Dalam episod istimewa Hari Pahlawan ini, Datuk Sharuddin (Presiden PVATM) & Kol Nik Zainin (Pesara Tentera & ahli PVATM) berkongsi pengalaman menjadi tentera. Banyak kisah-kisah pengorbanan ynag mereka lalui, namun tidak kurang juga dengan keluhan yang dibawa oleh veteran-veteran tersanjung ini. Mari sama-sama kita memperingati mereka dan menyokong mereka dalam setiap perjuangan walaupun sudah bersara..
Dalam episod kali ini, kami berbual dengan Azman dan anaknya Abe Ilyas Anaqi yang tinggal di Perth, Australia. Azman berkongsi cerita tentang kehidupannya di Perth, pengalaman belajar di Brisbane, dan bagaimana dia membesarkan anak-anaknya dalam persekitaran yang kaya dengan budaya Islam. Kami juga berbincang tentang minat mereka terhadap golf dan bagaimana Abel, pada usia muda, telah menunjukkan potensi besar dalam sukan ini.
DS Megat adalah presiden Majlis Paralimpik Malaysia dan juga seorang yang berjiwa 'Johanian'. Dalam episod ni DS Megat mengajak seluruh rakyat Malaysia sokong atlit paralimpik negara dan buka mata!
Ruvi adalah seorang percussionist dan jugak pensyarah muzik. Rupa-rupanya atuk dia LEJEN TERUK! Patutla minat seni mendalam! Dalam episod ni Ruvi berkongsi pengalaman dari jadi seorang performer hingga mengajar pula..
Mohsin adalah seorang investment banker yang berpangkalan di Oman. Rupa-rupanya Oman ni sangat low profile dan sebuah negara yang sangat selesa untuk hidup. Lepas 12 tahun, perangai Mohsin pun dah jadi cam Pak Arab 👳🏽♂️
Omar merupakan seorang yang berpengalaman dalam dunia kongsi gelap yang akhirnya dipenjarakan. Dalam episod ini, Omar berkongsi cerita dan pengajaran yang dilalui semasa berada di dalam dunia asing ini. Siapa sangka perubahan 180 darjah.. Dari kongsi gelap ke tabligh.. 🤲
Wan Dazriq dan Anas Amdan adalah Social Entrepreneurs ataupun Usahawan Sosial. Dalam episod ini, anda akan mempelajari sedikit sebanyak tentang apakah itu Keusahawanan Sosial & bagaimana anda boleh bermula berniaga sambil beramal...
Ada apa dengan orang Sabah? Episod kali ini membawa semangat anak muda Sabah yang best. Farish Aziz, seorang pengacara berpengalaman. Janna, seorang usahawan sosial dan peneraju The Radu Talent . Fadzley, dari kumpulan B-Quexx dan peserta Suara Bayu. Dalam keluhan mereka ni, orang Sabah ternyata mempunyai semangat dan bakat yang harus diketengahkan. Adakah pemimpin kita mendengar? Sabah bangkit!!! 5:13 Semangat orang Sabah yang sedia ada 💪 8:59 Kisah Mangga, Ringgit ke Rupiah?🤦♂️ 14:18 Buktikan Sabah bukan hanya keluhan sahaja! 18:38 The Radu Talent mengasah bakat Sabah dari jalanan 20:55 Nak berjaya di Malaysia kena ada ‘Orang Dalam’? 28:50 Orang Sabah ramai talented kerana......❓ 35:30 Suara Bayu: Menambah nilai untuk anak seni 40:42 Ini kan untuk kebaikan SEMUA!! 🇲🇾 46:42 Jangan bilang kami malas!! 51:53 Hubungi Suara Bayu & The Radu Talent Management #SabahBangkit #keamatan
Pyan merupakan sahabat Tamotauge. Seorang arkitek yang mempunyai cinta yang mendalam terhadap 'design'. Dari Nasi Lemak ke falsafah design, perbualan kali ni agak "deep" orang kata. Semoga terhibur dan sama-sama amik manfaat..
