
[Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini. Episod penuh boleh didapati di saluran Di Waroeng Baru melalui Spotify, Google Podcast, dan aplikasi podcast pilihan anda.]
Khabar golongan doktor kontrak akan mogok sedang hangat diperkatakan. Isu skim kontrak dan ketidaktentuan khususnya untuk generasi doktor muda ini telah berlarutan selama bertahun. Apabila keperluan perkhidmatan perubatan yang mencanak naik semasa pandemik, ramai yang telah sampai ke titik pecah. Ini bukan sahaja memberikan implikasi kepada masa depan doktor-doktor yang terkesan, tetapi juga kepada sistem dan kualiti perkhidmatan yang diberi di jangka masa panjang.
Dalam episod ini, tetamu undangan Aisha Adam memberikan penjelasan tentang latar belakang isu ini, dan suasana sistemik yang masih belum dirawat sehingga hari ini.
Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru
Soalan minggu ini: Pekerjaan apa yang dipandang mulia dan mendapat layanan baik di Malaysia?
Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru).
-----
Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix