
Podcast kisah seram kali ni ada dua kisah.
Kisah pertama mengisahkan keluarga Dinie, yang telah berpindah di sebuah banglo murah di pinggir bandar. Suasana rumah yang sangat mewah membuatkan Dinie sekeluarga sangat teruja untuk menetap di situ. Namun, belum pun seminggu mereka tinggal di situ mereka menghadapi pelbagai gangguan makhluk halus.
Kisah yang kedua adalah kisah pemuda bernama Hamid yang hampir 10 tahun tidak pulang ke kampung. Kerinduannya pada ibu dan adik-beradiknya terubat setelah pulang ke tanah tumpah darahnya. Sebaik sahaja Hamid tiba di kampung, dia melalui pengalaman aneh yang membuatkan dia tidak akan lupa sampai bila-bila.