jarak jauh dengan suami.


Dengarkan episod ini untuk memahami perjuangan beliau untuk membina keluarga yang diidamkan dan bagaimana beliau menjadi berani mencungkil potensi diri untuk membuat keputusan-keputusan besar dalam kehidupan beliau.


...


Suka dengan perkongsian Diari Seorang Wanita? Jom jadi versi diri terbaik setiap hari bermula dengan reset fikiran & hati bersama Sugar For Your Mind!

Klik link ini sekarang: ⁠⁠https://beacons.ai/sugarforyourmind


Show more...
1 year ago
39 minutes 54 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Wafa: "Belajar Tinggi-Tinggi Tapi Duduk Dekat Rumah... Mendidik Anak-Anak tentang Nilai Kehidupan" #EP4

"Mengurus rumah adalah sekompleks mengurus syarikat."

Dalam episod kali ini, kita bersama puan Hafizah Shaharom atau Wafa yang memilih untuk menjadi suri rumah walaupun beliau berpendidikan tinggi dan bagaimana pengalaman beliau ketika melanjutkan pelajaran di Jepun membantu beliau dalam menerapkan nilai sabar dan kekentalan pada diri dan anak-anak.

"Bila mendidik anak, kita perlu faham mendidik memerlukan masa, kita perlu sabar dan ia adalah suatu proses yang panjang."

Wafa, penulis buku "Dalam Sembunyi Menabur Bakti"


Dengarkan episod ini untuk memahami lebih lanjut tentang pengalaman beliau mendidik dan mengurus anak-anak sepenuh masa dan cabaran-cabaran yang dihadapi.


...


Suka dengan perkongsian Diari Seorang Wanita? Jom jadi versi diri terbaik setiap hari bermula dengan reset fikiran & hati bersama Sugar For Your Mind!

Klik link ini sekarang: ⁠https://beacons.ai/sugarforyourmind

Show more...
1 year ago
36 minutes 10 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Roselinee: "Bekas Guru Alami Depression & Anxiety... Sekarang Membantu Menyebar Inspirasi Kepada Suri Rumah" #EP3

"Di mana-mana saya memperkenalkan diri saya sebagai seorang suri rumah tetapi suri rumah tidak pernah ada dalam kamus hidup saya."

Roselinee, penulis buku "Dalam Sembunyi Menabur Bakti"

Dalam episod kali ini, kita bersama puan Roselinee ialah seorang founder kepada Persatuan Suri Rumah Rahmah yang ditubuhkan bertujuan untuk menjadi support kepada suri-suri yang bergelar graduan dan mengubah cara pandang peranan suri dan menyumbang kepada masyarakat.

Puan Roselinee berkongsi pengalaman beliau tidak bersedia menjadi suri rumah namun terpaksa akur atas faktor keluarga. Beliau didiagnos dengan depression & anxiety dan akhirnya membuat keputusan untuk keluar daripada kegelapan yang dihadapi.


Dengarkan episod ini untuk memahami lebih lanjut tentang pengalaman beliau mendepani cabaran sebagai seorang suri dan memberi inspirasi kepada suri-suri rumah di Malaysia.


...

Suka dengan perkongsian Diari Seorang Wanita? Jom jadi versi diri terbaik setiap hari bermula dengan reset fikiran & hati bersama Sugar For Your Mind!


Klik link ini sekarang: https://beacons.ai/sugarforyourmind

Show more...
1 year ago
35 minutes 32 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Azlin Azlan: "Ummi Sensei, Belajar Hingga Ke Jepun Tetapi Jadi Suri Rumah?" #EP2

'Usia emas' sangat penting untuk kanak-kanak pada 5 tahun pertama.


Sangat berkait dengan pepatah Arab, “Ibu adalah sekolah pertama. Jika engkau telah mempersiapkannya, engkau telah mempersiapkan bangsa yang terbaik.” Dalam episod kali ini, Azlin Azlan berkongsi tentang konsep "Omoyari" yang menjadi salah satu sebab beliau memilih menjadi suri. Beliau telah melanjutkan pengajian sarjana muda dan sarjana di Jepun serta berpengalaman sebagai guru tadika semasa beliau menetap di sana yang membawa panggilan "sensei".



Dengarkan episod ini untuk memahami lebih lanjut tentang peranan wanita dalam pendidikan anak-anak dan mengenali gaya pembelajaran mereka.
...
Suka dengan perkongsian Diari Seorang Wanita? Jom jadi versi diri terbaik setiap hari bermula dengan reset fikiran & hati bersama Sugar For Your Mind!
Klik link ini sekarang: https://beacons.ai/sugarforyourmind

Show more...
1 year ago
28 minutes 51 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Azian & Nazuha: "Impian yang Tertangguh... Kenapa Aku Kena Berkorban" #EP1

“Ibu adalah sekolah pertama. Jika engkau telah mempersiapkannya, engkau telah mempersiapkan bangsa yang terbaik.” Dalam episod ini, kami membincangkan buku “Dalam Sembunyi Menabur Bakti,” sebuah karya yang ditulis oleh gerakan “Cerita Suri.”

Buku ini mengumpulkan kisah-kisah benar para suri rumah yang penuh dengan amanat, pengajaran, panduan, dan katarsis.
Puan Siti Nazuha dan Puan Azian Mohamed Isa bekerjasama dalam projek Suri Menulis untuk menerbitkan buku “Dalam Sembunyi Menabur Bakti.” Buku ini menjadi bukti solidariti para suri rumah sepenuh masa dalam menghadapi tiga stigma sosial yang masih wujud.
“Menjadi suri rumah adalah satu bentuk kebebasan untuk kita memilih semula peranan di rumah.”
- Puan Siti Nazuha, pengasas syarikat BookHero serta penerbit dan pengurus projek buku "Dalam Sembunyi Menabur Bakti"
Sebagai wanita, melalui fasa perkahwinan membawa perubahan psikologi dan emosi. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan, ada yang terpaksa bekerja dan ada yang memilih untuk berada di rumah.
“Fungsi ibu dalam rumah ibarat jantung. Tanpa ibu, rumah akan mati dan tidak berfungsi.”
Puan Azian Mohamed Isa, penulis buku “Tips Suri Memasak Menulis” dan penyelenggara projek buku "Dalam Sembunyi Menabur Bakti".
Dengarkan episod ini untuk memahami lebih lanjut tentang perjuangan dan peranan penting para suri rumah dalam masyarakat kita.
...
Suka dengan perkongsian Diari Seorang Wanita? Jom jadi versi diri terbaik setiap hari bermula dengan reset fikiran & hati bersama Sugar For Your Mind!
Klik link ini sekarang: https://beacons.ai/sugarforyourmind


Show more...
1 year ago
45 minutes

Diari Seorang Wanita
Diari Seorang Wanita: "3 Kesilapan Penyakit 'Perfectionism' Yang Akan Makan Diri Balik, Update Terkini" #EP43

Fikirkan apa HABIT baru yang kita tengah nak konsisten sekarang, dan cuba check kalau kita ada buat TIGA KESILAPAN ini.


Ini yang Madiha panggil sebagai penyakit 'nak perfect'. Dulu Madiha tak perasan ada penyakit ni. Tetapi lepas buat beberapa 'mindset shift', baru jadi lagi mudah dan senang untuk konsisten sesuatu perkara.


Kata bijak pandai “Have the courage to be imperfect.”

Sebelum sambut Hari Raya Aidiladha ni, kita muhasabah tentang TIGA KESILAPAN ini?


“A problem is only a problem when viewed as a problem. All change is hard at first, messy in the middle and gorgeous at the end.” - Robin Sharma


Sabda Rasulullah SAW “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi orang baik maka ditimpakan musibah (ujian) kepadanya.” (HR. Bukhari)

(P/s: Episod untuk kita yang nak kekal konsisten tanpa terhenti separuh jalan lagi)


Klik link ini untuk daftar percuma sebagai pendengar VIP Diari Seorang Wanita:

👉⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Join sebagai pendengar VIP untuk dapat freebies secara percuma ↗️   ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠


Dapatkan buku Jadi Unik: Cabaran 9 Hari.

👉 Beli di Shopee ⁠https://shp.ee/g4j5xr4⁠

. . .

Follow:

  • ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Facebook⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Instagram⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Follow Madiha Hasan here ↗️ ⁠⁠


Show more...
2 years ago
25 minutes 16 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Afiqah: "Stress Duduk Dirumah Semasa Zaman Covid - Apa Makna Sebenar Belajar?" #EP42

" Rumah should be tempat yang sangat mendamaikan... tempat yang sangat menenangkan... Tapi bila covid, lama-lama jadi stress dan tak selesa overtime...Ada something yang missing..."


Dan kata Afiqah, waktu itulah beliau mula belajar menghayati makna sebenar 'belajar'. 


"...Allah letak kita dengan family kita (circle yang dekat dengan kita) untuk betul-betul cari diri kita balik".


Kawan-kawan, tanya pada diri, apa cabaran yang anda hadapi dan muhasabah adakah kita juga dapat menghayati pembelajaran yang sama.


