
Bersama kami malam ini ialah Dr Mastura Mahamed, pensyarah dalam bidang Media & Komunikasi di Universiti Putra Malaysia.
Kita nak kupas tentang kepentingan media dan komunikasi dalam membentuk masyarakat, bagaimana media mempengaruhi pemikiran masyarakat serta etika dalam kewartawanan.
Juga malam ni Dr Mastura akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman beliau dan pandangan bagaimana warga OKU dapat membantu dalam pembangunan negara.