Episod kali ini menemukan dua orang peminat bolasepak yang boleh dikira tegar. Jamal Raslan adalah seorang spoken-word artist dan juga geek bila bercerita pasal bola. Jamal bertemu Amar, ibarat buku bertemu ruas. Masing-masing tunjuk belang. Mereka berbincang pasal pahit & manis dalam bercinta dengan bolasepak. 1:00 Bolasepak: Berputiknya cinta wakti Liga Semi-Pro ❤️⚽︎ 5:08 Amar kongsi pasal karakter penyokong bolasepak tempatan 12:00 Tak payah acah-acah minat bola dengan kami la! 15:32 Aku memang geek bola! 🤓 20:41 Naturalisasi: Berdebatlah sampai kiamat 25:07 Jamal kongsi cerita Youth World Cup Malaysia 1997 28:49 Bolasepak itu ‘personal’. Kamu takkan faham.. 😔 32:13 Trivia menarik pasal Azman Adnan 38:31 Fan bola zaman sekarang? Lain macam.. 42:10 Pesan Amar buat kapo ultras se-Malaysia 🔥🥁 47:06 All time Best XI untuk menakluki dunia (Jamal).. 52:35 Rumusannya? Tifo Arena comeback je la! 🙄
Episod Bumper N9 menemukan Fatah & Jang. Fatah seorang pengurut dari komuniti buta, dan juga pemenang pingat emas dalam Judo dalam Para Games Cambodia 2023. Jang pula adalah sosok tak asing dalam dunia bolasepak nogori, pengendali page Ultrajang dan bintang dalam channel Ultrajang TV. Agak random episod kali ini...
1:00 Intro Fatah: Asal usul
2:39 Bermula masalah penglihatan
7:16 Hidup mesti diteruskan walau kecewa hilang penglihatan
10:29 Komuniti Orang Buta: ‘Dunia Baru’
14:41 Orang buta memang pandai urut. Tapi kenapa?
17:22 Bukan sekadar urut biasa, biar berilmu
19:56 Mewakili Malaysia dalam Judo
21:22 Jang dah sampai.. ‘Judo ado pukul?’
25:21 Judo di Malaysia pun ado masalah management
27:19 Support komuniti orang buta
28:50 Geramcast: dulu Amar & Jang ada podcast bersama
31:05 Budaya menyebarkan berita yang bukan-bukan
35:09 Tinggalkan media sosial?
37:01 Katak Stim dibangkit semula
39:02 Ini semua Keluar Sekejap punya punca
42:23 Geramcast 2.0?
44:54 Follow Ultrajang TV untuk podcast bolasepak
Selepas 3 tahun dalam gua, Tamotauge kembali dengan episod sedikit hangat sampai terpaksa bergegas edit! Amar Amdan mengupas topik - relevansi AJL di tahun 2024, kelemahan sistemnya, dan kontroversi sekitar penarikan diri artis. Bersama Gbam, produser berpengalaman AJL dua kali, dan Aizat Amdan, pemenang AJL sebelum ini. Tonton sekarang dengan lapang dada untuk dapat pemahaman mendalam!
YBhg Dato' Dr Afifi al-Akiti merupakan ulama Melayu di Universiti Oxford dan serba berkebolehan dalam pelbagai bidang keilmuan. Beliau mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang dilantik mengajar di universiti termasyhur di dunia. Semenjak tahun 2010 hingga kini, beliau dinobatkan dalam senarai tahunan 500 orang Islam yang paling berpengaruh di dunia (The World's 500 Most Influential Muslims). Dalam episod ni Amar menanyakan kenapa Islam dari Nusantara itu istimewa? Kita dengar kupasan Dr Afifi... 0:32 Digelar 'Nusantara Champion' 5:32 Jemaah Nusatara digelar sebagai “little Ghazalians” 15:01 Takbir raya: adat & budaya lokal boleh dijadikan sandaran dalam hukum Fiqah 22:44 Bukan sahaja orang Nusantara yang suka takbirnya 37:42 P. Ramlee is a genius! 47:07 Nasihat ulama-ulama Nusantara 51:59 Tradisi raya yg Dr Afifi tak boleh tinggalkan? & Doa penutup majlis
