Soft-porn, sexual objectification, women empowerment dan pelbagai lagi istilah-istilah yang sering di ketengahkan di media massa bahkan semakin hangat dibincangkan sekarang ini. Berada di antara topik taboo dan normalisasi, masyarakat makin keliru tanpa pandangan alam yang benar. Di zaman yang kita gelar sebagai pasca modenisme ini, kita melihat anak-anak muda tidak memahami makna yang mereka laungkan dan penggunaannya lantas membawa kepada sifat _'apologetic'_ atau terlalu bermudah-mudah dalam meletakkan ia pada konteks yang salah hingga membawa kepada kecelaruan pandangan alam (worldview) . Ikuti kupasan topik 'PASCA MODENISME : NORMALISASI DALAM ISU WANITA' dalam siri diskusi ilmiah bersama Ustazah Dr Sumayyah.
Dari Sheikh Yusof Mahuddin, Taubat yang Allah anugerahkan ialah untuk selamatkan diri kita dari maksiat dan kekotoran. Untuk kita semakin dekat dengan Allah. Allah beri peringatan kepada kita melalui lidah kita sendiri, Ingatkan diri sndiri sebelum mengingatkan orang lain Firman Allah swt, bermaksud: Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhan-Mu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya.
Redha Level-1-.Menangis sedih tapi terima
Level 2 - Ketawa atas ujian yang menimpa, sakit still ada tetapi senyum
Level 3- Menangis kerana keadaan tu, Allah letakkan baginda dalam keadaan yang perlu menangis. Menangis Lillahitaala
Fahamkan tentang fungsi dan keutamaan untuk bulan-bulan Islam berikut :
Rejab-bulan taubat-proses Takhallil, Proses Tazkiyyatun Nafs
Sya'ban- bulan selawat - Bulan ni Rasulullah banyak puasa
Ramadan- Bulan Allah
Menyambut hadiah istimewa Ramadan dengan kaedah Quranic Respond serta menghayati bacaan Khutbah Rasulullah SAW pada hari terakhir Syaaban dan bacaan niat menyambut bulan Ramadan oleh Ustazah Dr Sumayyah dan ahbab The Pearl.
Kenapa wanita sentiasa lalui pelbagai cabaran?
Adakah wanita sepatutnya hanya duduk di rumah?
Bersama Dr. Sharifah Fatimah AlZahrah Syed Hussein,IIUM mengupas cabaran wanita bekerjaya dari sudut pandang Sociological Imagination.
WANITA DAN TAUBAH: RAIH CINTA-NYA
(SIRI 3)
Perjalanan seorang hamba menuju kepada pemiliknya, tidak lengkap tanpa diiringi dengan taubah. Mana mungkin seorang hamba mampu mengakui dirinya tidak terpalit dengan dosa.
Bahkan, tiada siapa yang mampu menjangka hujung jalan cerita mereka. Adakah akan kembali dalam keadaan diredhai mahupun sebaliknya.
Justeru manusia itu perlu melazimi taubah sehingga mampu bertemu dengan penciptanya dalam keadaan bersih dan diredhai.
“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.”
(QS. Al-Fajr: 27-30)
Jom sama-sama kita dengarkan Siri 3 berkenaan taubah bersama Ustazah Kautsar yang merupakan siri terakhir podcast bersempena Ramadan kali ini 🥺
#Siri3
#WanitadanTaubah
#Thepearlmeadows
WANITA DAN TAUBAH : RAIH CINTA-NYA
(SIRI 2)
Podcast sebelum ini kita telah berbicara mengenai taubat dan betapa lemahnya manusia itu diciptakan dengan pelbagai kelemahan.
Walaupun begitu, kita dipertanggungjawabkan untuk tetap kembali kepada Allah SWT hatta selemah mana pun keadaan diri kerana Allah sangat mencintai akan hamba-Nya yang selalu bertaubat.
Manusia tidak terlepas daripada dosa. Namun, tetaplah berusaha keluar daripada kancah dosa dan mengharapkan keampunan daripada Allah SWT.
Taubat bukan hanya pada bulan Ramadan sahaja. Paling penting lagi apakah yang bakal kita lakukan setelah keluar daripada madrasah Ramadan ini?
Buah akhir daripada madrasah Ramadan adalah takwa. Tetapi takwa tidak akan dirasakan kenikmatannya melainkan dalam keadaan kita sentiasa bertaubat.