Pagi ini kita set niat untuk muhasabah SATU KONSEP ini okay?

Sabda Rasulullah SAW “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga" - HR Muslim

"Never stop learning because life will never stop teaching" - unknown


(P/s: Episod untuk kita mencari apa 'the missing ingredient' dalam hidup. Punca ramai orang hidupnay stress dan tidak tenang)

. . .

Klik link ini untuk daftar percuma sebagai pendengar VIP Diari Seorang Wanita:

👉⁠⁠⁠⁠⁠⁠Join sebagai pendengar VIP untuk dapat freebies secara percuma ↗️   ⁠⁠⁠⁠⁠⁠


Dapatkan buku Jadi Unik: Cabaran 9 Hari.

👉 Beli di Shopee https://shp.ee/g4j5xr4

. . .

Follow:

  • ⁠⁠⁠⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Facebook⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Instagram⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠⁠⁠⁠Follow Madiha Hasan here ↗️ ⁠


Show more...
2 years ago
37 minutes 5 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Kak Noney: "Macam Mana Nak Mencari Hikmah Selepas Hilang Sesuatu Yang Penting?" #EP41

Pernah tak rasa nak salahkan diri lepas hilang sesuatu yang sangat penting dalam hidup? Kata Kak Noney, ini yang terngiang-ngiang di fikiran lepas hilang kedua ibu bapanya serentak melalui kemalangan. (Tengok episod lepas disini.)


..."Kenapalah pada waktu tu aku buat macam tu. Punyalah susah payah mak abah datang untuk hantar roti canai semata-mata dan aku tak makan, aku buang..."


. . .


Tetapi kata Kak Noney, inilah kesilapan yang ramai orang buat iaitu menyalahkan diri. Akibatnya ramai tak berjaya move on.


Episod ini nak menjawab soalan macam mana nak mencari hikmah dengan lagi cepat lepas suatu kehilangan? 


Kita sama-sama muhasabah kalau sedang terfikir soalan ini okay?


Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah, ayat 5-6: “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”...

"The wound is the place where the Light enters you." — Rumi


02:40 Cerita Yang Membantu Kak Noney Bangkit Semula

04:38 Rasa Bersalah Bila Teringat Satu Moment

09:22 Kisah Seorang Lelaki Yang Tak Mampu Move On

10:40 Kesilapan Ramai Orang Buat (DON'T DO LIST)

13:22 Kenapa Kita Tak Boleh Duduk Sorang-sorang

15:06 Apa Kak Noney Buat Untuk Sembuh?

15:57 Menerima Dengan Cari Hikmah...

21:13 Mencari Hikmah Ialah Kuncinya

26:38 Abah ialah Role Model...

28:11 Apa itu Financial Freedom?

30:35 Manfaat yang Tak Putus Walaupun Selepas Meninggal

31:48 Konklusi: Mencari hikmah


(P/s: Episod sambungan minggu lepas untuk belajar move on lagi cepat bila melalui fasa kehilangan)

. . .

Dapatkan akses pendengar VIP di sini:

👉⁠⁠⁠⁠⁠⁠Join sebagai pendengar VIP untuk dapat freebies secara percuma ↗️   ⁠⁠⁠⁠⁠⁠


Dapatkan buku Jadi Unik: Cabaran 9 Hari.

👉 Beli di Shopee https://shp.ee/g4j5xr4

. . .

Follow:

  • ⁠⁠⁠⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Facebook⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Instagram⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠⁠⁠⁠Follow Madiha Hasan here ↗️ ⁠
Show more...
2 years ago
35 minutes 39 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Kak Noney: Kehilangan Ibu Bapa Sampai Badan Menggigil Dan Tak Mampu Berdiri? #EP40

Fikirkan apa respons kita kalau tiba-tiba Allah tarik balik sesuatu yang tersangat penting dalam hidup kita?


Sebab minggu ini kita nak dengar diari kehilangan tragis yang Kak Noney lalui masa muda. Beliau hilang kedua ibu bapanya serentak disebabkan oleh kemalangan ;(


Kak Noney cerita yang beliau ambil masa 3 bulan untuk jadi baik.

"Waktu tiga bulan tu, macam dah tak normal... kakak saya rasakan saya gila"...


. . .

Kawan-kawan, walaupun apa yang penting bagi setiap orang adalah berbeza-beza (Ada orang identiti, kerjaya, kejayaan, harta, pekerjaan dan lain-lain). Tetapi yang pasti kehilangannya mesti tinggalkan kesan yang sangat dalam untuk kita...


