
Dalam episod kedua, Cipoi memperkenalkan tetamu jemputan pertama dalam segmen muzik iaitu Khairul Iskandar aka Is, gitaris band Rose On My Coffin Door yang berasal dari Brunei Darussalam. Is menceritakan tentang perjalanan muzik beliau dan bagaimana dia meminati muzik metal. Di dalam episod ini juga, Is menceritakan tentang sejarah penubuhan bandnya, cabaran membuat sebuah band metal, persepsi masyarakat, era Myspace dan semangat kawan di dalam komuniti muzik independent terutama yang minat muzik hardcore & metal. Is juga adalah orang yang bertangunggjawab membuat penata bunyi untuk semua episod POICAST.