
Zalim itu ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Bila disuaikan definisi tersebut dengan aktiviti politicking yang rancak berlaku dalam masa rakyat kegerunan menghadam siri angka-angka jangkitan pandemik semasa dan kebejatan ekonomi susulannya, tindakan tak berfaedah tersebut memang zalim.
@MohdFaizalMusa1 menghidangkan beberapa contoh daripada sejarah Nabi Muhammad yang terlibat secara langsung dalam usaha meletakkan jeda dalam lagu politik jahiliyah Mekah, lama sebelum baginda diangkat menjadi pesuruh Tuhan.
Pautan artikel asal:
1. Nabi Muhammad, muda oleh Faisal Tehrani (https://www.malaysiakini.com/columns/549275)
Penaja:
TrueStart Coffee SEA (https://cutt.ly/truestartshopee)