Kak Noney cerita refleksi tentang SATU PELAJARAN lepas lalui fasa kehilangan yang tragis macam ini.


Jom kita muhasabah sama-sama SATU PELAJARAN ini okay?

. ..


Firman Allah "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
Surah Al-Baqarah, ayat 155


(P/s: Episod khas kalau anda nak belajar untuk move on lagi cepat bila melalui fasa kehilangan)

. . .

Dapatkan akses pendengar VIP di sini:

👉⁠⁠⁠⁠⁠Join sebagai pendengar VIP untuk dapat freebies secara percuma ↗️   ⁠⁠⁠⁠⁠

. . .

Follow:

  • ⁠⁠⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Facebook⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Instagram⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠⁠⁠Follow Madiha Hasan here ↗️ ⁠
Show more...
2 years ago
23 minutes 38 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Ibu Rose: "Ibu Rose Cuba Pulih Tetapi Kenapa Masih Tak Nampak Perubahan?" #EP39

[sambungan episod sebelum ini] Ibu Rose dah buat macam-macam untuk cuba pulihkan konfiden diri. Tetapi kenapa masih tak nampak perubahan?


Episod minggu ini kita sambung dengar diari Ibu Rose tentang: 

— TIGA TIPS MAHAL (yang Madiha sempat tangkap) bagaimana Ibu Rose bangun balik, bina KONFIDEN DIRI daripada dalam.

— TIGA tanda kita sedang kurang keyakinan diri

— Kesilapan orang yang selalu terbuat


“...untuk sesuatu itu berubah, kita mesti berubah dulu”. -Ibu Rose


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
Surah Ar-Ra'd ayat 11


. . .

(P/s: Episod khas kalau anda nak belajar untuk lebih yakin diri)


Berminat nak tahu lebih program Heal My Heart oleh Ibu Rose: ⁠bit.ly/daftarhealmyheart⁠

Follow Ibu Rose di: ⁠⁠https://www.facebook.com/iburoselove⁠


Dapatkan akses pendengar VIP di sini:

👉⁠⁠⁠⁠Join sebagai pendengar VIP untuk dapat freebies secara percuma ↗️   ⁠⁠⁠⁠

. . .

Follow:

  • ⁠⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Facebook⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Instagram⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠⁠Follow Madiha Hasan here ↗️ ⁠
Show more...
2 years ago
35 minutes 12 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Ibu Rose: Ibu Rose Pun Pernah Hilang Konfiden Diri? #EP38

Oh rupa-rupanya, Ibu Rose pun pernah hilang konfiden diri...


"I failed my study...sampai hilang confident balik ke Malaysia dengan tiga orang anak, seorang dalam perut...sampai takut, menggigil, berpeluh peluh nak pergi order di KFC counter..."


Kawan-kawan pernah rasa macam ni? Sampai hilang konfiden diri?


. . .


Kata pepatah “You are searching the world for treasure, but the real treasure is Yourself.” - Rumi


Dalam episod minggu ini kita dengar cerita Ibu Rose bagaimana: 


— Bagaimana Ibu Rose bangun balik, bina KONFIDEN DIRI daripada dalam. 

— Ada TIGA TIPS MAHAL (yang Madiha sempat tangkap) 

— Beza konfiden diri dan 'self-esteem' yang ramai terkeliru. Belajar bezakan sebagai langkah pertama. 


. . .

Allah berfirman dalam Surah at-Tiin, ayat 4 bermaksud: “Sesungguhnya benar Kami ciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya.”

(P/s: Episod khas kalau anda nak belajar untuk lebih yakin diri)


Barminat nak tahu lebih program Heal My Heart oleh Ibu Rose: bit.ly/daftarhealmyheart

Follow Ibu Rose di: ⁠https://www.facebook.com/iburoselove


Dapatkan akses pendengar VIP di sini:

👉⁠⁠⁠Join sebagai pendengar VIP untuk dapat freebies secara percuma ↗️   ⁠⁠⁠

. . .

Follow:

  • ⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Facebook⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Instagram⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠Follow Madiha Hasan here ↗️ ⁠
Show more...
2 years ago
22 minutes 10 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Seorang Wanita: Mula Maafkan Diri Untuk Lebih Berjaya #EP37

"Kenapa aku asyik BERTANGGUH?"

"Kenapa aku ni MALAS sangat?" 

"Kenapa asyik terbuat KESILAPAN sama?"


Kawan-kawan perhatikan apa skrip-skrip seperti ini yang bermain dalam fikiran kita?


