Audio Siar Keluar Sekejap Episod 167 antara membincangkan isu-isu panas seperti kes kematian Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama. Kejadian yang mencetuskan pelbagai persoalan ini membawa kepada gesaan siasatan telus.Kedua, fokus beralih ke ASEAN AI Malaysia Summit 2025 yang berlangsung pada MITEC 12 dan 13 August 2025 yang menyaksikan pelancaran ILMU oleh YTL, sebuah Large Language Model (LLM) buatan Malaysia yang dibangunkan untuk kegunaan pelbagai sektor, menandakan langkah penting dalam aspirasi negara membina keupayaan AI sendiri.Akhir sekali, episod ini mengupas isu bendera terbalik yang diperjuangkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Akmal Salleh susulan beberapa insiden yang telah berlaku sepanjang bulan ini.Timestamp EP16700:00 Intro00:20 ASEAN AI Malaysia Summit 202533:20 Serangan Terhadap Anak YB Rafizi36:21 Justice For Zara Qairina58:42 Isu Bendera Terbalik