All content for Sinar Harian is the property of sinarharian and is served directly from their servers
with no modification, redirects, or rehosting. The podcast is not affiliated with or endorsed by Podjoint in any way.
KPKT rangka sistem simpanan data peminjam
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka sistem simpanan data peminjam dan syarikat pemberi pinjaman wang yang boleh merekodkan transaksi pinjaman secara masa nyata.
Menurutnya, sistem berkenaan dilengkapi pemantauan dan pembayaran digital yang bakal memperkasakan pengawalseliaan kepada pemberi pinjaman wang supaya tiada caj tambahan kepada orang awam yang berhasrat membuat pinjaman.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran yang mahu tahu sama ada kerajaan bercadang membangunkan portal bersepadu antara KPKT, pemberi pinjaman wang berlesen dan peminjam dilengkapi sistem pemantauan serta pembayaran digital.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #KPKT #sidangdewanrakyat #sistemsimpanandatapeminjam #syarikatberipinjam