🍕Harini Opie dari Fino Pizza ceritakan pengalaman bekerja di perantauan dan macam mana boleh jatuh cinta ❤️ dengan masakan dan juga Italian cuisine! 🇮🇹 1:27 Unboxing pizza TERBESAR di Malaysia 3:03 Kelebihan pizza ‘artisinal’ & restoran independent 👍 6:43 Macam mana boleh kualiti padu tapi harga berpatutan? 7:09 Mula dari catering hingga ke Singapura 🇸🇬 11:17 Bekerja dengan Mario Batali! 16:14 Dapur memang kecoh macam dalam TV tu ke? 20:14 Masih terkesan selepas pandemik 😷 23:04 Kenapa buat pizza 21 inci? 24:51 Apa keistimewaan ‘woodfire oven’?🔥🔥 27:29 Kayu bakau: bahan bakar paling berkesan! 31:22 TIPS: Masak kari supaya ayam sentiasa ‘juicy’ 36:29 Rendang & Lemang: Patut dihidang di luar musim perayaan? 🤔 40:44 Obsesi orang Malaysia dengan makanan yang diproses 42:48 Rancangan masa depan Fino Piza 44:13 Ramadan dan Raya di Fino Piza 🌙
Okok.. bertenang semuanya. Kita cari solusi. Dalam episod ni Aizat and Gbam share pengalaman masing2 sertai AJL, dan kongsikan jugak petua2 nak dapat markah lebih he he he.. Tonton dalam tenang.. Papepun AJL dan Malaysia itu unik, jadi jangan pening2! Oh ye....Tahniah Amir Jahari!!!
Mari raikan semangat Resmi Padi! Bukan salah pun Loque dan Otam (Riwayat) bercerita pasal kebudayaan Melayu. Tak bermakna kami Melayu Utlra! Buang rasa malu dan takut! Ini budaya kita! 0:27 Pertemuan budak koleq & budak STAR 2:13 Pengalaman tertinggal bas sekolah 😭 4:23 Malaysia Indonesia kan serumpun 🇲🇾🇮🇩 10:01 Kemelut asal usul Melayu 😔 13:02 Loq dan Amar ada darah Rao! 👊 14:37 Intelek Malaysia & Indonesia, bukan sekadar membanding 20:50 Bertolak ansur budaya Melayu? 24:36 Identiti seni Malaysia tu apa? 30:02 Ke mana hilang sejarah kita?🤔 36:35 INTELEK kita kesenian dan kebudayaan lah!! 40:35 Kita raikan je dulu!! 🎉🥳🎊🎁 50:11 "Mengenali diri" 55:39 Podcast baru Amar & Loque ‘Resmi Padi’? 🌾 1:05:38 Bercakap benda ni tak bermakna racist atau ‘Melayu ultra’!! 🔥 1:09:35 Penutup majlis 🤝
Mari ambil tahu tentang mental health dan psikologi 🧠 0:40 Intro Ummu Nazra 2:33 Bahaya 'self-diagnosing' ⚠️ 8:25 Apa itu 'Gaslighting'? 14:20 Golongan tua mangsa media sosial? 😔 26:30 Be in Control! Kalahkan algorithm! 32:55 Bagaimana orang lama deal dengan trauma? 👨🏽🦳👵🏽 38:15 "Psikologi tak bercanggah dengan agama dan budaya.." 45:22 Buat ujian stres hari ini..
Mari sama-sama belajar dan sayangkan Hutan Bakau negara kita. Kita sebenarnya sangat bertuah pasal khazanah negara ni kita punya 😌 Jangan abaikan dan rosakkan ⚠️ Orang luar pun cari benda ni woooo...!! Bakau bakau bakau!
TamoTauge Ep7 - Amar jemput abang sulung Amir, dan jugak maknya ‘Umi’ dalam edisi special ramadhan. Biasanya kalau sembang dengan mak dan abang aku, memang takkan lari dari sembang permaslahan agama dan bangsa. Jadi dengarlah dengan lapang dada, selamat berpuasa dari Tamotauge! Ini juga episod penutup bagi musim 1, nantikan tema yang lebih menarik di musim 2 nanti!
0:00 Aktiviti Tamotauge di bulan Ramdhan?
2:32 Introduction tetamu, Amar kenal diorang sejak lahir
5:00 Umi lebih minat pasal bakau lepas tengok Tamotauge
7:06 Cerita Amir: berlakon jadi ‘The Rock’ dan jumpa Mick Foley aka Mankind
11:10 Halatuju Tamotauge: interview artis akan dapat lebih banyak views?
