
Bila bincangkan tentang masalah sakit mental di Malaysia, ramai yang ingat beban ini hanyalah beban individu disebabkan masalah peribadi. Apa yang orang ramai tak sedar ialah kebanyakkan masalah yang dihadapi disebabkan oleh sistem sedia ada yang meletakkan tekanan terhadap individu.
Sebagai contoh, selepas bersalin, perempuan perlu jaga bayi, susukan bayi tanpa “support system” walaupun badan sendiri masih penat dan tak cukup tidur.
Suami pula perlu bekerja sebab tak diberikan cuti lama untuk bantu isteri di rumah.
Bila seseorang wanita itu mula menunjukkan tanda-tanda tekanan mental sebab tak dapat bantuan yang diperlukan dalam tempoh bersalin, senang-senang je wanita dipanggil “hilang akal”.
Dari sini, kita boleh nampak sistem sedia ada yang tidak rahmah sehingga boleh menyebabkan seseorang itu sakit mental.
Nak tahu lebih lagi tentang perbincangan ni?
Jom GOSSIP bersama Christine 🐝🎧