Dan perhatikan macam mana skrip-skrip seperti ini hanya akan melambatkan perjalanan, buat kita rasa seperti ini:

  1. Rasa STUCK dan berat
  2. Cepat rasa hilang semangat
  3. Asyik bagi alasan untuk BERTANGGUH


Kata pepatah "To forgive is to set a prisoner free and discover that the prisoner was you." —  Lewis B. Smedes


Dalam episod ini Madiha nak share FORMULA 4R untuk SELF-FORGIVING yang Madiha terbaca dalam article baru-baru ini.

Jom dengar dan kita sama-sama MUHASABAH diri okay?  


. . .


"Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)."

(Asy-Syura Ayat 30)


. . .

(P/s: Episod khas kalau anda nak LETGO sesuatu dari MASA LEPAS yang selama hari ini mungkin ialah FAKTOR kenapa kadangkala anda rasa tersekat dan asyik menangguh)


Dapatkan akses pendengar VIP di sini:

👉⁠⁠Join sebagai pendengar VIP untuk dapat freebies secara percuma ↗️   ⁠⁠

. . .

Follow:

  • ⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Facebook⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠
  • ⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Instagram⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠
  • ⁠⁠Follow Madiha Hasan here ↗️ ⁠


Show more...
2 years ago
36 minutes 14 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Seorang Wanita: Apa Makna Sebenar Disebalik Cerita Hidup Saya? #EP36

Kata bijak pandai "Every story I create, creates me. I write to create myself."


Kawan-kawan, disebalik setiap cerita hidup, pasti ada pengajaran & inspirasi. Jadi fikirkan hari ini... Apa kisah hidup anda yang boleh bagi inspirasi?


Sebab setiap yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmah dan tujuan besar. Sama ada tersembunyi atau nampak JELAS.


Dan tugas kita ialah mencari apa MAKNA sebenarnya supaya hidup kita jadi lagi bermanfaat. Setuju?❤️


Minggu ini Madiha nak kongsi tentang satu CERITA yang bermula daripada STRUGGLE Madiha sendiri untuk mencari MAKNA kehidupan yang sebenar.


(P/s: Episod khas kalau anda berminat nak mencari & muhasabah apa makna sebenar disebalik cerita hidup anda!) 


Dapatkan akses pendengar VIP di sini:

👉⁠⁠⁠Join sebagai pendengar VIP untuk dapat freebies secara percuma ↗️   ⁠⁠⁠

. . .

Follow:

  • ⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Facebook⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Instagram⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠Follow Madiha Hasan here ↗️ ⁠⁠


Show more...
2 years ago
33 minutes 44 seconds

Diari Seorang Wanita
Diari Seorang Wanita: Ramadhan Healing - Kenapa Hidup Saya Masih Tak Berubah? | EP35

"What if kesakitan & kesusahan apa saja yang kita sedang alami sebenarnya adalah the right pain, the right ujian, the right trigger yang sedang mengajar kita untuk memecahkan dinding penghalang diri selama hari ini."


Untuk pecahkan dinding penghalang, check TIGA sumber kerosakan diri seperti yang dikongsikan Imam Al-Ghazali dalam buku Bidayatul Hidayah.


Dengar episod kali ini untuk muhasabah diri okay? ❤️


(P/s: Episod khas sempena RAMADHAN untuk anda yang sedang dalam fasa hidup yang susah dan menyakitkan.)


Dapatkan akses pendengar VIP di sini:

👉⁠⁠⁠Join sebagai pendengar VIP untuk dapat freebies secara percuma ↗️   ⁠⁠⁠

. . .

Follow:

  • ⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Facebook⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠Follow Sugar For Your Mind on Instagram⁠⁠⁠⁠⁠⁠↗️ ⁠⁠⁠
  • ⁠⁠⁠Follow Madiha Hasan here ↗️ ⁠⁠


Show more...
2 years ago
28 minutes 9 seconds

Diari Seorang Wanita
Reset fikiran, jiwa dan hati setiap minggu hari Isnin, pukul 7 pagi bersama Podcast Diari Seorang Wanita. Betul ke ramai orang cakap wanita ini sangat beremosi? Atau ada sebab lain? Jom kenali diri anda dengan lebih dalam dengan topik-topik yang ramai terlepas pandang. Padat dengan perkongsian kisah inspirasi dan pengalaman peribadi bersama dengan Host Madiha Hasan dan Ros Atiqah dan juga tetamu-tetamu undangan. Perkongsian dari hati ke hati khas untuk para wanita yang suka belajar dan 'upgrade diri'. Podcast Diari Seorang Wanita ini dibawakan khas oleh @sugarforyourmind