📢 Episod Istimewa Kraftera Culture in Motion Podcast!
Dalam episod khas ini, kami menemubual Puan Nor Uyon, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) MARA, yang berkongsi tentang bagaimana MARA membantu usahawan kraf tempatan melalui inisiatif Kraftera.
Dengan berlangsungnya Kraftera Culture In Motion Showcase di Shangri-La Hotel dari 10hb hingga 25hb Mac 2025, kami menyelami strategi-strategi utama yang digunakan untuk memajukan industri kraf, memperkasakan usahawan kecil, dan mempromosikan produk kraf Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Anda akan mendengar:
✅ Bagaimana BPU MARA menyokong usahawan kraf untuk menghadapi cabaran pasaran moden.
✅ Strategi menarik untuk meningkatkan jualan dan mempromosikan kraf Malaysia ke luar negara.
✅ Rancangan masa depan Kraftera dalam memperkukuhkan ekosistem kraf negara.
✅ Tips eksklusif untuk usahawan kraf yang mahu mengembangkan perniagaan mereka.
Jangan lepaskan episod ini jika anda seorang usahawan kraf atau pencinta seni tempatan yang mahu melihat industri ini terus berkembang!