
Episod last yang di record tahun 2023 ini adalah episod bersama tetamu yang bukan musician atau photographer tetapi seorang event organizer di bawah label Gegey Music iaitu saudara Md Faizul atau dikenali sebagai Joe. Nama GegeyMusic ini agak gah di kalangan peminat muzik indiependent di Malaysia satu ketika dahulu. Joe juga mempunyai clothing label yang bernama Attack Apparel. Di zaman-zaman era venue OneCafe, Chow Kit, MCPA Hall atau MapsKL Dutamas mesti ramai yang pernah hadir ke show yang telah diadakan oleh team GegeyMusic. Jom kita dengar cerita-cerita zaman dulu dan apa update Joe kini.