16:10 Selipar ‘Muslim Friendly’: Jual & eksploitasi agama?
18:57 Aliff Syukri dalam dokumentari pendedahan produk OEM di Malaysia
23:12 Islam nusantara ni cantik dan mendalam ‘feel’ nya
25:29 Tok nenek moyang kita ahli fikir. Umi menyelami jatidiri Melayu, satu budaya yang bersih dan menggalakkan berfikir.
30:51 Apa jatidiri tok nenek kita pegang sampai boleh maju gila babi satu masa dahulu?
34:54 Budaya barat tu ikut yang baik je la, yang kau ikut sekali perangai buruk dia kenapa hanat?!
37:42 Ahmad, Ah Chong & Muthu kena duduk semeja dan berkomunikasi, jangan bergantung sangat pada syak wasangka yang dimomok oleh tukang karut
45:50 Jangan dimomok lagi oleh tukang karut!
50:44 Negara mana yang paling Islamic sekali dalam dunia? Mesti korang terkejut.
56:13 Islam ni kan luas...
57:58 Cerita Amar dengan Uztaz Nouman Ali Khan membuka minda dan menimbulkan banyak persoalan dalam diri. Jadi carilah jawapannya dalam Al Quran.
59:59 Kisah Nabi Ibrahim dan apa kena mengena kisah ini dengan kita?
1:03:12 Tajamkan minda wahai umat Islam, dunia sekarang berperang tak menggunakan senjata. I see God in everything and God sees me!
1:08:34 Maka, jawapannya ada pada pendidikan dan semangat ingin mendidik umat..
1:14:14 Bulan puasa ni sangat best! Bawak semangat yg sama ke luar Ramdhan!
1:15:25 Apa pendapat Umi tentang masa depan Tamotauge?
1:17:23 Siapa yang Umi & Amir nak tengok dalam Tamotauge?
1:19:18 Akhir kata, ini pesanan kami sempena bulan Ramdhan ini....
Enjoy the show!
- Rakaman di KGE Studio -
TamoTauge Ep6 - Amar bersembang dengan Khairul, seorang pensyarah, ahli fikir, dan juga musuh Facebook Amar. Kami berbincang pasal Undi 18, dan budaya politik di negara terchenta ini.
0:00 Amar mintak maaf, kenapa dia lambat hari ni?
3:42 Khairul nak sedekahkan bini untuk Amar
6:04 Khairul seorang yang berfikiran unik
7:49 Apa dia cerita pasal Ahmad Maslan?
11:53 Amar tak setuju dengan ‘permainan politik’
14:27 Kharul terangkan maksud & sejarah ‘politik’
15:13 Politik di zaman ancient Greek
17:19 Perkataan ’Alien’ dan ‘Mutant’ mudah disalah erti
19:40 Ahli politik tak boleh dipercayai! Cerita Amar
26:37 Jatidiri tu yang penting!! Khairul cenderung ke arah Anarchism.
30:26 Semua sistem politik dalam dunia pada asalnya adalah untuk membantu rakyat, tapi...
32:57 Jangan terlalu bergantung kepada pemimpin. Kalau pemimpin buat benda tak elok, jangan la ikut!
36:19 Pesan arwah cikgu fizik Amar.
37:53 Perbincangan Undi 18, Tamotauge setuju atau tidak?
41:23 Wan rasa umur 18 terlalu awal
45:41 Orang muda mudah ‘dibeli’? Politik akan memenuhi ruangan tiktok
47:37 Apa keperluan Undi 18 kepada negara?
49:46 Apa remaja 18 tahun boleh belajar bila tengok suasana politik Malaysia sekarang?
53:00 Umur bukan tanda aras nak ukur kematangan
55:20 Umur 18 dah boleh dibicara & didakwa dalam mahkamah, jadi bagi lah diorang undi!
57:28 Penggulungan: Nasihat kepada orang muda dan pemimpin
1:00:50 Perfect gift untuk Khairul
1:04:08 Semua tetamu Tamotauge istimewa, semua ada cerita masing-masing
Enjoy the show!
- Rakaman di KGE Studio -