
Harimau Malaya berwajah baru.(?)Penyertaaan ketua jurulatih baru kita Peter Cklamovski disambut sendu oleh peminat bola sepak tempatan. Adakah kerana perasan putus asa akibat kegagalan demi kegagalan pasukan kebangsaan, selepas merasai euphoria Pra Piala Asia 2023?Kurang perhatian buat skuad kali ini, mungkin menjadi keadaan terbaik buat Coach Peter dalam fasa beliau masih cuba mengenali pemain - pemain pasukan kebangsaan. Walaupun rata - rata pemain yang dipilh bukan lah nama baru, malah mengundang persoalan yang serupa sebelum ini, mungkin dengan adunan baru ia bakal menterjemah hasil yang lebih positif.Ahli panel kali ini membincangkan persediaan pasukan kebangsaan untuk kempen kelayakan kali ini.