Audio Siar Keluar Sekejap Episod 172 antara membincangkan subsidi petrol RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 30 September.
Keluar Sekejap juga mengulas isu panas yang telah mengegarkan peminat bola sepak tanah air apabila FIFA telah mengenakan hukuman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Beralih ke isu antarabangsa, episod kali ini menyentuh ucapan Donald Trump di pentas Perhimpunan Agung PBB yang mengkritik kelemahan institusi global, penolakkan dasar iklim dan kelestarian, serta intipati utama pembentangan 21-Point Gaza Peace Plan yang mencetuskan pelbagai reaksi. Turut dibincangkan, ucapan Benjamin Netanyahu serta pendekatan diplomatik Indonesia dalam menangani konflik yang sedang memuncak di Timur Tengah.
Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?
Taja episod Keluar Sekejap 2025!
Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my