
Episod 175 KeluarSekejap membawakan pengumuman istimewa dua projek terbaharu Keluar Sekejap, wangian KSX dan aplikasi Kelas sekejap, sebuah platform pembelajaran bahasa Inggeris yang dikuasakan oleh AI.Sempena 11.11, nantikan pelancaran eksklusif KSx hasil inspirasi Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.Ikuti KSX untuk pelancaran eksklusif 11.11 hari ini!Instagram: @ksx.coTikTok: @ksxco.shopEpisod ini dibuka dengan dua topik utama minggu ini iaitu lawatan rasmi Presiden Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang ASEAN ke-47, serta perjanjian perdagangan timbal balas (ART 2025) antara Malaysia dan Amerika Syarikat.KJ dan Shahril mengupas makna politik serta ekonomi di sebalik kedua-dua peristiwa besar ini daripada optik tarian sambutan PMX bersama Trump hinggalah kepada persoalan kedaulatan ekonomi negara di sebalik kandungan perjanjian ART yang kini menjadi perdebatan ramai.Perbincangan diteruskan dengan wawancara eksklusif bersama dua figura Perikatan Nasional, Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Episod ini membuka ruang kepada perbincangan terus terang mengenai dinamika dalaman BERSATU, percaturan kuasa antara blok Muhyiddin, Azmin dan Hamzah, serta hala tuju Perikatan Nasional menjelang PRU-16.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my