Ramai tertanya-tanya apakah jalan terbaik dalam melakukan taubat? Apakah sekadar beristighfar dan solat taubat sudah cukup?
Kali ini al-Fadhilah Ustazah Kautsar akan berkongsikan tatatertib dalam bertaubat menurut ulama' muktabar.
Semoga kesungguhan kita meraih keampunan daripada Allah SWT ini menjadi asbab dipandang dengan belas kasih Allah SWT.
#siri2
#thepearl
#wanitadantaubat
Sebagai manusia yang lemah, kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan sepanjang melayari kehidupan.
Namun, ada satu anugerah istimewa yang Allah kurniakan kepada kita agar jiwa dan hati kita dapat disucikan semula. Ia dipanggil sebagai “taubah”; iaitu kembali kepada Allah SWT daripada melakukan sebarang dosa.
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّـهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
(Surah al-Tahrim: 8)
Dalam siri podcast kali ini, Al-Fadhilah Ustazah Kautsar menerangkan dengan indah sekali tentang konsep taubah dan keistimewaan bagi orang yang sentiasa melakukan taubah kepada Allah SWT.
Semoga Allah sentiasa membimbing diri kita untuk sentiasa bertaubat dengan taubat Nasuha.
Perjalanan mentarbiyah diri untuk menjadi seorang muslimah yang sejati bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula dengan fasa-fasa alami seorang wanita yang seolah-olah menjadi titik 'rehat' buat kita dalam beribadah.
Pasti tanpa sedar akan mematahkan semangat sang muslimah yang sedang berkobar-kobar untuk melakukan sebanyak-banyak ketaatan di bulan yang mulia ini.
Tapi benarkah begitu? Allah Ar Rahman dan Ar-rahim yang Maha Pengasih dan Penyayang pasti telah menyediakan sesuatu yang teristimewa buat kita. Oleh sebab itu, perancangan sangat penting agar waktu yang kita ada tidak terluang dengan sia-sia walaupun kita tidak boleh berpuasa.
Ingin ketahui lebih lanjut? Ayuh sama-sama kita dengarkan podcast terbaru The Pearls ini
Podcast kali ini membawa kita mendengar perkongsian pengasas The Pearl, Ustazah Dr Sumayyah Abdul Aziz tentang 3 intipati penting dalam penubuhan The Pearl :
1) Apakah kelainan The Pearl dengan hadrah dan majlis ilmu yang lain?
2) Bagaimanakah kita ingin mengikut jalan Ummahatul Mukminat dalam aspek dakwah, keilmuan dan ketamadunan tetapi masih dalam keadaan terjaga dan mulia?
3) Siapakah tokoh-tokoh wanita mulia dari zaman Rasulullah ﷺ hingga kini yang boleh dijadikan inspirasi buat kita dalam menelusuri perjalanan menjadi mutiara yang mampu membina peradaban dan pemikiran generasi yang akan datang?
Objektif The Pearl Meadows Mustafa
Episod kali ini berkisar tentang objektif dan tujuan penubuhan The Pearl Meadows Mustafa.
Mengapakah The Pearls Meadows Mustafa ditubuhkan? Apakah asas kepada kerja kami? Apakah topik-topik yang akan disentuh? Siapakah yang sesuai untuk mengikuti podcast kami?
Kesemua jawapan ada dalam podcast kami. Jangan lupa untuk tekan butang play dan tekan butang follow.
Pengenalan & Kelainan The Pearl
Alhamdulillah, podcast pengenalan dan kelainan yang dibawakan oleh Pearl Meadows Mustafa SAW telah berjaya dimuat naik.
Apakah kelainan yang akan kami bawakan? Mengapa kami memilih medium podcast sebagai medium penyampaian ilmu ?
Ayuh kami mengajak anda semua untuk bersama - sama menghayati dan mendengar podcast ini.
The Pearls: Inspirasi Daripada Kalung Saidatina Fatimah RA
Nama The Pearls membawa makna yang cukup signifikan kerana ianya merupakan nama yang telah dipilih hasil inspirasi daripada sebuah kisah tentang kalung Saidatina Fatimah RA, puteri kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Seuntai kalung yang penuh barakah yang telah memberi kegembiraan kepada ramai pihak. Ikuti kisah istimewa ini di dalam siri 'About The Pearl'