
Daripada khabar angin palsu sampailah ke imej yang dimanipulasikan, maklumat salah yang mengancam jantina seseorang memberi impak kepada penyertaan politik wanita dan juga sistem demokrasi itu sendiri.
Terma “Gendered Disinformation” mungkin masih baru bagi ramai orang, tetapi tindakan itu sendiri bukan sesuatu yang asing.
Bila tentera siber, atau lebih dikenali sebagai “cyber troopers” melancarkan kempen ancaman atau fitnah untuk menyasarkan ahli politik wanita dengan tujuan merosakkan reputasi mereka, ia akan menolak wanita daripada penyertaan awam akibat takut dengan ancaman atau fitnah tersebut.
Dalam episod kali ini, Teacher Thanusha kongsikan pengalamannya sendiri sebagai wanita muda di dalam bidang politik dan jenis-jenis kecaman yang dihadapinya, terutamanya ketika musim pilihan raya dan acara politik yang penting.
Nak tahu lebih lanjut tentang isu ini?
Jom GOSSIP bersama Teacher Thanusha! 🎧🐝