
Perbualan: Faisal Tehrani, Azhar Ibrahim
Sejarah panjang kepulauan Nusantara adalah sejarah perantau. Sejak berabad-abad, di kepulauan Sumatera, Jawa, mahupun semenanjung Tanah Melayu, orang-orang keluar masuk dan berpindah-randah atas pelbagai tujuan, baik untuk berdagang, membina keluarga, atau lari dari keluarga. Malah, kita mengenal banyak kata Melayu yang menggambarkan tindakan meninggalkan tanah sendiri ini: rantau, kembara, kelana, petualang, pelimbang, dan banyak lagi. Bagaimana sastera, khususnya sastera lisan dan tulis Melayu, baik yang dahulu dan sekarang, merakam tema ini?