Home
Categories
EXPLORE
True Crime
Comedy
Society & Culture
Business
Sports
History
Fiction
About Us
Contact Us
Copyright
© 2024 PodJoint
00:00 / 00:00
Sign in

or

Don't have an account?
Sign up
Forgot password
https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Podcasts115/v4/33/58/27/335827e7-8528-e8e5-6d0f-242cd5dd5a30/mza_11680477640250574919.jpg/600x600bb.jpg
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA
Lydia Usun Ngimat
93 episodes
1 day ago
Podcast “HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA” adalah dorongan penggembalaan disampaikan dalam Ibadah Keluarga sebagai pemangkin perbualan dan pertumbuhan kerohanian. Ini merupakan ajakan dari Ibrani 4:16 - “marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya”. "AT THE THRONE OF GRACE" – Hebrews 4:16; are Pastoral care messages for Family Gatherings; a podcast in the Malay Language, Indonesia and Malaysia.
Show more...
Christianity
Religion & Spirituality
RSS
All content for HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA is the property of Lydia Usun Ngimat and is served directly from their servers with no modification, redirects, or rehosting. The podcast is not affiliated with or endorsed by Podjoint in any way.
Podcast “HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA” adalah dorongan penggembalaan disampaikan dalam Ibadah Keluarga sebagai pemangkin perbualan dan pertumbuhan kerohanian. Ini merupakan ajakan dari Ibrani 4:16 - “marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya”. "AT THE THRONE OF GRACE" – Hebrews 4:16; are Pastoral care messages for Family Gatherings; a podcast in the Malay Language, Indonesia and Malaysia.
Show more...
Christianity
Religion & Spirituality
https://d3t3ozftmdmh3i.cloudfront.net/production/podcast_uploaded_episode400/5245057/5245057-1642938892849-d016f7c28a779.jpg
E97: “Allah Yang Tidak Berubah. Yesaya 40:28; Wahyu 1:8; Maleakhi 3:6.”
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA
1 hour 12 minutes 5 seconds
3 years ago
E97: “Allah Yang Tidak Berubah. Yesaya 40:28; Wahyu 1:8; Maleakhi 3:6.”

Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 23 January 2022, 8.30am. Pr Usun Anyie Ngau.

[Rangka Perkongsian.]

“Bahwasanya Aku, TUHAN, tidak berubah…”, Maleakhi 3:6.

Apa ertinya Allah tidak berubah?

A. Keberadaan Allah tidak berubah. Mazmur 102:25-27.

B. Karakter dan kasih Allah tidak berubah. Bilangan 23:19, Mazmur 103:17, Yeremia 31:3.

C. Rencana dan tujuan Allah tidak berubah. Amsal 19:21, Mazmur 33:10-11, Yesaya 14:24.

D. Firman dan janji-janji Allah tidak berubah. Yesaya 40:8.

Sifat Tuhan yang tidak berubah adalah sumber penghiburan kepada orang-orang percaya kerana kita boleh bergantung kepada-Nya untuk menepati janji-janji-Nya.  Dia ada untuk kita apabila kita memerlukan-Nya.

Kerana Allah tidak berubah,

1. Kita percaya kesetiaan-Nya untuk memenuhi janji-janji-Nya dan melaksanakan rancangan-Nya.

2. Kita ada penghiburan dalam penderitaan kita dan dalam keselamatan kita.

3. Kita boleh hidup dengan penuh keyakinan. Tuhan sedang memerintah dan berdaulat di dunia ini.

Kesimpulan / Penutup.

Firman Tuhan mengatakan bahawa Allah adalah “kubu pertahanan” kita.  Itulah keyakinan kita dalam kita hidup bersama-Nya sebagai dasar kita dan perlindung bagi kita setiap hari.

Apabila kita takut dan khuatir, marilah kita ingat bahawa Allah kita tidak berubah; maka, kita sentiasa aman di dalam Dia. Apabila dunia berputar di sekeliling kita dengan begitu banyak ketidakpastian dan perubahan, Tuhan tetap sama.

Tidak kira apapun perubahan dalam hidup, tidak kira apapun keadaan disekeliling kita berubah, ketahuilah bahawa Tuhan tidak akan pernah berubah.

Dengan memahami, menghayati dan mengimani siapa Tuhan bagi hidup kita, maka seharusnya orang-orang yang percaya itu adalah orang yang paling tenang menghadapi hidup ini. Kerana mereka punya Tuhan yang berkuasa, Tuhan Pemelihara, Tuhan yang Setia pada janji-janji-Nya dan Tuhan yang mengasihi.

Seharusnya iman kita tidak boleh goyah hanya kerana rupa-rupa masalah kehidupan, kerana kita punya Tuhan yang lebih berkuasa dan kasih-Nya lebih besar dari masalah-masalah hidup kita. Iman menenteramkan jiwa kita, kasih Tuhan mendamaikan hati kita dan janji-janji-Nya menguatkan hidup kita.

Kerana Tuhan tidak berubah kita boleh menjadi tenang apabila segala-galanya di sekeliling kita berubah. Tuhan bekerja dalam perubahan kita untuk menggerakkan kita ke hadapan. Dalam setiap perubahan kita boleh yakin Tuhan merancang untuk kebaikan kita, mendekatkan kita kepada-Nya. Allah yang kekal dan tidak akan berubah selamanya! Kita manusia, keadaan, dan apa pun dalam dunia ini dapat dan akan berubah, kecuali Allah kita!

Mari kita jalani hari kita dengan mata yang tertuju kepada Allah kita yang kekal, Allah yang tidak pernah berubah kelmarin, hari ini dan selamanya.

Amen!

[Firman Tuhan dikongsikan Pr Usun Anyie dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 23 Januari 2022, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Angela Mancha.

Nota: Kebaktian telah disiar secara langsung melalui facebook BEM Lutong Baru.]