
๐๐ฎ๐ต๐ถ๐น๐ถ๐ฎ๐ต ๐ฎ.๐ฌ: ๐๐ถ๐น๐ฎ ๐๐บ๐ผ๐๐ถ ๐ ๐ฒ๐ป๐ท๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐๐๐ฎ๐ ๐ง๐ถ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป
Nabi ๏ทบ pernah mengecam satu tindakan yang baginda namakan sebagai seruan jahiliah, iaitu apabila berlaku konflik, lalu orang mula memanggil geng, kaum, atau kelompoknya untuk menyokongnya bukan kerana kebenaran, tetapi kerana kesetiaan kelompok.
Dalam Sahih Muslim, diceritakan satu peristiwa ketika Perang Bani al-Mustaliq. Seorang Muhajirin, Jahjah bin Qais, menampar punggung seorang Ansar, Sinan bin Wabarah. Sinan marah dan melaungkan: โWahai Ansar!โ Jahjah pula membalas: โWahai Muhajirin!โ
Nabi ๏ทบ terus campur tangan dan bersabda:
โApa hal dengan seruan jahiliah ini? Tinggalkannya. Ia busuk!โ
Perkara ini disaksikan oleh Abdullah bin Ubay, ketua munafik. Beliau tahu makna konflik ini. Ia resepi perpecahan dan kelemahan. Lalu dia berkata: โMereka sudah lakukannya. Jika kita pulang ke Madinah, yang mulia akan mengusir yang hina.โ Yang dimaksudkannya โhinaโ ialah Nabi ๏ทบ sendiri.
Umar RA ingin membunuhnya, namun Nabi ๏ทบ menolak: โBiarkan. Jangan nanti orang kata Muhammad membunuh sahabatnya.โ
Pengajarannya? Konflik kecil menjadi besar apabila kita mula menilai orang berdasarkan kumpulan, bukan tindakan. Kita menyeru โsolidaritiโ, tetapi sebenarnya sedang meniup api โasabiyyah.
Hari ini, kita ulang kesilapan yang sama. Bila berlaku isu, kita cepat melabel: dia geng mana? aliran apa? parti mana? Maka konflik peribadi berubah jadi peperangan puak.
Islam datang untuk menamatkan ini. Sebelum kita menyertai mana-mana pihak, tanyalah:
Adakah tindakan ini mendamaikan? Atau aku sedang menyeru seruan jahiliah, versi digital?
Jangan ulang jahiliah dengan wajah baharu. Nabi ๏ทบ sudah membanterasnya 1400 tahun lalu.
#solidariti #jahiliah #tazkirah #muhasabah #hasrizalabduljamil