
Dalam episod 5 ini, Cipoi telah menemubual vokalis kumpulan Plague of Happiness iaitu Nas atau Nas Abdulasim. Plague of Happiness adalah sebuah band Ska Punk dari Johor, Malaysia. Band ini diasaskan pada tahun 1999 dan masih kukuh sehingga kini dengan album barunya yang akan release May 2023. Nas menceritakan bagaimana permulaan bandnya, pentingnya skateboarding dalam karier dan cara beliau membawa halatuju POH.
Beliau juga menekankan semangat berkawan atau friendship didalam perjalanan band dan juga impak DIY ethics. Jom kita ikuti cerita Nas dan let's get inspired!